29 Nov 2012

JAPANESE GREEN TEA CAKE



Selamat petang semua....

Well, hari ni saya membaking lagi. Tak sangka dalam sekelip mata dah abis cake yang saya buat semalam, hari ni kena buat yang baru lagi : )




So hari ni buat resepi Japanese green tea cake pula. Fuhh banyak juga resepi yang menunggu giliran untuk di cuba ni, hehe. 







Sangat suka dengan kek ni sebab tak manis, sesuai dengan selera saya. Lain kali boleh cuba lagi. Oklah, untuk resepi boleh lihat di bawah tu k.




Japanese green tea cake

Bahan2 cake:
A
5 biji putih telur
130g gula (saya kurangkan kpd 110g)
Secubit garam

B
5 biji kuning telur

C
115g tepung gandum

D
40ml susu segar
1 1/2 sb serbuk green tea

E
75ml minyak jagung

Filling & topping:
350g whipped cream, pukul hingga pekat
100g red bean
800ml air
30g gula

Cara2 membuat cake:
1. Pukul bahan A hingga pekat & bertanduk.

2. Masukkan B, pukul lagi.

3. Masukkan bahan C, gaul rata.

4. Kemudian, masukkan bahan2 D, gaul sebati.

5. Akhir sekali, masukkan E, gaul hingga sebati.

6. Tuang dalam loyang bulat bersaiz 9' & bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya.

Cara2 membuat filling & topping:
1. Masak red bean dengan air hingga lembut.

2. Toskan airnya, masukkan gula & masak lagi sekejap. Sejukkan.

3. Potong kek kepada 3 lapisan. Sapukan whipped cream pada lapisan kek yang pertama, letakkan sedikit inti red bean atasnya. Ulang langkah hingga lapisan kek yang terakhir diletakkan di atas.

4. Sapukkan lebihan whipped cream pada keseluruhan kek. Ayakkan sedikit serbuk green tea atasnya & sejukkan sebelum di hidang.


Selamat mencuba...






28 Nov 2012

MACADAMIA WHITE CHOCOLATE CAKE



Selamat malam semua, hari ni saya membaking cake pula, sebenarnya dah lama simpan bahan2 untuk buat macadamia white chocolate cake ni, tapi mau tunggu kerajinan tu datang, hehe...




Memang pening mau pikir deco untuk setiap kek yang di hasilkan, bukan saja kena sedap, presentation pun kena cantik juga, kalau tak confirm kena komen dengan juri2 di rumah ni : ) So untuk deconya, saya pun cubalah deco cam ni, alhamdullillah menjadi walaupun tak perfect lagi.







Memang layan kek ni tau, mau tunggu sejuk tu yang tak tahan : ) Resepinya pun sangat mudah sekali. Resepi kek ni saya ambil daripada buku Baking code, tapi untuk resepi sponge cakenya pula saya ikut daripada buku Fantastik cheesecake yang sememangnya menjadi resepi kegemaran saya : )




Macam2 idea yang datang masa buat kek ni, mau tukar fillinglah, span keklah, hmmm next time kalau buat lagi saya akan tukarkan filling tu jadi lagi sedap dari yang sedia ada : ) So buat masa sekarang, kalau ingin mencuba silalah lihat resepi dibawah tu k....




Macadamia white chocolate cake

Bahan2 sponge cake:
A
4 biji kuning telur
20g gula kaster

B
4 biji putih telur
100g gula kaster

C
100g tepung gandum

D
50g melted butter

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan2 A hingga kembang & gebu. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan2 B hingga kembang & bertanduk.

3. Masukkan bahan C, gaul rata.

4. Akhir sekali, masukkan bahanD, gaul sebati.

5. Tuang adunan dalam loyang 8' & bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack.

Filling:
250g whipped topping cream
50g macadamia nuts, di panggang

Cara2 membuatnya:
1. Pukul whipped cream hingga pekat & bertanduk.

