29 Dec 2012

OREO CHEESECAKE



Salam & selamat malam semua....

Hari ni saya buat oreo cheesecake pula atas permintaan my daughter. Kesian, dah lama dia suruh saya buat oreo cheesecake ni tapi selalu tak ada masa mau buat, so hari ni saya tunaikan permintaannya : )




Resepi oreo cheesecake ni saya pernah sharekan juga di sini, tapi di sebabkan hari ni rajin, saya akan taipkan saja resepinya di entri ni k, hehe.




Rasa puas hati bila anak2 suka dengan kek yang di baked sendiri, boleh tambah banyak kali pulak tu, hehe. So kalau teringin mau cuba sendiri, bolehlah lihat resepinya di bawah tu k....




Oreo cheesecake

Oreo base:
200g biskut oreo, dihancurkan
50g butter, cairkan

Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan base, gaul rata.

2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan bahan2 base tadi & tekan pada dasar loyang. 

3. Bakar pada suhu 160 C selama 10 minit, sejukkan.

Filling:
A
750g cream cheese
130g gula kaster

B
1/2 sb esen vanila

C
3 biji telur

D
200g whipping cream

E
15 keping biskut oreo, belah & buangkan krim

Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan2 A hingga lembut. Masukkan bahan B, pukul lagi.

2. Kemudian, masukkan bahan C satu persatu, pukul sebati.

3. Masukkan pula bahan D, pukul sebati.

4. Tuang adunan ke dalam loyang berisi base tadi. 

5. Bakar selama 5o minit atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya, tutup & simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman. 


Selamat mencuba....






28 Dec 2012

MOIST CHOCOLATE CAKE



Salam & selamat malam semua...

Baiklah hari ni saya nak update resepi moist chocolate cake pula, sudah licin abis baru ada masa mau taip resepinya, hehe.

Resepi ni saya skodeng dari buku 'delicious cake' by Amy heng, sedap & lembut gituuu, cuma saya tak layerkan kek, terus tuang saja chocolate topping atasnya.

Oklah, saya pun tak dapat mau cerita panjang2 pasal kek ni, kepada yang berminat bolehlah lihat resepi di bawah tu k.....





Moist chocolate cake

Cake:
A
250g butter
400g brown sugar
1 1/2 sk esen vanila

B
4 biji telur, pukul sedikit
325ml air / susu segar

280g superfine flour
70g serbuk koko
1 1/2 sk baking powder
3/4 sk baking soda
1/2 sk garam (saya x letak)

Chocolate topping:
80g tepung jagung
70g serbuk koko, ayakkan
1/2 sk garam, ayakkan (saya x letak)
250g gula kaster
1 1/2 sk esen vanila
170ml air
1 1/4 cawan susu cair
3 biji kuning telur
80g butter, suhu bilik

Cara2 membuat cake:
1. Panaskan oven. Griskan loyang bulat bersaiz 9" & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan2 A hingga lembut & berkrim.

3. Kemudian, masukkan telur yang telah di pukul sedikit dari bahan2 B tadi, masukkan sedikit demi sedikit. 

4. Masukkan pula bahan2 C berselang seli dengan air / susu segar (bahan B). Pukul sebati.

5. Tuang ke dalam loyang yang di sediakan. Bakar selama 35 - 40 minit. Sejukkan sepenuhnya.

Cara2 membuat chocolate topping:
1. Satukan semua bahan2 topping kecuali butter dalam mangkuk tahan panas, masak guna double boiler sambil mengaul hingga agak pekat sedikit.

2. Kemudian, masukkan butter, gaul rata. Sejukkan baru di tuang atas kek. Hiaskan.


Selamat mencuba...






26 Dec 2012

POTATO DOUGHNUT



Selamat malam dear all fren...

Nak update menu minum petang hari ni pulak. Tadi buat donut, potato donut, lembut & gebu, best main2 dengan doh sambil my daughter tolong, hehe.




Resepi ni saya pernah kongsikan dulu, boleh tengok sini. Tapi resepi yang saya sharekan tu, saya buat separuh aduan. Kali ni saya buat full recepi & tak biarkan doh semalaman, biarkan kembang selama 1 jam saja, hehe. Banyak pulak hasilnya, siap boleh derma bagi jiran, hehe. 

Oklah, kalau rasa2 mau buat separuh aduan bolehlah klik link dekat atas tu k, yang saya akan share ni saya bagi full recepi, selamat mencuba.....




