31 Oct 2012

MASCARPONE TIRAMISU CAKE



Selamat malam semua...

Hari ni hujan memanjang seharian, fuhh sejuk sekali : ) Tapi tetap juga saya teruskan dengan projek membuat tiramisu cake saya, mau cuci tangan pun air yang keluar dari paip macam air sejuk, hehe...





Resepi tiramisu cake ni saya gabung daripada dua buah buku, untuk coffee sponge cakenya saya ambil daripada buku resepi "Baking code' & untuk fillingnya pula daripada buku "Fantastic cheesecake".





 Saya memang puas hati sangat dengan hasilnya walaupun saya ni sebenarnya tak suka dengan apa2 makanan yang berperisa kopi sebab saya memang tak suka minum kopi, hehe. Ok macam biasa resepinya lihat di bawah ya....




Mascarpone tiramisu cake

Coffee sponge cake:
A
4 biji kuning telur
16g gula kaster
1/2 sk esen vanila
1 sb coffee paste

B
4 biji putih telur
100g gula kaster

C
100g tepung gandum

D
50g corn oil

Cara2 :
1. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.

3. Satukan bahan A yang di pukul tadi dengan bahan B hingga sebati.

4. Masukkan bahan C, gaul sebati. 

5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul hingga sebati.

6. Tuang aduan ke dalam loyang 2o cm yang telah di griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.

7.  Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit . Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Filling:
A
2 biji kuning telur
50g gula kaster

B
1 sb gelatin
35g air

C
250g mascarpone cheese

D
150g whip cream, dipukul

Cara2 membuat filling:
1. Gaul bahan2 A atas double boiler hingga pekat.

2. Kemudian, satukan bahan B, cairkan atas double boiler. Campurkan dengan bahan A tadi, ketepikan.

3. Pukul bahan C hingga lembut. Satukan kedalam adunan tadi. Kemudian, masukkan pula bahan D, kaup balikkan hingga sebati.

Coffee syrup:
80g air
40g gula kaster
2 sb serbuk kopi segera

Cara2 membuat syrup:
1. Masak air dan gula hingga mendidih.

2. Kemudian, masukkan serbuk kopi. Kacau sebati. Sejukkan.

Cara2 menyusun kek:
1. Potong kek kepada dua lapisan.

2. Letak satu lapisan kek atas cake board, lembabkan dengan coffee syrup. Sapu filling atasnya. 

3. Kemudian, letak pula lapisan kek yang kedua, sapu lagi baki filling, tutup & sejukkan selama 3 jam. 

4. Taburkan serbuk koko atasnya & hiaskan.


Selamat mencuba...





29 Oct 2012

YAM & CHEESE SWISSROLL



Selamat malam semua....

Hari ni saya ber'experimental' lagi di dapur. Kali ni try buat swissroll versi cheese berintikan yam pula.





Fuhh memang terbukti sedap hasil gabungan cheese & yam ni. Tentu kawan2 perasan swissroll saya tak kemas intinya kan???hah sebab tak pandai sabar, baru 1 jam di sejukkan sudah di potong, sampai terpatah swiss roll tu masa saya menggulung, fuhhh memang menguji kesabaran, hehe....




Untuk resepi kek spannya saya ambil dari resepi cream cheese swiss roll saya. Untuk inti pula, saya ubah suai sedikit ikut citarasa. So untuk resepi macam biasa boleh lihat di bawah tu k : )





Yam & cheese swiss roll
Kek span:
A
60g susu segar
50g cream cheese

B
25g minyak jagung

C
65g tepung superfine, diayak

D
6 biji kuning telur
8g gula kaster
Secubit garam

E
3 biji putih telur
55g gula kaster

Cara2 membuat span kek:
1. Sediakan loyang segiempat bersaiz 12 x 12 cm. Griskan semua permukaan & alaskan dengan wax paper. Ketepikan.
2. Masak bahan2 A guna double boiler hingga cheese cair. Matikan api, masukkan bahan B, gaul sebati.
3. Masukkan pula bahan C, gaul lagi. Masukkan bahan2 D sedikit demi sedikit, gaul sebati.
4. Kemudian, pukul putih telur dari bahan E hingga berbuih, masukkan pula gula, pukul hingga bertanduk.

5. Ambil 1/2 adunan putih telur tadi, kaup balikkan perlahan-lahan kedalam adunan cheese, ulang hingga semua adunan putih telur siap dikaup balikkan bersama.

