10 Feb 2013

NUTTY MANGO CHEESY CHEESECAKE & A HAPPY 1ST BLOG ANNIVERSARY!!!



 Salam & selamat malam semua...

Tak terasa sudah setahun saya berblogger berkongsi resepi dengan kawan2 semua. Well, baru hari ini saya ada masa mau buat keknya, disebabkan jadual yang sangat tight, saya memang tak ada masa mau cari2 resepi baru, so untuk 1st blog anniversary ni, saya buat cheesey cheesecake versi mango + almond pula :)




Memang sentiasa layan saja cheesey cheesecake ni kan, tak kira apa pun flavournya : ) Memang sungguh marbeles!!!



Resepinya saya guna resepi yang sama dengan Blueberry cheesy cheesecake yang saya kongsi hari tu, cuma tukar flavournya saja.







So kalau ingin mencuba versi nutty mango ni, bolehlah skodeng resepi dibawah tu k, chau dulu...





Nutty mango cheesey cheesecake


Cake:
A
5 kuning telur
1/2 cawan gula kaster
1/4 cawan jus oren
1/2 cawan air
1 sk jus lemon
180g superfine flour, diayak
3 sb tepung jagung, diayak
3 sk double action baking powder, diayak

B
5 biji putih telur
3/4 cawan gula kaster
1/2 sk cream of tartar

Cara2 membuat cake:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bersaiz 9' / 10 '.

2. Satukan bahan2 A dalam mangkuk, gaul sebati. Ketepikan.

3. Pukul bahan2 B hingga kembang. Satukan dengan adunan A tadi, kaup balikkan hingga sebati.

4. Tuang adunan ke dalam loyang & bakar selama 40 - 45 min. Sejukkan sepenuhnya baru di potong kepada 3 lapisan.

Frosting:
375g butter, potong dadu
200g cream cheese
3/4 cawan gula aising, di ayak
100ml UHT milk / susu segar
250g cheedar cheese, diparut
Mango filling
Almond nibs, dipanggang

Cara2 membuat frosting:
1. Pukul butter bersama cream cheese hingga lembut.

2. Kemudian, masukkan gula aising & susu berselang seli. Pukul hingga lembut & berkrim.

3. Ambil lapisan kek yang pertama, sapukan frosting & sedikit mango filling, taburkan sedikit almond nibs atasnya. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir. 

4. Kemudian, sapukan keseluruhan kek dgn lebihan frosting & hiaskan dengan  parutan cheddar cheese. Hiaskan & sejukkan sebelum di hidang.



Selamat mencuba...












10 comments:

Shiela said...

Happy Blog Anniversary my dear.. :)

rahel said...

Tahniah....teruskan bikin kek yang sedap2 yea...

Suzana Ibrahim said...

hai Evelyn,bestnye kek2 kat blog awk ni,terus saya follow.jom jadi kawan saya pula kat suzanazamri.blogspot.thanks!

Amie said...

Aduinaaa... Evelyn, kalau daku jadi dikau (punya tangan ajaib), bagus aku pencen awal bah.. bukak kedai kek jak... aduhai..cantik2nya hasil air tanganmu itu dik, kemas...belum dirasa lagi tu, kalau sudah dicicipi pasti enak banget!

Evelyn Gemina said...

Hehe, tqvm all blogger fren, love u all, muahhh!!!

may agumo said...

waduh... kecur tgk gambar.. yummy..

aetyalwies said...

Terima kasih sudi kongsi resipi..bila tgk gmbr2 kek kamu..sy rasa mcm mau cuba buat smua kek tu..sgt menggiurkan..

inahar ali said...

hepi blog anniversari ye evelyn! teruskan berkongsi resipi yg hebat2 belaka..tqvm!

Evelyn Gemina said...

Tq may, kak inahar & sis aetyalwies :)

Mamasya said...

Happy blog Anniversary Evelyn. moga terus berkongsi resepi yg menarik.
kek mongo cheese itu....tengok yg dah dipotong.....enaknya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...