5 Jan 2014

COFFEE CHIFFON CHEESECAKE




Selamat petang semua...

Kita men'cipon pulak ya hari ini. Planning mau buat chiffon cheesecake tapi terlebih rajin pulak p letak flavour coffee. Sebab mau kasi abis saki baki cream cheese dalam xbox, cukup2 untuk buat chiffon cake ni.








Resepi versi flavour orange pernah saya sharekan dulu disini...

Untuk mencuba yang berperisa coffee, mari kita lihat pula resepinya dibawah tu k...selamat mencuba ;)










Coffee chiffon cheesecake

Bahan2nya:
A
40g cream cheese

60g susu segar
25g butter
1 sb serbuk kopi segera

B
65g tepung gandum

C
4 biji kuning telur

D
4 biji putih telur
100g gula kaster
Secubit garam, saya tak letak
1/8 sk cream of tartar

Cara2 membuatnya:
1. Masak bahan A atas double boiler hingga cair & pekat.

2. Alihkan & masukkan bahan B, gaul rata.

3. Masukkan bahan C, gaul lagi.

4. Kemudian, pukul bahan D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan (langkah 3 ) tadi hingga sebati.

5. Tuang kedalam loyang chiffon bersaiz 9'. Jangan griskan loyang.

6. Bakar pada suhu 175C selama 35-40 minit. Segera terbalikkan loyang apabila kek sudah masak & sejukkan sepenuhnya baru keluarkan kek dari acuan.





4 comments:

Bicara Kak Noor said...

salam evelyn, akak suka dtg sini sbb di hidangkan dgn kek yg sngt sedap heee sayang tak dpt makan aduhhh terliur tengok chiffon ni lah

kayumaniskorner563 said...

gebu sngat.......

Vanessa said...

That seems full of flavor & taste! Must try that for sure!

ainun sakinah said...

wow... emm ditulis pada 5jan 9my birthday,) so ..ingat nk buat kek nilah 4 my birtday ,soon.. thank you!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...