9 Jan 2013

CRUNCHY & CHEEZY CHOCOLATE CHIP MUFFIN



Salam & selamat petang semua....

Hari ni mau update entri yang tertunggak pula. Kelmarin saya buat muffin ni untuk minum petang. Layannn saja....






Masa buka almari ternampak muffin premix yang saya simpan, tak terbuat2, hehe. So apalagi, projek buat muffinlah kan : )


Tapi kan resepi muffin ni saya guna yang premix punya, just tambahkan dengan bahan2 lain supaya lebih beraroma. Saya guna resepi di bawah untuk membancuh adunan, boleh juga kalau kawan2 semua nak ikut arahan memasak pada bungkusan. Silakan mencuba semua...





Crunchy & cheezy chocolate chip muffin

Bahan2:
A
500g muffin premix
4 biji telur
100g air / susu segar
1 sk esen vanilla
3 sb koko powder (skip jika guna perisa coklat)

B
165g minyak jagung

C
100g almond nibs, dipanggang
100g chocolate chips

D
Sedikit patutan cheedar cheese, utk di tabur

Cara2 membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan acuan muffin yang di alas dengan muffin cup / paper cup.

2. Satukan semua bahan2 A dalam mangkuk, gaul rata.

3. Masukkan pula bahan B, gaul perlahan2 hingga sebati.

4. Kemudian, masukkan bahan2 C. gaul rata.

5. Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam acuan yang di sediakan, Tabur sedikit (jangan terlalu banyak) bahan D atasnya.

6. Bakar pada suhu 160 c selama 10 - 15 minit atau hingga muffin masak.



Selamat mencuba...



2 comments:

Nooriah Abdullah said...

aduh gebusnya Lyn muffin tu makan sebijik pun memang kenyang ni kan

Evelyn Gemina said...

memang kenyang makan sebijik muffin ni kak nooriah,hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...