15 Nov 2013

DURIAN BUTTERCAKE with custard topping





Assalam & selamat malam semua...

Untuk entri hari ni saya buat kek lagi ya. Guna buah durian pulak. Fuhh dah lama tak beli buah durian, sudah dapat terus gatal tangan mau buat kek, hehe.






Kali ni saya buat durian buttercake pula. Resepi cedok dari buku 'Creative making of cakes' by Alex Goh. Resepi2 dari buku ni memang terbaik, walaupun resepinya simple namun rasanya tidak pernah lagi mengecewakan.







Saya tambah custard topping untuk kek ni supaya lebih mantap gitu, hehe. Memang padan kek dengan custard topping ni, rasanya lebih moist & memberi impak rasa (pandai2 jak), hehe. Cuma menyesal sebab tak buat banyak2 topping tu, jadi bolehlah makan sambil celup2, hehe.








So everyone, resepinya dibawah tu k, saya ubah sedikit stepnya supaya lebih mudah untuk difahami...selamat mencuba semua...






DURIAN BUTTERCAKE with custard topping

Bahan2 kek:

A


120g isi durian

60ml susu segar

B
40g tepung gandum

 C
250g butter
220g gula kaster

D
5 biji telur

E
200g tepung gandum
50g tepung kastard
1/2 sk baking powder
1/4 sk baking soda


Custard topping:
A
150ml susu segar
2 sb gula kaster

B
2 sb tepung kastard
2 sb susu segar

Cara membuat kek:

1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan loyang bulat, loaf pan atau bundt cake pan bersaiz 10 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.

2. Satukan bahan A dalam blender & kisar hingga hancur & lembut. Pindahkan kedalam mangkuk kecil & masukkan bahan B, gaul rata. Atau masukkan kedalam blender & blendkan sekali. Ketepikan.

3. Pukul bahan C hingga lembut. Masukkan bahan D satu persatu, pukul hingga sebati.

4. Masukkan pula bahan2 E yang telah diayak. Gaul hingga sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan, Bakar selama 50 minit atau hingga kek masak.

6. Sejukkan atas wirerack. 

7. Tuang custard topping atasnya. Hidangkan.


Cara2 membuat custard topping:


1. Satukan bahan A & gaul guna handwhisk hingga gula hancur.

2. Panaskan bahan A tadi hingga mendidih. 

3. Dalam mangkuk kecil, satukan pula bahan B. Gaul rata.

4. Matikan api & alihkan bahan A tadi. Masukkan campuran bahan B. Gaul rata.

5. Masak atas double boiler hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk di siram atas kek.











Selamat mencuba...







6 comments:

LiNa_Pg said...

Cntk kejadia kek ni,kaler pun yellowish
Mesti semerbk satu umah dgn aroma doyan.Aduss sdpnya
Lyn ngapalah digoda akak ngan kek2 yg sdp ni.

Evelyn Gemina said...

Sengajalah kasi liur kak lina malam2 ni,dari skrin pun ble cium bau doyan kan, xleh sembunyi,hehe

Alia Laila said...

Wahh sedaplah. Dah la saya peminat tegar durian dan kek. Ini kombinasi dua makanan kegemaran saya pula tu. Aishh silap buka blog ni malam-malam T_T

Cendana Kasih said...

fuhh...sure sedap.. terliur sudah

Bbwana adienia said...

wallah..sedapnya kek durian..gebu dan mantap dengan toping kastad tu..

Anonymous said...

Masa bakar kek tu apinya atas bawah ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...