Potato doughnut

Bahan2:
A
1 sb yis segera
1/2 cawan air suam

B
1 cawan air suam
1 cawan ubi kentang, rebus & lecekkan
2/3 cawan gula kaster
2/3 cawan shortening
2 biji telur
1 1/2 sk garam
6 cawan tepung gandum

C
Sedikit gula kaster, untuk dilumurkan pada donut

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan2 A, gaul rata & biarkan 5 minit.

2. Kemudian, satukan pula bahan2 B, tuang campuran bahan A tadi sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh, tambahkan lagi sedikit tepung jika doh lembik. 

3. Uli doh selama 10 minit, bentukkan bola & tutupkan dengan tuala bersih. Biarkan kembang selama 1 jam.

4. Kemudian, bahagikan doh kepada 1/2 bahagian & canai setebal 1/2 inci, terap guna acuan donut, susun atas dulang yang di tabur dengan tepung, biarkan selama 15 - 30 minit.

5. Panaskan minyak, goreng hingga kuning keemasan. Biarkan suam baru di lumurkan dengan gula kaster.


Selamat mencuba...





25 Dec 2012

WHOLE MEAL SOSEJ BUN



Selamat petang semua...

Hari ni untuk tea break saya buat sosej bun lagi, sudah siapkan awal2 bahan2 yang di perlukan. Memang sedap dimakan bersama dengan sos mayonnaise...






Resepi sosej bun ni saya sudah pernah kongsikan sebelum ini di sini, cuma kali ni saya ubah sedikit resepinya, kali ni saya buat menggunakan whole meal flour. 




Sebenarnyakan, tadi saya nak keluar pergi beli tepung roti dekat kedai bakery yang saya selalu pergi, tapi rupa2nya hari ni public holiday, cuti christmas, hehe. So pegi mydin sajalah cari tepung, terjumpa whole meal flour ni yang biasa kaum india guna untuk buat roti nan, capati & sebagainya. Saya pun terfikir juga, mesti boleh gunakan roti ni, ternyata memang sedap & mengenyangkan : ) 

So apalagi, kalau berminat untuk mencuba sendiri, bolehlah lihat resepi di bawah tu k....





Whole meal sosej bun

Bahan2:
A
1 sb yis segera
175ml air suam

B
300g whole wheat  /whole meal/ high ratio flour
60g gula aising
2 biji kuning telur
20g shortening
1 sk double action baking powder
1/4 sk bread softener
1/4 sk bread improver
1 sb dried oregano
Sedikit thyme, utk di sapu atasnya

C
10 batang sosej, belah dua

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan2 A, ketepikan.

2. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan bahan2 B kecuali thyme. 

3. Masukkan campuran bahan A tadi sedikit demi sedikit ke dalam bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut. Uli selama 10 minit.

4. Kemudian, timbang & bahagikan doh kepada 20 ketulan (lebih kurang 30g setiap satu). 

5. Ambil satu batang sosej yang di belah dua, uli doh memanjang & lilitkan kemas sekeliling sosej. Lumurkan sedikit serbuk thyme atasnya & letakkan atas kertas minyak. Buat hingga habis & susun dalam periuk pengukus, biarkan kembang selama 30 minit.

6. Kemudian, kukus selama 5 - 6 minit. Angkat & buangkan kertas minyak.

7. Panaskan minyak & goreng hingga keperang-perangan, toskan minyak & hidangkan.






Selamat mencuba...





20 Dec 2012

DURIAN CHEESECAKE



Selamat malam semua....

Nak ambil kesempatan sekejap meng'update' entri yang tertunggak ni, nampak sedap kan???hehe...




Hari2 memang sungguh busy, alhamdullillah ada saja rezeki yang datang. Tapi sebagai seorang isteri & ibu kepada 3 orang anak, confirmlah walau busy macam mana pun, pasti kerja2 rumah yang lain harus dibereskan dan tak lain tak bukan oleh saya juga, fuhh memang penat gila, mau saja ambil masa untuk bernafas sekejap, hehe.




Bagi penggemar durian, pasti akan sukakan kek yang sungguh lemak berkrim ni, saya pun tahan2 saja nafsu mau makan banyak2, erkkk seram, nnt boleh jadi belon sekelip mata, hehe.




Oklah, kepada penggemar durian cake yang telah berkobar2 semangatnya untuk mencuba, silakanlah skodeng resepi di bawah tu k : )




Durian cheesecake

Bahan base:
250g digestive biscuits, hancurkan
30g gula kaster
110g butter, cairkan

Cara2 membuat base:
1. Satukan kesemua bahan2 base, gaul rata.

