25 Mar 2013

EGGLESS PEACH CAKE



Assalam & selamat malam semua...

Hari ni sambil2 menyiapkan tempahan cheesetart saya buat kek pula, geram sebab hari tu tak dapat merasa kek Eggless fruit flan yang kawan saya tempah, terliur sangat.

Baru puas sebab dapat merasa, tapi kali ni saya ubah sedikit, guna versi buah peach pula, kebetulan masih ada banyak lagi sisa buah peach dalam ice box tu, hehe...






Resepinya masih lagi menggunakan resepi yang sama dengan kek Eggless fruit flan, cuma saya layerkan dengan fresh cream & buah peach, simple & refreshing, marbeles gitu....

So tanpa membuang masa, mari kita lihat pula resepinya...







Eggless fruit flan

Bahan2 kek:
A
200g butter
160g gula

B
200g susu segar
1 sk esen vanila

C
240g plain flour
1 3/4 sk baking powder

Filling:
100g fresh cream, di pukul hingga pekat 
Buah peach secukupnya

Topping:
Buah peach secukupnya
100g fresh cream, dipukul hingga pekat
Apricot gel secukupnya
Kepingan badam, dipanggang

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut.

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit.

3. Kemudian, masukkan pula bahan C yang telah diayak, pukul sebati.

4. Tuang dalam loyang bulat bersaiz 8'

5. Bakar pada suhu 180 c selama 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya baru di potong dua.

6. Letakkan kek atas cake board. Sapukan fresh cream pada lapisan kek yang pertama & susun buah peach atasnya. Letakkan pula lapisan kek yang kedua atasnya.

7. Sapukan keseluruhan kek dengan fresh cream & susunkan buah peach sebagai hiasan atasnya. 

8. Campurkan apricot gel dengan sedikit air & cairkan atas double boiler. Sapukan pada buah tadi.

9. Salutkan tepi kek dengan kepingan badam panggang & sejukkan sebelum di hidang.



Selamat mencuba...







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...