8 Mar 2013

CHOCOLATE INDULGENCE



Selamat petang semua....

Selamat minum petang....Hari ni saya buat cake lagi, kali ni buat chocolate indulgence pula. Buat versi yang simple2 saja untuk menghabiskan stok mousse yang ada dalam peti sejuk tu :)

Resepi kek ni pernah saya kongsikan di sini dulu, cuma kali ni saya kurangkan sukatan gulanya. So tanpa membuang masa marilah kita lihat resepinya pula k, jika inginkan resepi berserta panduan bergambar, silalah klik di sini....




Chocolate indulgence

Chocolate chiffon:

A
30g cocoa powder - larutkan dgn 120ml air suam
4 biji kuning telur - asingkan putih & kuning
100g gula kastor (saya guna 90g)
130g tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
60ml minyak jagung
1 tsp esen vanila

B
4 biji putih telur
60g gula kastor (saya guna 50g)
1/4 tsp cream of tartar

Cara2:
1. Panaskan oven pd suhu 180C. Satukan bahan A & pukul hingga kembang menggunakan high speed.

2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B  hingga kental guna high speed.

3. Kaup balikkan bahan A ke dalam B. Tuang dalam loyang 9' & bakar selama 40 min atau hingga masak.

4. Angkat dari loyang & terbalikkan atas wire rack, sejukkan sepenuhnya, trimkan bahagain atas kek supaya rata & potong kepada 4 lapisan.

Chocolate mousse: 
200g dark chocolate
2 kuning telur - pukul sikit
2 putih telur - dipukul hingga kembang
60g gula kastor (saya guna 50g)
1/2 tbsp butter
250ml whipping cream - pukul hingga pekat
1  1/2 tbsp gelatin (saya guna 1 sb)
50ml air
(simpan sdikit adunan untuk di sapu tipis pada kek)

Cara2 membuat chocolate mousse:
1. Rendam gelatin dgn air hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.

2. Cairkan coklat secara double boiler, masukkan kuning telur diikuti butter & campuran gelatin tadi, gaul sebati. Angkat.

3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur & gula hingga kembang, kaup balikkan dalam adunan coklat yang masih panas, kemudian masukkan whipping cream yang telah di pukul, gaul rata. 

4. Jika chocolate mousse masih lagi cair setelah di masukkan gelatin, simpan dulu dlm peti sejuk baru di sapu pada kek.

White chocolate mousse:
200g white chocolate
100ml UHT fresh milk
2 kuning telur - pukul sikit
2 putih telur - pukul hingga kembang
60g gula kastor (saya guna 50g)
250ml whipping cream - pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin (saya guna 1sb + 1sk)
50ml air

Cara2 membuat white chocolate mousse:
1. Rendam gelatin & air hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.

2. Cairkan white chocolate secara double boiler, masukkan kuning telur diikuti campuran gelatin tadi, gaul sebati. Angkat.

3. Dalam mangkuk lain, putar putih telur & gula hingga kembang, kaup balikkan ke dalam adunan white chocolate yang masih panas. Kemudian, masukkan susu & whipping cream. Gaul rata.

4. Masukkan mousse kedalam peti sejuk selama 4 jam hingga beku. Kemudian keluarkan & pukul guna high speed hingga pekat & bertanduk. Buat white chocolate mousse sehari lebih awal sebelum membuat kek & simpan dalam peti sejuk. Pukul hingga kembang baru sapu atas kek.

Chocolate ganache topping:
150ml whipping cream
350g dark chocolate
1 tbsp butter - cairkan

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga mendidih.

2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.

Cara2 melapis kek:
1. Potong kek chiffon kepada 4 lapisan.

2. Lapisan pertama: Letak kek dalam loyang 9' loose base tin (saya guna cake ring). Tuang white chocolate mousse atasnya & ratakan.

3. Lapisan kedua: Letak kek atas lapisan pertama, tuang chocolate mousse atasnya & ratakan.

4. Lapisan ketiga: Letak kek atas lapisan kedua, tuang baki whote chocolate mousse & ratakan.

5. Lapisan terakhir: Letak kek di atas lapisan ketiga & simpan dlm peti sejuk semalaman.

6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis chocolate mousse keseluruhan kek & simpan sekejap dlm peti sejuk hingga keras.

7. Letak kek atas wire rack (lapik dgn parchment paper supaya senang di bersihkan) & tuang chocolate ganache topping, biarkan coklat mengeras. Tanggalkan lapik & simpan dalam peti sejuk.

8. Potong menggunakan pisau yang di rendam dalam air panas, lap & potong kek.


Selamat mencuba...





14 comments:

lina_pg said...

Assalam Lyn, dah lama tingin nk wt kek Indulgence ni..selalu beli kat Resepi Rahsia jer..Nanti kalau nk wat boleh ulang alik ke sini sebagai rujukan..
Blog Lyn memang terbaekk lah sebagai rujukan akak...suka sangat

mama sara nur said...

yummyyyyyyyyyyy
my feberet kek kat Sr
buat sendiri lg best kan
Evelyn emmm ada lg tak ni

Nooriah Abdullah said...

salam Lyn, sedap nampak kek ni akak belum pernah makan, tapi dah baca bahan satu persatu mmg banyak jugak ya bahan2 nya kena ready bahan dulu lah baru nak rujuk lagi kesini nak buat jugak suatu hari

Asyifa Mustaffa said...

sedapnya..! nak buat mmg mlas je rasa ni....

adda syuhada said...

terliurnya tengok...

Shiela said...

Hmmm.. Sedapnyerrrr..

Evelyn Gemina said...

Tqvm dear all blogger fren, sila2 ya :)

Amie said...

Masya Allah... sedapnya!!!!!

Melly Octaviana said...

macam yang di jual secret recipe lah rupa nya.. ngecesss

Rohah said...

aduhai...menggoda keinginan...kepingin merasa..

Evelyn Gemina said...

aiyaa..mari sini akk2 blogger semua, xda siapa nak bantu makan ni,hehe

Ain Ramli said...

Whipping cream ni yg non -dairy or full cream? TQ

Ain Ramli said...

Whipping cream ni yg non -dairy or full cream? TQ

Evelyn Gemina said...

Guna yang UHT whipping cream k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...