15 Jan 2013

STRAWBERRY MOUSSE CAKE & A HAPPY BIRTHDAY TO MY 2ND DAUGHTER ZANA!!!!



Salam & gud afternoon everyone....

Kek ni saya buat khas for my second daughter Ary farzana 6th birthday. Happy birthday my dear zana,  mama love you : ) Wish you all the best in your study & life, may you grow up as a clever girl & become a successful women one day, insyaallah, amin : )









Tapikan sangat kasihan dengan bday girl, terpaksa sambut bday dalam keadaan demam, lemah & pening. Memang tak ada mood langsung mau sambut bdaynya. Kek bday pun kakak & adik yang tolong potongkan, siap tiup lilin sambil baring, sayu hati melihat keadaanya : (  Semalaman saya tak tidur menjaga, tapi syukur bila bangun pagi dah agak ok sikit, alhamdullillah : )






Untuk flavour kek ni, my daughter request nak strawberry cake. So saya pun cari2 lah dlm buku resepi, terjumpa resepi strawberry mousse cake daripada buku ' Delicious cake'. Untuk design pula, saya buat book shape, sesuai dengan bday girl yang masih tadika, hehe.





So kepada yang ingin mencuba, bolehlah lihat resepi di bawah tu k, saya skipkan resepi untuk side cake dalam buku resepi ni sebab saya tak da buat. So kalau mau buat bentuk jadi bulat, segiempat & etc pun ok, selamat mencuba....






Strawberry mousse cake

Bahan2 chiffon kek :
250g chiffon cake mix
250g telur
25ml air
1/s sk esen vanila
50ml minyak jagung

Cara2 membuat kek:
1. Satukan chiffon cake mix, telur & air, pukul pada kelajuan tinggi selama 8 minit.

2. Masukkan esen vanila & minyak jagung. Pukul sebati.

3. Tuang adunan kek dalam loyang bersaiz 9' yang telah di gris & di alaskan dengan kertas minyak.

4. Bakar pada suhu 160 C selama 30 - 35 minit atau hingga kek masak.

5. Sejukkan sepenuhnya baru di potong kepada 3 lapisan.

Strawberry mousse:
350g puri strawberi
150ml air suam
120g gula kaster
1/4 sk strawberry paste
30g serbuk gelatin + 100ml air (Double boil)
400ml UHT whipping cream

Cara2 membuat mousse:
1. Satukan air suam & gula kaster, kacau hingga gula larut menjadi sirap gula.

2. Kemudian, satukan puri strawberi, sirap, strawberry paste & campuran gelatin, gaul rata.

3. Pukul UHT whipping cream hingga kembang & satukan dengan campuran strawberi tadi, gaul rata.

4. Letakkan satu lapisan kek pada loose base tin / cake ring bersaiz 9'. Tuang 1/3 adunan mousse & sejukkan hingga keras.

5. Kemudian, keluarkan kek & letakkan pula lapisan kek yang kedua atasnya. Tuang lagi mousse atasnya, sejukkan. Ulang langkah tadi untuk lapisan kek yang ke tiga. Simpan kek dalam peti sejuk hingga mousse mengeras. 

6. Hiaskan ikut kreativiti.


Selamat mencuba...






12 Jan 2013

MOIST CHOCOLATE CAKE AGAIN!!!



Salam & selamat tengahari semua....

Hari ni saya ambil kesempatan mau update dulu entri yang tertunggak ni. Maaf ya sebab lambat update resepinya, tersangat-sangatlah busy, baru hari ni boleh bernafas sedikit....








Resepi moist chocolate cake kali ni saya ambil dari buku resepi 'Baking code' by alex goh. Untuk topping cake kawan2 boleh ubah ikut resepi topping yang kawan2 biasa buat atau ikut saja resepi di bawah tu k. Selamat mencuba...





Moist chocolate cake

Bahan2 cake:
A
150g butter
300g brown sugar

B
2 biji telur

C
200g air panas
45g serbuk koko

D
250g tepung gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara2 membuat cake:
1. Pukul bahan A hingga lembut & gebu.

2. Masukkan bahan B satu persatu, pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan2 C & D berselang seli. Gaul sebati.

4. Tuang dalam loyang besaiz 23cm yang telah di gris & di alaskan dengan kertas minyak.

5. Bakar pada suhu 175 C selama 30 minit atau hingga kek masak. Rehatkan selama 5 minit dalam loyang baru di sejukkan sepenuhnya atas wire rack.

6. Sapukan / tuang chocolate ganache atas kek & hiaskan.

Chocolate ganache:
250g whipping cream
500g cooking chocolate, di cincang
30g butter

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream hingga mendidih. 

2. Tuang atas cooking chocolate. Gaul hingga coklat cair.

3. Masukkan butter, gaul rata. Chocolate ganache boleh di tuang terus atas kek atau di biarkan semalaman pada suhu bilik baru di sapu pada kek.


Selamat mencuba...





9 Jan 2013

CRUNCHY & CHEEZY CHOCOLATE CHIP MUFFIN



Salam & selamat petang semua....