2. Ambil 150g cream yang dipukul tadi & gaulkan bersama macadamia nuts.

3. Potong sponge cake kepada 3 lapisan, sapukkan filling pada lapisan pertama. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir di letakkan di atas. 

4. Sapukan keseluruhan kek dengan baki cream tadi, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

White chocolate glazing:
100g whipping cream
200g white cooking chocolate, potong kecil2
10g butter

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan whipping hingga mendidih.

2. Tuang atas white chocolate & gaul hingga sebati.

3. Masukkan butter & gaul rata.

4. Tuang glazing atas kek yang di sejukkan tadi. Hiaskan. Sejukkan 3 jam sebelum di hidang.


Selamat mencuba...





26 Nov 2012

BOLOGNESE SPAGHETTI



Selamat petang semua...

Akhirnya dapat juga saya buat spaghetti sendiri setelah beberapa hari saya mengidam mau makan. Ramai juga kawan2 yang bagi resepi kepada saya, saya pun jadi bingung tak tahu resepi mana satu yang mau di cuba, maka penyelesaiannya saya pun campur adukkan semua idea & terhasil lah spaghetti versi saya ni, hehe. 

Terima kasih kepada yang sudi share resepi, kak Salami simon, sis Lettys Ismail, sis Nurul Azira & kak Norizar Buyong.....




Memang sedap tau, nampaknya hari ni saya layan spaghetti sajalah dari breakfast hingga dinner, baru puas hati saya, hehe...




Sebenarnya kan, macam2 boleh buat dengan spghetti ni, boleh ubah ikut citarasa, contohnya macam saya yang tak suka makan makanan pedas2 ni, bolehlah skipkan bahan cili dari resepi tu, so untuk resepi yang saya akan kongsikan, saya ikut 100% cara saya menyiapkan hidangan spaghetti ni, kalau ada yang suka pedas silalah sesuaikan ikut rasa k : ) Selamat mencuba....







Bolognese spaghetti

Bahan2:
A
1 paket daging ayam kisar (ramly)
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, cincang halus
Sedikit minyak zaitun, untuk menumis

B
1 tin tomato puri (kimball)
1 botol sos spaghetti cendawan (kimball)
2 cawan air
1 tin cendawan butang (ayam brand), hiris tipis
1 helai bay leave
Garam secukupnya
Gula secukupnya

C
1 bungkus spaghetti
1 sb minyak zaitun (saya guna minyak masak)
1/2 sk garam
Herba thyme
Herba oregano

D
Parmesan cheese, di parut

Cara2 membuatnya:
1. Tumis bawang dari bahan A hingga naik bau. Masukkan daging ayam cincang & gaul rata, tumis hingga daging ayam masak.

2. Masukkan pula bahan2 B, gaul rata & biarkan mendidih guna api perlahan.

3. Sementara itu, panaskan air yang banyak dalam periuk, masukkan minyak zaitun & garam dari bahan C, biarkan mendidih guna api sederhana. Masukkan spaghetti & rebus hingga lembut (ala dante). Toskan air & segera bilas spaghetti dengan air biasa supaya tidak melekat. 

4. Hidangkan spaghetti atas pinggan, tabur sdikit herba thyme & oregano.

4. Apabila sos sudah masak, tuang atas spaghetti tadi. Tabur parutan parmesan cheese atasnya. Hidangkan panas2.






Selamat mencuba....





23 Nov 2012

PANDAN CHEESECAKE



Selamat malam semua....

Hari ni saya men'cheesecake' pulak. Memang tak tenang di dapur kalau tak ada yang boleh di makan2, hehe.




Baiklah kawan2 semua pun boleh lihat gambar2 saya kabur semacam kan, hehe. Beginilah kalau buat foto shooting malam2, ada saja yang tak kena, maklumlah guna kamera tak canggih, hehe.







Tapi memang layan kek ni tau, apalagi kalau sudah betul2 sejuk, sejuk2 tekak ini : ) So untuk resepi sila skodeng di bawah tu k....





