31 Dec 2013

BUTTER CHEESECAKE




Assalam & selamat malam semua...

Sedar tak sedar kita sudah dipenghujung tahun 2013....Selamat tahun baru semua!!! Semoga tahun 2014 lebih keberkatan untuk kita semua, inshaallah, amin...

Well, hari ini untuk menyempurnakan penutup tahun 2013, saya gigihkan juga membaking. Maklumlah sudah sebulan saya tinggalkan dapur, spider web pun sudah mula bertapak dalam almari tu, hehe.

Kali ni buat butter cheesecake resepi daripada 'Kevin Chai' dari buku Cheesecake Mania. Boleh tahan juga rasa kek ni, harum semerbak cheese. Saya lebihkan sikit parutan parmesan cheesenya :)

Silakan resepinya....


BUTTER CHEESECAKE

Bahan2nya:
A
200g butter
200g cream cheese
200g gula kaster
1/2 sk garam

B
4 biji telur

C
300g tepung gandum / superfine
1 sk baking powder
1/4 sk baking soda
40g parmesan cheese

D
120ml susu segar


Cara2 membuatnya:
1. Gris & alaskan loyang bersaiz 8 inci (20cm). Panaskan oven pada suhu 170 C.

2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

3. Masukkan pula bahan2 C yang telah diayak berselang seli dengan bahan D. Gaul sebati.

4. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. taburkan lagi sedikit parmesan cheese atasnya jika suka.

5. Bakar selama 1 jam 20 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong.





1 comment:

Bbwana adienia said...

salam evelyn..

selamat tahun baru..em, nampak sedap dan gebunya kek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...