6. Tuang aduan kedalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaannya.

7. Bakar pada suhu 160C selama 10 - 15 minit. Bila kek span masak, terbalikkan atas wire rack yang beralaskan wax paper. Sejukkan sepenuhnya.


Yam filling:
160g yam (rebus & lenyekkan)
30g gula aising
160g fresh cream
2 sk yam paste

Cara2:
1. Pukul semua bahan2 filling hingga kembang & pekat.

2. Sapukan rata yam filling atas span kek tadi, gulung perlahan2 & bungkus. Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam baru di potong. 


Selamat mencuba...



28 Oct 2012

BUTTER COOKIES



Gud afternoon all there....

Saya buat butter cookies pulak, dah lama mau cuba buat cookies ni tapi selalu gantung....





Resepi ni saya skodeng dari blog ni 'Cupcake boxes & pineapple tarts'....Fuhh memang puas hati tau, resepi yang sangat mudah & cair di mulut. Tak sia2 saya cuba...




Dan yang paling penting sekali bila bakar biskut ni, bentuknya tak hilang. Kebanyakan resepi tu bila kita piping bentuknya ok tapi bila dah bakar jadi cair & bentuknya hilang kan???

Oklah untuk resepinya silalah lihat resepinya di bawah tu k.....Selamat mencuba.




Butter cookies

Bahan2:
240g unsalted butter 
90g gula aising, diayak
270g plain flour, diayak
2 sk esen vanila
Sedikit kismis, potong dua utk hiasan

Cara2:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. 

2. Pukul butter hingga lembut & gebu.

3. Masukkan gula aising & tepung. Pukul sebati sebentar.

4. Kemudian, masukkan pula esen vanila. Pukul lagi hingga sebati sebentar (jgn terlebih pukul).

5. Masukkan adunan kedalam beg piping & paipkan dengan kemas atas dulang pembakar. Letakkan kismis atasnya.

6. Bakar pada suhu 160 C selama 12 - 15 minit hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam bekas kedap udara. 


Tips: Adunan haruslah di paip & dibakar segera. Sementara menunggu biskut yang lain di bakar, simpan lebihan adunan dalam peti sejuk untuk mengelakkannya daripada cair.







27 Oct 2012

CHOCOLATE MARBLE CAKE




Selamat tengahari semua...

Dah nak habis kek ni baru saya mau update resepinya, sorryyy, hehe...

Resepi ni saya ambil daripada buku 'Chocolate love' by Elisabeth Siahaja. Sebenarnyakan nama resepi ni 'Chocolate zebra layer cake' tapi di sebabkan saya tak buat layer cam zebra maka saya pun ubahlah namanya : ) 


Saya tak sempat mau ambik gambar banyak2, dua gambar ni saja yang ada, maaf ya. So kalau ingin cuba resepi ni bolehlah lihat resepinya dibawah tu k....




Chocolate marble cake

Bahan2:
A
330g putih telur (lebih kurang 6 biji telur gred A)
170g gula kaster
25g ovalett
1 sk esen vanila
Secubit garam

B (ayak bersama)
150g tepung superfine
8g baking powder

C
110g unsalted butter 

D (satukan)
100g coklat masakan, dicairkan
20g chocolate paste
50g susu pekat

Cara2:
1. Pukul bahan C hingga kembang & lembut. Ketepikan. Pukul pula bahan2 A hingga kembang & pekat.

2. Masukan bahan B kedalam bahan A yang dipukul tadi, gaul rata.

3. Masukkan pula bahan C & gaul perlahan2 hingga sebati.

4. Campurkan 2/3 adunan dengan bahan D, 1/3 adunan lagi biarkan plain.

5. Kemudian, masukkan adunan berselang seli kedalam loyang bulat bersaiz 9' yang telah digris & dialaskan dengan kertas minyak.

6. Bakar pada suhu 160 C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.


Selamat mencuba...



23 Oct 2012

LECHE FLAN AKA PUDING KARAMEL TELUR



Selamat pagi semua....

Semoga sihat2 saja hendaknya : ) Semalam ada buat leche flan aka puding karamel ni,  sudah abis pudingnya di makan tapi baru sekarang ada masa mau update dalam blog, hehe...

