Salam semua.....
Wah dah berhari2 tidak meng'update' entry ni, maklumlah dilanda kesibukan berhari raya, mesti anda semua juga begitu kan??hehe.... Hari ni saya & suami berpuasa dengan niat menggantikan puasa yang tertangguh, so untuk dessert berbuka hari ni saya sediakan pula menu marble cheese tart, lama tak makan cheese tart, teringinlah pulak mau buat : )
Resepi marble cheese tart ni saya ambik daripada buku resepi 'Baking Code', resepi daripada chef Alex Goh. Memang sedap cheese tart ni tau walaupun marble yang saya buat tu huru hara sedikit, hehe. Biasalah kalau berpuasa ni, teknik lari sikit : ) Oklah, kalau berminat untuk mencuba resepi ni, silalah salin resepi dibawah tu ya, selamat mencuba...
Marble cheese tart
Bahan2 pastri:
A
200g butter
120g gula aising
B
1 biji telur
C
420g plain flour
1 sb susu tepung
Cara2 membuat pastri:
1. Pukul bahan A hingga lembut.
2. Masukkan bahan B, pukul lagi.
3. Masukkan pula bahan C, uli hingga menjadi doh.
Bahan2 inti:
A
250g cream cheese
60g gula kaster
B
1 biji telur
C
50g whipping cream
D
1 sb susu tepung
15g coklat, dicairkan
Cara2 membuat inti:
1. Pukul bahan2 A hingga lembut. Masukkan bahan B & pukul lagi.
2. Masukkan pula bahan C, pukul sebati.
3. Ambil 60g adunan tadi & satukan dengan bahan2 D, gaul sebati. Ketepikan.
Cara2 membentuk pastri & membuat marble:
1. Ambil sedikit doh pastri, bulatkan & letak dalam acuan.
2. Tekan guna ibu jari & ratakan disekeliling acuan tadi.
3. Bentukkan kemas doh & trimkan lebihannya.
4. Guna garfu, cucuk bahagian bawah untuk mengeluarkan udara (supaya bila pastri dibakar tidak mengelembung).
5. Bakar pastri separa masak pada suhu 160 C selama 10 - 15 minit.
6. Isikan inti cheese tadi.
7. Paipkan campuran bahan2 D seperti dalam gambar.
8. Guna chopstick atau apa2 saja yang sesuai, lorekkan inti hingga menjadi bentuk marble (rujuk gambar). Bakar lagi pada suhu 160 C selama 15 - 20 minit guna api bawah sahaja. Sejukkan.
Selamat mencuba....


