Hari ni mau update entri yang tertunggak pula. Kelmarin saya buat muffin ni untuk minum petang. Layannn saja....






Masa buka almari ternampak muffin premix yang saya simpan, tak terbuat2, hehe. So apalagi, projek buat muffinlah kan : )


Tapi kan resepi muffin ni saya guna yang premix punya, just tambahkan dengan bahan2 lain supaya lebih beraroma. Saya guna resepi di bawah untuk membancuh adunan, boleh juga kalau kawan2 semua nak ikut arahan memasak pada bungkusan. Silakan mencuba semua...





Crunchy & cheezy chocolate chip muffin

Bahan2:
A
500g muffin premix
4 biji telur
100g air / susu segar
1 sk esen vanilla
3 sb koko powder (skip jika guna perisa coklat)

B
165g minyak jagung

C
100g almond nibs, dipanggang
100g chocolate chips

D
Sedikit patutan cheedar cheese, utk di tabur

Cara2 membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan acuan muffin yang di alas dengan muffin cup / paper cup.

2. Satukan semua bahan2 A dalam mangkuk, gaul rata.

3. Masukkan pula bahan B, gaul perlahan2 hingga sebati.

4. Kemudian, masukkan bahan2 C. gaul rata.

5. Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam acuan yang di sediakan, Tabur sedikit (jangan terlalu banyak) bahan D atasnya.

6. Bakar pada suhu 160 c selama 10 - 15 minit atau hingga muffin masak.



Selamat mencuba...



6 Jan 2013

CHEDDAR CHEESE CUPCAKE



Selamat malam semua...


Nak sambung lagi entri hari ini, yang ni bab dessert pula, tadi datang rajin mau buat cupcake, so tengok dalam peti sejuk ada banyak lagi cheddar cheese, belek2 buku resepi, dapatlah idea mau buat cheddar cheese cupcake yang simple ni : )




Memang senang & simple saja mau buat cupcake ni, walaupun hura-hara sedikit kejadiannya, hehe. Tapi yang paling penting rasanya sedapppp....silakan mencuba....





Cheddar cheese cupcake

Bahan2:
A
3 biji telur
3 biji kuning telur
180g gula kaster
Secubit garam

B
1/4 sk esen vanilla

C
165g tepung gandum / superfine
1 sk baking powder

D
60g susu segar
65g cheddar cheese, di parut

E
70g minyak jagung

F
Sedikit parutan cheddar cheese untuk di tabur

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan paper cup dalam acuan cupcake/ muffin.

2. Pukul bahan2 A hingga lembut & gebu. Masukkan bahan B, pukul lagi.

3. Kemudian, masukkan bahan2 C, kaup balikkan.

4. Masak bahan2 D guna double boiler hingga cheese cair. Masukkan kedalam adunan tadi (langkah 3). Masukkan pula bahan E, gaul rata.

5. Tuang ke dalam acuan yang di sediakan. Tabur sedikit bahan F atasnya.

6. Bakar selama 18 minit atau hingga masak pada suhu 200 C. Sejukkan sekejap baru dihidang.



Selamat mencuba...




ROSEMARY GRILLED CHICKEN



Selamat petang semua...

Hari ni untuk menu lunch saya buat lagi resepi Rosemary grilled chicken by kak salami simon yang sungguh marbeles ni. Sudah 5 kali sebenarnya saya mencuba resepi ni tapi baru sekarang dapat snap gambarnya, hehe...




Masa ambil gambar ni pun tak sempat mau posing2 lagi, mesti mau cepat sebab anak2 sudah menunggu, hahaha. Resepi ni saya ada ubah sedikit ikut citarasa, so kalau nak yang asal boleh tengok dalam blog kak amie k.

Oklah, saya pun tak cukup masa mau bercerita panjang, maka marilah kita tinjau dulu resepinya k...




Rosemary grilled chicken

Bahan2:
1 ekor ayam (suka hati nak potong atau tidak)
7 ulas bawang putih
1 sb dried rosemary
1 inci halia
1 sb black pepper
1 sb jintan kasar/ all spices (masala)
3 sb brown sugar
1 kiub pati ayam / bilis
2 sb jus lemon / limau nipis
3 sb minyak zaitun / minyak makan
5 biji kentang, rebus 3/4 masak
3 biji lobak merah, potong2
2 biji tomato (saya x letak)
Sedikit butter, untuk disapu pada ayam

Cara2 membuatnya:
1. Bersihkan ayam, ketepikan. Tumbuk halia hingga lumat & perahkan jusnya pada ayam, gaul rata. 

2. Panaskan minyak zaitu, goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.

3. Tumbuk dried rosemary & black pepper hingga hancur.

4. Masukkan bawang putih yang di goreng tadi. Tumbuk bersama rempah.

5, Masukkan lebihan minyak zaitun bekas menggoreng tadi, brown sugar, kiub ayam, rempah masala & jus limau. Gaul rata.

6. Kemudian, gaulkan rempah tadi bersama ayam. Bungkus / tutup,  perapkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

7. Susun ayam, kentang, lobak merah & tomato dalam dulang pembakar. Sapukkan sedikit butter pada ayam & sayuran.

8. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam. 