2. Tekan ke dasar loyang bersaiz 9". Simpan dalam peti sejuk 1/2 jam.

Durian filling:
500g cream cheese
100g gula kaster
40g tepung jagung
200ml santan
100ml whipping cream
3 biji telur
350g puri durian

Topping:
60g susu segar
40g whipping cream
1 biji kuning telur
1 biji telur
150g puri durian
1 sb gula kaster

Cara2 membuat topping:
1. Satukan kesemua bahan2, gaul rata. Ketepikan.

Cara2 membuat filling:
1. Panaskan oven pada suhu 140 C. 

2. Pukul cream cheese dengan gula hingga lembut. Masukkan tepung jagung & pukul lagi.

3. Masukkan pula santan & whipping cream. Pukul sebati.

4. Masukkan telur, pukul sekejap. Masukkan pula puri durian, pukul sebati.

5. Tuang adunan filing kedalam loyang tadi. ratakan. 

6. Bakar guna water bath selama 1 jam. Keluarkan kek, tuang adunan topping atasnya & bakar semula selama 5 minit.

7. Sejukkan kek 6 jam baru dihidang.



Selamat mencuba...





16 Dec 2012

ROYAL CHOCOLATE MOUSSE CAKE



Selamat malam semua....

Hari ni saya buat kek lagi atas permintaan my daughter yang no. 2. Mau kek coklat katanya : ) So apa lagi, hari ni buat royal chocolate mousse pula. Mau cepat2 habiskan menerai semua resepi yang ada dari buku2 resepi koleksi saya ni : )




Memang sungguh marbeles kek ni tau, rich of chocolate, yummyliciousa!!! My daughter pun cakap sedap, hehe.




Untuk deco cake ni pula, saya kasi pagar kek tu dengan melted coklat, hehe, my peberet design : ) Simple but yet so attractive : ) 





So macam biassa, untuk resepinya silakanlah skodeng di bawah tu k, selamat mencuba....




Royal chocolate mousse cake

Bahan2 cake:
A
25g serbuk koko
75ml susu segar
100g kuning telur
75ml minyak jagung
90g tepung high ratio, di ayak
1/2 sk baking powder, di ayak

B
120g putih telur
1/4 sk cream of tartar
110g gula kaster

Cara2 membuat cake:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9". 

2. Satukan bahan2 A dalam mangkuk hingga sebati, ketepikan.

3. Kemudian, pukul bahan2 B hingga pekat & bertanduk. Kaup balikkan ke dalam adunan A tadi hingga rata.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang di sediakan. 

5. Bakar selama 30 - 35 minit, sejukkan sepenuhnya atas wire rack bila masak. Bahagikan  kepada 2 lapisan atau lebih.

Chocolate mousse:
1 biji telur
140g kuning telur
160g gula kaster
40 ml air
500g dark cooking chocolate, cairkan
600ml UHT whipping cream

Cara2 membuat chocolate mousse:
1. Pukul sebiji telur & kuning telur pada kelajuan tinggi hingga kembang & pekat.

2. Sementara itu, didihkan air & gula. Tuang perlahan2 sirap kedalam adunan telur sambil terus memutar mixer. Pukul hingga adunan sejuk. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk yang lain, pukul whipping cream hingga kembang. Ambil 1/4 daripada cream tadi & satukan ke dalam coklat yang di cairkan. Gaul rata.

4. Kemudian, tuang semula aduanan cream + coklat ke dalam lebihan cream tadi. Gaul rata.

5. Masukkan pula adunan telur ( langkah 2) tadi. Kaup balikkan.

Chocolate coating:
100ml UHT whipping cream
100ml air
160g gula kaster
100g piping jelly
45g serbuk koko
2 sk gelatin + 20 ml air, satukan

Cara2 membuat chocolate coating:
1. Didihkan cream, air & gula. Masukkan piping jelly, gaul rata.

2. Kemudian, masukkan serbuk koko. Tuang kedalam bekas lain sambil menapis.

3. Masukkan pula campuran gelatin & air, gaul rata. Sejukkan hingga agak pekat sedikit baru tuang atas kek.

Cara2 menyusun kek:
1. Ambil satu lapisan kek, letakkan dalam loose base tin bersaiz 9" atau cake ring. Tuang 1/2 adunan chocolate mousse.

2. Kemudian, letakkan lapisan kek yang kedua, tuangkan baki chocolate mousse tadi. Tutup & simpan dalam peti sejuk hingga mousse keras.

3. Setelah kek sejuk, tuang chocolate coating atasnya & hiaskan ikut kreativiti.



 Selamat mencuba...






12 Dec 2012

MANGO DELIGHT YOGHURT CAKE & A HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!



Selamat petang semua...

