Welcome to my blog : )



Hi & welcome everyone....

Thanks for your visit to my blog (www.mybakingworkshop.blogspot.com)....

This blog is about sharing my baking & cooking recepi. Hope you'll enjoy & leave a comment for any recepi that you like...tq : )

22 Feb 2013

ZEBRA CARAMEL CAKE



Selamat malam semua....

Well, hari ni saya buat caramel cake lagi, tapi buat versi zebra pulak,hehe








Selepas menghantar  tempahan kek petang tadi, balik rumah memang ada banyak masa terluang, kebetulan mode rajin datang, so meng'karamel' keklah lagi...







Memang tak susah mau buat kek ni, janji cukup bahan memang jalan, so jangan malas2 mencuba ya :)










Zebra caramel cake

Bahan2:
A
2 sb gula kaster

B
1 tin susu cair susu segar
3 sb gula kaster
1 sk esen vanila
6 biji kuning telur
1sb custard powder

C
140g self raising flour
3 sb gula kaster
3 biji kuning telur
135ml susu segar
45ml minyak jagung
1 sk esen vanila

D
6 biji putih telur
3 sb gula kaster
1/4 sk cream of tartar

E
1 sk chocolate paste / emulco

Cara2:
1. Masak gula dari bahan A dalam loyang bersaiz 8 / 9 inci hingga keperangan, ketepikan.

2. Satukan semua bahan2 B hingga sebati, ketepikan.

3. Satukan pula bahan2 C, gaul sebati, ketepikan.

4. Kemudian, pukul bahan2 D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan bahan C (langkah 3) tadi.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, campurkan bahan E kedalam satu bahagian & kaup balikkan perlahan2, biarkan satu bahagian adunan lagi plain.

6. Tuang adunan bahan B tadi kedalam loyang berisi karamel sambil menapis perlahan-lahan.

7. Tuang 5 sb adunan coklat ditengah2 bahan puding (B) tadi perlahan-lahan. Kemudian tuang lagi 5 sb adunan yang tidak di warnakan. Ulang semula proses tadi hingga adunan habis.

8. Bakar guna kaedah water bath selama 1 jam pada suhu 160 C. Bila kek sudah masak, rehatkan selama 15 minit baru terbalikkan. Sejukkan baru dihidang.



Selamat mencuba...



11 comments:

adda syuhada said...

kat sini pun ada tayang kek jgk malam2 nih..makin berkeriuk dh perut nih..padahal dah bedal nasi td..

maryamcuppies said...

Sis, cmna nk dptkan effect belang zebra tu?

Amie said...

Macam2 versi kek dia ye... semuanya cantik belaka!

Rohah said...

tokei kek mmg rajin...
bila nak rasa keknya ni..

may agumo said...

rajinnya ko lyn.. tp tgk gambar pun dah tau... sedap..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...zebra kek ngan lapisan karamellll...nyum nyum nyum

balqees dairy said...

cantik kek ni pastinya sedap

Evelyn Gemina said...

Sorry lambar reply all..

Thnks sudi komen sini, untuk cara2 melayer ble ikut arahan dlm resepi tu k...

Mawar Othman said...

Sedapnya....tk sabar la nk cuba...

Mawar Othman said...

Kek ni semmgnya menjadi favourite I sebab sedap sgt lyn. Terima kasih lyn atas resepi yg di kongsi bersama...da dua kali buat. Anak2 buah dgn mak bapak diaorg minta buat lg.

Kak Jie Jie said...

Kalau ikut sukatan cawan 140gm tepung tu brp cawan Lyn?? Nanti Lyn jwp di wall facebook akak boleh?