22 Nov 2013

ANGEL FOOD CAKE




Assalam & selamat petang semua...

Al kisah hari ini...

Pagi2 lagi saya sudah tak keruan...apa tidaknya, boleh pulak saya ter'miss flight saya ke tawau kelmarin. Ingatkan flight esok, fuhhh...excited punya pasal, sampai terlupa tarikh sebenar....nasib baiklah anak sulung perasan datenya tu 21hb, kalau tak esok sudah sampai di airport mesti haru biru sekejap....

Tapi takpa, pasti ada hikmah disebalik semuanya yang berlaku, yakin saja kan :) Semoga trip isnin nanti tidak ada aral melintang, inshaallah....







So daripada asyik melayan kegeraman dihati, saya pun buat projek baking aka kasi habiskan stok putih telur dalam peti sejuk & bahan2 yang lain. Baking ni memang terapi yang sangat berkesan untuk release tension, tak payah marah2 (sebab memang salah sendiri), tak payah pening2, hehe.










Memang bagus buat kek ni jika ada banyak lebihan putih telur dalam peti sejuk, kadang2 tak tau mau buat apa kan. Kalau dibuang memang sayang juga. Teksturnya sama lembut macam kek chiffon cuma kasar seperti roti sedikit, bagi saya memang sedap kek ni dibuat breakfast atau minum petang.







Sebelum ni saya pernah juga buat kek ni dalam bermacam versi, boleh lihat link dibawah tu k.

Chocolate tweed angel food cake

Chocolate tweed angel food cake with cream cheese frosting

Triple layer orange angel food cake



Untuk resepi kali ni, saya ubah suai daripada buku resepi 'Creative making of cakes' by Alex Goh. Macam biasa saya kurangkan sukatan gulanya ikut selera :)

So kepada kawan2 semua, silakanlah mencuba sendiri k :)






Angel food cake

Bahan2nya:
A
320g / 8 biji putih telur

B
120g gula kaster
1/4 sk garam
C
1/2 sb jus lemon

D
1 biji parutan kulit lemon
E
100g tepung gandum, diayak

F
30g ceri merah, dipotong dadu
30g ceri hijau, dipotong dadu
30g chocolate rice

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 9 inci / 23cm.

2. Pukul bahan A hingga berbuih. Masukkan bahan B & C. Pukul lagi hingga kembang & bertanduk (soft peak).

3. Masukkan pula bahan D & E. Kaup balikkan hingga sebati.

4. Akhir sekali, masukkan pula bahan F. Kaup balikkan lagi hinga sebati.

5. Tuang adunan kek dalam loyang yang disediakan. Bakar selama 30 minit.

6. Bila kek sudah masak, keluarkan dri oven & segera terbalikkan. Biarkan hingga kek sejuk baru keluarkan dari acuan.






Selamat mencuba...






18 comments:

LiNa_Pg said...

sangattttttt gebu kek bidadari ni..putih suci gitew hehe..

xpe lyn..ada hikmah disebalik suma ni..
Sabar yea..

Haslinda Jaafar said...

Nmpk cntk kek nie..sama cntk cam tuan nyer..Evelyn Gemina...

Bbwana adienia said...

gebu dan cantik kek..nama kek pun unik..selamat pulang ke tawau nanti..

sue said...

sis klau pkai loyang biase bole x...pastu gntikn leman tu dgn sunkist...

adda syuhada said...

feberet sy ni...suka sgt kek yg ada buah2an....

sue said...

sis klau pkai loyang biase bole x...pastu gntikn leman tu dgn sunkist...

asyifa mustaffa said...

Suka tgk Evelyn punya kek...sentiasa la nmpk cntik dan mengiurkan...

~ Cik Azz ~ said...

Salam..

Kek yang Evelyn buat semuanya gebu dan cantik.. Geram je tengok..

Cuma nak tanya, ada tak resepi butter cheese cake..

Evelyn Gemina said...

Tq dear kak lina..ya terpaksa bersabar, pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku :)

Evelyn Gemina said...

Aduhai kak haslinda, kembang semangkuk nanti,hehe

Evelyn Gemina said...

Tq sis bbwana adienia :)

Evelyn Gemina said...

Kak sue, kalau gantikan dgn oren ble..nak guna sunkist pula, guna jusnya tu tapi cairkan dgn air, sukatan yang sama dgn jus lemon k.

Evelyn Gemina said...

Tq singgah sis adda suhada & asyifa, ada masa nnt ble cuba k ;)

Evelyn Gemina said...

Wasalam cik azz..buterr cheesecake yg mcm mana tu??cuba skodeng dlm list buttercake k..

Chik Mimi said...

Lyn cantiknya cake tu ,tak pakai minyak best tu ada lebih telur putih boleh try ni

Inspire Boutique ..SZI said...

Kegebuannya terserlah.. Begitu menggoda sekali.. Kena try ni..

Sue Bee said...

EG ni mmg pro dalam buat kek..mmg nampak gebuss dan cantik dengan warna2 ceri tu..

Evelyn Gemina said...

Tqvm dear all fren, jangan x cuba resepi ni kalau ada lebihan putih telur tu, memang lain dari yang lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...