7 Apr 2014

DURIAN CHOCOLATE LAYER CAKE




Assalam & selamat malam buat semua kawan2 yang berkunjung kesini.....

Hari ini untuk entri saya sharekan resepi kek berintikan durian pula, tapi untuk keknya saya kasi perisa coklat :) Bagi sesiapa yang suka makan durian, memang nikmat terasa, bagi yang tak suka...lari 10 batu nautika...hehehe...








Resepi ni simple saja, nampak saja rumit tapi percayalah memang mudah & dijamin sedap, inshaallah :)

Untuk inti tu saya sengaja kasi lebih2 duriannya supaya puas jadi tak mencari lagi sampai musim seterusnya, hehe.






Dua minggu yang lalu, saya asyik suruh husband pusing sana pusing sini lepas ambil anak dari sekolah sebab mau cari gerai yang jual durian tapi macam biskut cipsmorelah pulak, sekejap ada sekejap takda, jadi resepi2 lainlah yang saya jadikan entri.

Sampailah dua hari yang lalu jalan2 pegi Aeon Big terpersona mata saya melihat MUSANG KING didepan mata yang sedang rancak di promote oleh c polan, ya ampun ini kalilah, gumbira hatiku tak tertahan, sampai saat menulis entri ini pun masih gumbira lagi,hehehe.

Jadi sebelum saya terover happy disini, marilah kita terus semak resepinya ya....Selamat mencuba sendiri dear all :)







Durian Chocolate Layer Cake

Chocolate sponge:
A
4 biji kuning telur, gred A
20g gula kaster
1 sk esen vanila

B
4 biji putih telur, gred A
90g gula kaster

C
90g tepung superfine, diayak
10g serbuk koko, diayak

D
50g butter, dicairkan

Cara2 membuat chocolate sponge:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan loyang segiempat bersaiz 8 inci, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan & pukul bahan A hingga kembang. Ketepikan.

3. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk. Satukan dengan adunan A yang dipukul tadi (langkah 2). Kaup balikkan hingga sebati.

4. Kemudian masukkan bahan C, kaup balikkan hingga sebati. Masukkan pula bahan D, kaup balikkan lagi hingga sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 25-30 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack sepenuhnya baru dipotong kepada 3 lapisan.

Durian filling:
A
250ml uht whipping cream
2 sb gula kaster

B
10g serbuk gelatin
30g air

C
500g isi durian

Cara2 membuat durian filling:
1. Satukan bahan B, cairkan atas double boiler hingga gelatin cair. Ketepikan.

2. Satukan bahan A dalam mangkuk pengadun, pukul hingga pekat sedikit. Masukkan adunan B yang dicairkan tadi. Pukul lagi hingga soft peak.

3. Masukkan bahan C, gaul rata.

Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan loyang loose bottom bersaiz 8 inci. Letakkan 1 lapisan kek, tuang 1/2 adunan filling & ratakan.

2. Letakkan pula satu lagi lapisan kek, tuang baki filling tadi & letakkan pula lapisan kek yang terakhir atasnya. Tutup guna plastic wraper & simpan dalam peti sejuk hingga filling mengeras.

3. Bila filling sudah mengeras, hiaskan kek ikut kteativiti.








3 comments:

LiNa_Pg said...

Sudah terbayang2 keenakan gandingan kek coklat dan durian ni.Gandingan mantap bg penggemarnya..kalau yg tak suka durian mesti sudah lari jauh2 heheee...kak lina suka kedua2nya..dah tentu tak tolak punya heheee..

mamasya said...

Tengok kek Evelyn tayangkan ni..dah tahu confirm sedap....coklat dg durian....aduiii mengoda!

Bbwana adienia said...

salam evelyn..

memang sedap ni tau makan kek coklat durian..teringin juga nanti mau buat kek macam ni..terliur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...