19 Nov 2013

PANDAN CHIFFON CAKE





Assalam semua...

Hari ni saya sambung buat chiffon cake lagi ya, hehe. Boring rasanya kalau tak membaking. Cuaca pun asyik hujan so memang best layan chiffon celup dalam kopi panas2..yumm...





Ini kali saya buat pandan chiffon pulak. Memang best, lembut & moist, tak kering, sedap saja dimakan....tapi sayang tak ada daun pandan fresh, terpaksa guna pandan paste. Tapi hasilnya tetap sedap juga :)











Resepinya macam biasa, saya ambil dari buku 'Creative making of cakes' by Alex Goh, cuma dalam buku tak ada mention berapa sukatan untuk jus pandannya, so saya pandai2 letak sendiri 1 sk pandan paste, hehe. Saya tak letak pewarna makanan sebab warna hijaunya memang terang. Kalau guna yang fresh, boleh letak 2 sk jus pandan + 1/2 sk pewarna hijau makanan.

So tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepinya pulak..








Pandan chiffon cake


Bahan2nya:
A
4 biji kuning telur
90g gula kaster
70ml minyak sayuran / jagung
70ml santan kelapa
45ml air 
1/8 sk garam
150g tepung gandum, diayak
1 sk baking powder, diayak
1 sk pandan paste 

B
4 biji putih telur
80g gula kaster
1/8 sk cream of tartar


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan loayng chiffon bersaiz 9 inci. Jangan griskan.

2. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan semua bahan2 A. Gaul rata guna hand whisk. Ketepikan.

3. Pukul putih telur dari bahan B hingga berbuih. Masukkan bahan2 B yang lain. Pukul hingga kembang & bertanduk.

4. Satukan adunan A & B. Kaup balikkan hingga sebati.

5. Tuang kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 40 minit atau hingga masak.

6. Bila kek sudah masak, segera terbalikkan loyang & biarkan sejuk sepenuhnya baru dikeluarkan dari acuan.


Selamat mencuba...







8 comments:

LiNa_Pg said...

Sangat sempurna kejadian cipon pandan
Mesti time bako semerbk satu umah event gn pndan paste aromanya tetap harum.

Bbwana adienia said...

salam evelyn..

wow, cantik dan gebunya kek.sya suka makan pandan chiffon kek ni..suka makan buatan cousin sebab menepati selera.

kayumaniskorner563 said...

gebu nyer cntik lg, mkn mesti sdp.....

Yatie Mokhtar said...

wow gebunyer....

Petak Bunga said...

gebunya.. boleh try ni

Evelyn Gemina said...

Tqvm semua kawan2 yang sudi singgah, selamat mencuba ya :)

Iza said...

Assalamualaikum Lyn,
Mau tanya..blh tak ganti santan tu dgn susu cair?

Nurhayati Morshidi said...

sy buat menjadi...tq for ur resepi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...