Pandan cheesecake

Bahan2:
A
500g cream cheese
100g gula kaster

B
3 biji kuning telur

C
20g tepung gandum
20g tepung jagung

D
200g santan
1sk jus daun pandan
1 sk pewarna hijau

E
3 biji putih telur
75g gula kaster

Cara2 membuat:
1. Pukul bahan2 A hingga lembut. Kemudian masukkan bahan B, pukul sebati.

2. Kemudian, masukkan bahan C, gaul rata.

3. Masukkan pula bahan2 D, gaul rata.

4. Pukul bahan2 E hingga kembang. Satukan dengan adunan tadi hingga sebati.

5. Tuang adunan ke dalam springform tin bersaiz 23cm yang telah di griskan. 

6. Bakar guna water bath selama 1 jam pada suhu 160 C atau hingga kek masak. Sejukkan 5 jam baru di hidang.


Selamat mencuba....







22 Nov 2012

ORANGE BUTTER CUPCAKE



Selamat petang semua....

Apakah menu minum petang kawan2 semua hari ini??? Well hari ni saya meng'cupcake' pula, kali ni buat orange flavour kegemaran anak2. Untuk deconya pula saya buat 'assorted style', yalah anak2 saya ni ada macam2 taste : )




Resepi cupcake ni saya skodeng dari buku 'Creative making of cakes'. Memang simple & senang saja mau buat cupcake ni tau, yang penting semua bahan2 yang di perlukan ada, siap!!! hehe... So untuk resepinya, silalah lihat di bawah tu k : )




Orange butter cupcake

Bahan2:
A
200g tepung gandum
1/4 sk baking powder
1/2 sb susu tepung
250g butter

B
5 biji telur
175g gula kaster

C
2 sb jus oren
1 biji parutan kulit oren

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan2 A hingga lembut & gebu.

2. Kemudian, pukul pula bahan B hingga kembang & pekat.

3. Masukkan bahan C ke dalam B, gaul rata.

4. Masukkan pula bahan A, gaul sebati.

5. Tuang adunan ke dalam acuan cupcake. Bakar pada suhu 190 C selama 20 minit atau hingga masak.

6. Sejukkan atas wire rack sepenuhnya baru hiaskan.


Selamat mencuba...





20 Nov 2012

STRAWBERRY CHEESE TART



Good afternoon everyone....

How r u today???? Diharap semua sihat2 saja hendaknya ya : ) Well, semalam saya buat strawberry cheese tart pula, projek sterusnya untuk menghabiskan stok cream cheese, hehe....





Resepi cheese tart ni saya ikut daripada resepi Blueberry cheese tart kegemaran saya, cuma di ubah suai sedikit. Oklah, saya pun tak dapat mau cerita panjang2, so untuk resepi silalah skodeng di bawah tu k....




Strawberry cheese tart

Pastri:
125g butter
60g gula kaster
1 sk esen vanila
1 sb fresh milk
1 biji kuning telur
250g tepung gandum

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul butter bersama gula & vanila hingga kembang & gebu.

2. Masukkan kuning telur & fresh milk, pukul sebati.

3. Kemuidan, masukkan tepung gandum & gaul rata hingga menjadi doh. Balut guna plastic wraper & sejukan.

4. Bentukkan doh dengan kemas dalam acuan. Bakar pada suhu 160 C selama 10 - 15 minit hingga kuning keemasan. Sejukkan.

Cheese filling:
250g cream cheese
20g butter
60g gula aising
1 biji telur
100g fresh cream
Strawberry filling

Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese bersama dengan butter & gula hingga lembut.

2. Masukkan telur & pukul sebati. 

3. Kemudian, masukkan fresh cream & pukul hingga agak pekat.

4. Tuangkan filling kedalam pastri. Letakkan sedikit strawberry filling atasnya, buat bentuk ikut kreativiti.

5. Bakar pada suhu 160 C selama 10 - 15 minit guna api bawah sahaja. Sejukkan 3 jam sebelum di hidang.





Selamat mencuba....






19 Nov 2012

BOSTON CHEESE CAKE



Selamat malam semua....