 



Resepi ni saya belajar daripada my mother, memang resepi yang menjadi peberet seisi keluarga : ) Saya sudah pernah kongsikan resepinya dalam blog ni, so kalau ingin mencuba, bolehlah skodeng resepinya di link tu k.... LECHE FLAN : )


22 Oct 2012

YAM CREAM CAKE



Selamat malam semua...

Hari ni sekali lagi saya buat kek, kali ni buat birthday kek untuk my sister in law pula : )




Untuk kek ni, my sister in law request mau yam kek pula. So seperti biasa, kalau ada family yang menyambut birhday di rumah saya, memang menjadi tugas sayalah jadi tukang buat keknya, sudah tak pernah beli kek di luar lagi, semua buat sendiri, ermmm ada baiknya jugak kan sebab lagi jimat & puas hati dengan hasilnya : )






Resepi kek ni pun saya ambil daripada buku 'Baking Code'. Memang dah banyak resepi dalam buku ni yang saya cuba, semuanya best2 belaka : )




So seperti biasa, kalau ingin mencuba sendiri resepi ni, silalah rujuk resepinya di bawah tu k : )






Yam cream cake

Bahan2 sponge cake:
A
4 biji kuning telur
16g gula kaster
1/2 sk esen vanila

B
4 biji putih telur
100g gula kaster

C
100g tepung gandum

D
50g corn oil

Cara2 :
1. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.

3. Satukan bahan A yang di pukul tadi dengan bahan B hingga sebati.

4. Masukkan bahan C, gaul sebati. 

5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul hingga sebati.

6. Tuang aduan ke dalam loyang 2o cm yang telah di griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.

7.  Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit . Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Filling:
160g yam ( di rebus & di lecek)
30g gula aising
160g fresh cream
1 sk pewarna makanan warna ungu

Topping & decoration:
160g fresh cream
1 sk pewarna makanan warna ungu

Cara2 membuat filling & menghias kek:
1. Satukan bahan2 filling & pukul hingga kembang & sebati.

2. Ambil sponge cake, potong kepada 3 lapisan. Letakkan lapisan yang pertama, sapukan 1/2 adunan filling. Letakkan pula lapisan kek yang kedua & sapu baki filling tadi. Tutup dengan lapisan kek yang terakhir. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat topping.

3. Pukul bahan untuk topping hingga pekat & bertanduk.

4. Keluarkan kek, sapukan kemas di atas & sekeliling kek dengan topping yang di pukul tadi. Hiaskan ikut kreativiti.

5. Sejukkan 30 minit sebelum di hidang.


Selamat mencuba....







21 Oct 2012

CRUNCHY OAT & CORNFLAKE COOKIES



Salam semua...

Sorry dari semalam saya buat biskut ni tapi baru sekarang baru ada masa mau update resepinya. Saja2 buat cookies sebab mau habiskan stok bahan2 yang ada : )





Saya suka cookies ni sebab teksturnya yang rangup, sedap saja mau gigit2 : ) Resepi cookies ni saya ubah suai dari salah satu koleksi resepi biskut raya saya, sumbernya daripada sebuah majalah tapi saya tak pasti majalah apa sebab sudah 5 tahun saya copy resepi ni, last cuba resepi ni pun 3 tahun yang lalu, hehe....




Oklah, kalau teringin mau cuba, bolehlah lihat resepinya dibawah tuuu....




Crunchy oat & cornflake cookies

Bahan2:
175g butter
125g gula kaster
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila
200g tepung gandum, diayak
1 sk soda bikarbonat, ayak bersama tepung
40g oat
40g cornflakes

Cara2:
1. Pukul butter & gula hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur & esen vanila, pukul lagi.

3. Kemudian masukkan tepung gandum + soda yang diayak, gaul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan oat & cornflakes, gaul hingga menjadi doh (jika adunan masih lembik, tambahkan lagi sedikit tepung).

5. Bentukkan bulat & susun atas dulang pembakar. Tekan sedikit guna garfu.

6. Bakar pada suhu 160C selama 10 - 15 minit. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba....






19 Oct 2012

CHEDDAR CHEESE CAKE



Selamat malam semua...

Semoga sihat2 saja hendaknya ya. Bertemu lagi kita hari ini setelah beberapa hari berehat dari baking membaking ni : ) Hari ni saya buat cheddar cheesecake pula, sengaja cara resepi yang senang mau di buat sebab malas mau me'layer' kek, hehe.




