23 Apr 2014

EGGLESS CHOCOLATE CAKE




Assalamualaikum semua...diharap sihat2 saja ya hendaknya :)

Dalam dua hari yang lalu, saya ada buat eggless cake ni. Tapi tak tau kenapa, mood mendeco memang tak mari, so saya kasi peram saja kek itu dalam peti sejuk, sampailah tadi tak sampai hati tengok kek tu, saya pun cepat2 kasi balut dia dengan ganache & deco sikit2...tarra...nampak semangat sudah kan, hehe...











Resepi ni hasil adaptasi dari buku resepi 'Fabulous Cake Business' by Chef Alex Goh. Senang saja pun resepinya cuma saya ada kasi tukar sedikit ikut selera macam yang chef Alex Goh suggest, boleh tukar penggunaan susu soya kepada susu segar & minyak kepada butter.






Silakan kepada kawan2 yang ingin mencuba sendiri ya :)





Eggless Chocolate Cake

Kek:
A
150g butter, dicairkan
190g brown sugar
1 sk mocha paste
280g susu segar

B
200g tepung superfine
30g serbuk koko
1 1/2 sk baking powder
3/4 sk baking soda

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci, gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan A & gaul guna hand whisk hingga sebati.

3. Masukkan bahan2 B yang telah diayak. Gaul sebati.

4. Bakar selama 1 jam atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya baru dihiaskan dengan ganache jika suka.


Ganache:
200g dark compound chocolate, dicincang
130g non dairy cream
70g butter

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan krim hingga mendidih. Tuangkan atas coklat yang dicincang. Gaul rata.

2. Masukkan butter, gaul hingga sebati. Biarkan hingga sejuk & pekat.

#Boleh disimpan dalam peti sejuk hingga konsistensinya sesuai untuk disapu pada kek atau disimpan pada suhu bilik semalaman hingga pekat.










5 comments:

fique zahafidz said...

Sedapnyer..

linawati binti latip said...

Air tgn Evelyn memang yg terbaek ....

Liza said...

Cantik n nmpk menyelerakan...

Liza said...

Cantik n nmpk menyelerakan...

Anonymous said...

lovely..bleh tunjuk pic step buat ganache?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...