Hari ni saya men'cheesecake' lagi, kali ni buat boston cheesecake pula. Betul2 desperate mau kasi abis stok cream cheese dalam peti sejuk tu, masih ada 1kg lagi sisa cream cheese yang tak abis di guna untuk buat my sister's wedding cake tempoh hari, sayang kalau rosak, confirm masuk tong sampah jawapannya....





So kebetulan ada beberapa resepi cheesecake dalam buku baru yang saya belum cuba, apalagi inilah masanya untuk ber'experimental', ternyata tidak sia2, memang sedap cheesecake ini : )







Walaupun banyak  kerjanya, memang berbaloi mencuba. Yalah sebab cheesecake ni menggunakan span kek untuk basenya, so memang kena buat span kek dulu baru buat cheese fillingnya.




Oklah, kalau mau cuba sendiri silalah lihat resepi di bawah tu k.....




Boston cheese cake

Vanilla sponge cake 9":
A
5 biji telur 
150g gula

B
120g tepung 

C
80g melted butter
1 sk esen vanila

Cara2 membuat sponge cake:
1. Pukul bahan2 A hingga kembang & gebu.

2, Masukkan bahan B, kaup balikkan hingga sebati.

3. Masukkan pula bahan2 C, gaul rata.

4. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit.

5. Sejukkan sepenuhnya & potong 20mm tipis, ketepikan.

Bahan2 cheesecake:
A
150ml fresh milk
20g gula
3 biji kuning telur
20g tepung jagung

B
250g cream cheese

C
1/2 biji parutan kulit lemon
130ml whipping cream

D
2 sb tepung gandum
60g sultanas (kismis)

E
3 biji putih telur
60g gula
1 sk jus lemon

Cara2 membuat cheesecake:
1. Didihkan 100ml fresh milk dari bahan A bersama dengan gula. Kemudian masukkan baki fresh milk tadi, kuning telur & tepung jagung. Masak hingga pekat, ketepikan & sejukkan.

2. Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan bahan A yang telah di sejukkan tadi. Kemudian masukkan bahan C, gaul rata.

3. Masukkan pula bahan D, gaul sebati.

4. Pukul bahan E hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan tadi hingga sebati.

5. Sediakan loyang bersaiz 9", alaskan dengan kertas minyak, masukkan span kek yang telah di potong tadi. Kemudian, tuang adunan cheesecake atasnya.

6. Masak guna water bath pada suhu 150 C selama 2 jam. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & hidangkan.


Selamat mencuba....




17 Nov 2012

LEMON CHICKEN



Assalamuallaikum & selamat petang semua....

Menu apa pula untuk lunch hari ni???? Hari ni saya masak lemon chicken pula untuk lunch, memang layannnn.... 







Mula2 tadi memang tak ada idea mau masak apa, tapi bila selongkar peti sejuk tu, macam2 yang saya jumpa, muncul pula idea mau masak resepi ni, alhamdullillah menjadi juga, anak2 cakap sedap, hehe.

So macam biasa, resepinya sila lihat di bawah k....






Lemon chicken

Bahan2:
2 ketul dada ayam, di hiris tipis
Garam secukupnya
Sedikit lada putih, di tumbuk halus
1 biji telur, di pukul
Tepung jagung secukupnya
1 sb minyak masak
3 - 4 biji lemon, perah jusnya
3 sb gula
1 sb madu, optional
Hirisan lemon untuk hiasan

Cara2 membuatnya:
1. Satukan dada ayam yang di hiris dengan garam & lada putih.

2. Celupkan isi ayam ke dalam telur & seterusnya celupkan dengan tepung jagung. Goreng hingga kuning keemasan. Ketepikan.

3. Panaskan 1 tbsp minyak masak dalam kuali, masukkan jus lemon, gula & madu. Masak hingga pekat sambil menggaul.

4. Matikan api, masukkan isi ayam yang telah di goreng tadi & gaul rata. Susun atas pinggan & hiaskan dengan hirisan lemon.



Selamat mencuba...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...