Sebelum dapat merasa kek ni tadi, tertanya2 juga macam mana rasanya. Hmmm, kalau kawan2 semua mau tau, cheddar cheesecake ni sebenarnya adik beradik dengan Japanese cotton cheesecake, lembutnya, gebunya....cuma yang membezakan kedua2 kek ni adalah rasa lemak2 masin cheddar cheese dalam kek ni, tapi memang layanlahh...




So seperti biasa, untuk memastikan kek ni lulus dalam dapur saya atau tidak, saya pun bagilah rasa dengan juri tetap dalam rumah yang teramatlah cerewetnya, tak lain tak bukan Mr. husband, hehe. Bila my husband cakap sedap, maka kek ni pun dapatlah pengiktirafannya : )




Oklah, tanpa membuang masa lagi, seperti biasa, silalah skodeng resepinya di bawah tu k : )





Cheddar cheese cake

Bahan2:
A
130g susu segar
40g butter
125g cheddar cheese, potong kecil2

B
20g tepung gandum
15g tepung jagung

C
2 biji kuning telur

D
3 biji putih telur
80g gula kaster
1/8 sk cream of tartar

Cara2 membuat kek:
1. Sediakan loyang bulat bersaiz 18cm, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Masak bahan2 A atas double boliler hingga cheese cair sepenuhnya. 

3. Alihkan & masukkan bahan2 B, gaul rata. Kemudian masukkan pula bahan C & gaul sebati.

4. Pukul bahan2 D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan tadi hingga sebati.

5. Tuang dalam loyang & bakar guna teknik water bath pada suhu 150 C selama 50 minit.

6. Segera keluarkan kek dari acuan bila masak, sejukkan sepenuhnya. Hiaskan.


Selamat mencuba...




15 Oct 2012

CREAMY CORN CAKE



Selamat malam semua...

Hari ni saya ber'experimental' di dapur lagi. Memang boring kalau tak ada buat apa2, berdenyut2 kepala ni rasanya. So saya pun cubalah buat cream corn cake yang sudah tertangguh sejak kemaren lagi.






Tadi praktis piping design filigree atas kek, hmmmm memang susah, hujan punyalah lebat & sejuk gilerr, tangan pun terketar2, huru hara jadinya filigree saya, hehehe....




Memang sedap kek ni, penuh dengan rasa jagung berkrim, layannn....






Untuk resepi kek ni saya ambil dari buku resepi "Baking Code", resepi sponge cakenya sama saja dengan resepi Coconut mascarpone cheesecake saya, yalah sebab memang dari buku yang sama pun, hehe.

Resepi kek ni saya sudah ubah suai sedikit ikut cara yang saya guna, so silalah skodeng resepinya di bawah tu k : )





Cream corn cake

Bahan2 sponge cake:
A
4 biji kuning telur
16g gula kaster
1/2 sk esen vanila

B
4 biji putih telur
100g gula kaster

C
100g tepung gandum

D
50g corn oil

Cara2 :
1. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.

3. Satukan bahan A yang di pukul tadi dengan bahan B hingga sebati.

4. Masukkan bahan C, gaul sebati. 

5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul hingga sebati.

6. Tuang aduan ke dalam loyang 2o cm yang telah di griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.

7.  Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit . Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.


Cream corn filling:
A
100g susu segar
45g gula kaster

B
100g santan pekat
3 kuning telur

C
2 sb gelatin
80g air

D
180g whip topping cream, di pukul

E
160g creamy corn 

Cara2:
1. Masak bahan2 A hingga gula larut.

2. Tuang dalam bahan2 B, kacau rata. Kemudian, masak semula hingga pekat.

3. Satukan bahan2 C, cairkan guna double boiler. Campurkan ke dalam adunan yang di masak tadi & gaul rata.

4. Sejukkan adunan atas air sejuk 30 C. Kemudian masukkan bahan2 D & E, gaul hingga sebati.

Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan cake board & letakkan cake ring atasnya, ikut saiz kek. Potong sponge cake kepada 3 lapisan. 

2, Letakkan lapisan kek yang pertama, tuang 1/2 adunan filling. Letak lagi lapisan kek yang kedua, tuang baki filling tadi. Tutup dengan lapisan kek yang terakhir. 

3. Tutup guna plastic wraper & sejukkan selama 3 jam.

4. Keluarkan kek, sapukan dengan fresh cream & hiaskan ikut kreativiti.



Selamat mencuba...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...