6 Jan 2013

CHEDDAR CHEESE CUPCAKE



Selamat malam semua...


Nak sambung lagi entri hari ini, yang ni bab dessert pula, tadi datang rajin mau buat cupcake, so tengok dalam peti sejuk ada banyak lagi cheddar cheese, belek2 buku resepi, dapatlah idea mau buat cheddar cheese cupcake yang simple ni : )




Memang senang & simple saja mau buat cupcake ni, walaupun hura-hara sedikit kejadiannya, hehe. Tapi yang paling penting rasanya sedapppp....silakan mencuba....





Cheddar cheese cupcake

Bahan2:
A
3 biji telur
3 biji kuning telur
180g gula kaster
Secubit garam

B
1/4 sk esen vanilla

C
165g tepung gandum / superfine
1 sk baking powder

D
60g susu segar
65g cheddar cheese, di parut

E
70g minyak jagung

F
Sedikit parutan cheddar cheese untuk di tabur

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan paper cup dalam acuan cupcake/ muffin.

2. Pukul bahan2 A hingga lembut & gebu. Masukkan bahan B, pukul lagi.

3. Kemudian, masukkan bahan2 C, kaup balikkan.

4. Masak bahan2 D guna double boiler hingga cheese cair. Masukkan kedalam adunan tadi (langkah 3). Masukkan pula bahan E, gaul rata.

5. Tuang ke dalam acuan yang di sediakan. Tabur sedikit bahan F atasnya.

6. Bakar selama 18 minit atau hingga masak pada suhu 200 C. Sejukkan sekejap baru dihidang.



Selamat mencuba...




2 comments:

zila norazila said...

dear nampak mmg sedap..nak mintak 10 ketul baru puas ati nk makan..h ehhee

Liza AB said...

klu d kukus jer boleh ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...