2 Dec 2013

BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE






Assalam semua...

Terasa lama sungguh tidak mengupdate entri di blog ini. Rindu pulak...

Sebelum tumbuh lalang, makan saya tebas dulu rumput2 kecil yang tumbuh, hehe. Well, saya masih lagi bercuti di tawau, my hometown. Petang tadi baking dengan my beloved mom. Buat butter cheddar cheesecake lagi.

Untuk rujukan resepi sebelum ini boleh lihat pada link dibawah tu k.



Butter cheddar cheesecake

Orange butter cheddar cheesecake

 






Memang sedap & mudah saja nak buat kek ini. Silakan kepada semua kawan2 yang ingin mencuba sendiri ya :)







Butter cheddar cheesecake

Bahan2:
 A
250g butter
230g gula kaster

B
4 biji telur

C
80g cheddar cheese, diparut

D
100ml susu segar
280g tepung superfine / gandum, diayak
1 sk baking powder, diayak

E
100g cheddar cheese, diparut
20g chocolate rice

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan loyang bulat / segiempat bersaiz 9 inci. Griskan & alaskan dengan baking paper.

2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul hingga sebati.

3. Masukkan bahan C, gaul sebati.

4. Kemudian, masukkan pula bahan D, gaul lagi hingga sebati.

5. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan. Taburkan bahan E atasnya. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak.


Selamat mencuba...





 


3 comments:

LiNa_Pg said...

Ciskek yg simple ni..takyah asing putih ngan kuning telur...
Kalau yg cis2 ni harus cube laa...anak2 suka sangat.
Tp kena hold dulu cheddar tadak stok..

zila norazila said...

sedapnye lin nnt akk cuba yer..suka kek camne..

Bbwana adienia said...

kek nampak simple tapi sedapkan..nyum2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...