Hari ni hari yang sangat istimewa buat saya kerana dapat menyambut hari jadi yang ke 27 di tarikh yang sungguh istimewa 12.12.12 : )





Terima kasih kepada para sahabat & akak2 yang sudi bagi sweet greeting & doa untuk saya dalam fb, tqvm. Semoga dimakbulkan hendaknya, insyaallah, amin : )






So untuk tahun ni, saya buat kek bday sendiri pula, hehe. Kerajinan datang, so belek2 buku resepi jumpa resepi mango cake yang marbeles ni, memang sedap gilerr. Tak sabar nak tunggu siang baru potong, tepat pukul 12 tengah malam, saya & husband potong sama2, yang paling tak tahan siap di mainkan gitar lagu bday, hehe...tqvm honey : )






Untuk resepi cake ni, saya dah ubah sedikit ikut citarasa saya, tapi untuk memudahkan kawan2 semua untuk membuatnya, saya taipkan saja ikut resepi yang asal k. 








Mango delight yoghurt cake

Bahan2 kek:
A
6 biji telur
1 sk esen vanila
1/2 cawan gula kaster
1/2 sk garam
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak jagung
175g high ratio flour
2 sb baking powder

B
6 biji putih telur
1/2 sk cream of tartar
1/2 cup gula kaster

Cara2 membuat cake:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bersaiz 9'. Griskan dengan butter & alaskan denagn kertas minyak.

2. Satukan semua bahan2 A dalam mangkuk & gaul sebati. Ketepikan.

3. Pukul bahan2 B hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan kedalam adunan bahan2 A tadi hingga sebati.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang di sediakan. Bakar selama 40 - 45 minit. Sejukkan sepenuhnya baru di potong kepada 3 lapisan.

Filling:
2 biji mangga masak, potong kiub
150g plain yogurt
100g gula kaster
20g gelatin + 1/4 cawan air, satukan
350ml UHT whipping cream

Cara2 membuat filling:
1. Satukan mangga yang dipotong kiub, gula & yogurt dalam mangkuk. Gaul sebati & ketepikan.

2. Cairkan campuran gelatin + air tadi atas double boiler hingga gelatin cair. Satukan ke dalam adunan langkah 1.

3. Pukul whipping cream hingga pekat & satukan dengan campuran tadi, gaul rata.

4. Guna loose base tin / cake ring, ambil satu lapisan kek & tuang 1/2 adunan filling, letakkan satu lagi lapisan kek atasnya. Kemudian tuang lagi baki 1/2 adunan filling & tutupkan dengan lapisan kek yang terakhir atasnya. Tutup dengan plastik wraper & simpan dalam peti sejuk hingga filling keras.

5. Sapukan kek dengan fresh cream & hiaskan ikut kreativiti.


Selamat mencuba...







10 Dec 2012

CHICKEN CURRY WITH POTATO



Selamat petang semua...

Menu apa untuk lunch hari ni???? Saya memang selalu ketandusan idea mau masak apa, nasib baik anak2 pandai bagi suggestion for menu of the day, hehe. So hari ini saya masak kari ayam lagi, menu kegemaran anak yang sulung : )




Resepi Chicken curry with potato ni, sudah pernah saya sharekan sebelum ini, cuma kali ni saya buat agak pekat sikit dari biasa. Ikut seleralah kan, kadang2 sedap dimakan cair & kadang2 suka kuah yang pekat. So untuk resepinya saya copy paste saya dari entri sebelum ini : )




Chicken curry with potato

Bahan2:
700g ayam - potong sederhana besar
2 biji ubi kentang dibelah empat, goreng setengah masak
1 sb serbuk kari daging + 1 sk serbuk cili + sedikit air, buat pes
1 batang serai
1/2 biji bawang besar, hiris sederhana besar
2 ulas bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 tangkai daun kari
3 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
5 biji lada putih, tumbuk sekali bersama bawang
100ml santan pekat
100ml santan + air, buat santan cair
1 sb kerisik
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara2:
1. Panas sedikit minyak dalam kuali, goreng bunga lawang & kayu manis hingga naik bau. Kemudian masukkan pula bawang besar, bawang & halia yang telah ditumbuk tadi.

2. Masukkan pes kari tadi, goreng sampai pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan ayam & serai, gaul rata. Goreng sebentar.

4. Masukkan santan cair, biarkan mendidih dengan api sederhana hingga ayam agak lembut. Masukkan kentang yang telah di goreng tadi, masak lagi sebentar.

5. Kemudian, masukkan santan pekat, kerisik, garam & serbuk perasa secukupnya. Gaul rata perlahan2. 

6. Akhir sekali, masukkan daun kari & matikan api. Hidangkan.


Selamat mencuba...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...