Bahan2 sos:
Lebihan kuah ayam panggang
1 sb butter
1 sb tepung jagung

Cara2 membuat sos:
1. Ambil lebihan jus / kuah ayam dlm loyang tadi, tuangkan dalam periuk kecil.

2. Masukkan butter & tepung jagunf, gaul rata.
3. Masak atas api perlahan & gaul hingga menjadi pekat. Hidangkan bersama ayam panggang tadi.


Selamat mencuba...






3 Jan 2013

FRUITY BUTTER CHEESECAKE



Selamat malam semua...

Hari ini saya buat kek lagi, special for my mother in law, happy birthday mum!!!




My mother in law ni sangat suka dengan buttercake, apa2 jenis buttercake pun memang layan, hehe. Oleh itu, saya pun tunaikan permintaannya mau makan buttercake sebagai birthday cakenya. Buat deco yang simple2 saja : )




Puas saya belek2 buku resepi yang ada hanya di sebabkan mau cari resepi buttercake yang terbaik, tapi semuanya tak berkenan. Teringat pula dengan satu resepi buttercake yang pernah saya buat sebelum ni disini, memang MIL saya suka sangat dengan kek tu. So apalagi mulalah muncul bermacam - macam idea dalam kepala ni, hehe.

Untuk keknya saya guna resepi buttercake, dan fillingnya pula saya ambik dari buku resepi dalam koleksi. Kalau teringin mencuba, silakan lihat resepinya di bawah tu k : )




Fruity butter cheesecake

Bahan2 cake:
A
220g butter
95g gula kaster

5 biji putih telur
120g gula kaster

C
5 biji kuning telur, pukul sedikit

D
230g superfine flour
2 sk baking powder

E
100g cheddar cheese, di parut

Cara2 membuat cake:
1. Pukul bahan A hingga kembang & lembut. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk. Masukkan bahan C, gaul rata perlahan2.

3. Kemudian, masukkan adunan butter yang di pukul tadi (langkah 1), gaul rata.

4. Masukkan bahan D berselang seli dengan bahan E, gaul sebati.

5. Tuang ke dalam loyang bersaiz 9' yang telah di griskan & dialaskan dengan kertas minyak. 

6. Bakar pada suhu 160 C selama 40 minit atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong kepada 3 lapisan.

Filling:
1 tin mixed fruit cocktail, tapiskan & simpan jus 60ml
1 1/2 sb gelatin
250g cream cheese
70g gula kaster
150ml whipping cream, dipukul
200ml fresh cream,  dipukul hingga pekat (untuk hiasan)

Cara2 membuat filling:
1. Satukan gelatin dengan 60ml jus tadi. Cairkan atas double boiler hingga gelatin cair. Ketepikan.

2. Pukul cream cheese & gula hingga berkrim.

3. Kemudian masukkan campuran gelatin tadi, whipping cream & fruit cocktail. Gaul rata.

Cara2 melapis cake:
1. Guna cake ring / loose base tin ring, letakkan atas cake board. 

2. Ambil satu lapisan kek, tuang 1/2 adunan filling atasnya. 

3. Kemudian, letakkan pula lapisan kek yang kedua. Tuang baki filling tadi. Tutup dengan lapisan kek yang ketiga.

3. Balut / tutup cake dengan plastic wraper, sejukkan hingga filling keras. 

4. sapu keseluruhan kek dengan fresh cream & hiaskan.





Selamat mencuba...





1 Jan 2013

WELCOME 2013!!!!

 Happy new year dear all fren....

Berjumpa lagi kita di tahun 2013 setelah berjaya mengharungi suka & duka di tahun 2012 : ) Untuk tahun ni di harap semuanya berjalan dengan lancar & insyaallah apa saja yang di hasratkan termakbul dengan iringan doa & usaha : )

Baiklah, untuk entri pertama saya pada tahun 2013 ini, saya nak share gambar2 kek tempahan daripada kawan2 pada 1 hb januari 2013, sorrylah sebab belum ada masa lagi mau ber'experimental' dengan resepi yang baru, hehe...

So silakan menjamu mata tengok gambar2 kek tu ya, kalau nak mencuba silalah klik pada link resepi yang saya beri tu, tqvm : )


Guitar version red velvet cake



Kek ni di tempah oleh seorang kawan lama yang menyambut hari jadinya pada hari ini, Happy birthday sis Eyfa!!! May all your whishes come true : )





Dan tak lupa juga ucapan berbanyak2 terima kasih to my husband sebab banyak menyumbangkan tenaga & idea untuk menghasilkan kek guitar ni, hehe...

For recepi link http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/04/red-velvet-cake-second-version.html



Devil's chocolate cadbury food cake




Yang ni pula kek yang di tempah dari seorang rakan fb, tqvm kak Nirah abu : )





Memang salah satu cake peberet saya ni, tapi kalau makan selalu memang tak tahan, hehe..






Tqvm kepada yang sudi singgah cuci2 mata ya....


For recepi link http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/09/devils-chocolate-cadbury-food-cake.html




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...