30 Jul 2012

CUCUR UDANG DENGAN KUBIS


Selamat petang & selamat berpuasa hari yang ke 11 semua...


Hmmm hari ni saya mau kongsi resepi cucur udang bersama kubis yang sememangnya feberet saya ni, rangup & sedap dimakan panas2 : )




Resepi ni saya belajar daripada my mother, so takda salahnya saya mau kongsi dengan kawan2 semua kan??? My mother ni memang rajin orangnya, kitchen is her best fren, hehe..






Kalau dalam peti sejuk tu ada lebihan kubis & tak tau mau masak apa, hmm apa kata buat cucur ni, memang sedap. Kalau ada udang lagi baik supaya lebih wangi. Cucur ni sedap di makan dengan sos mayonnaise yang dicampur dengan sedikit sos cili, resepinya saya kan bagi sekali. Oklah, sila2 semua....








Cucur udang dengan kubis

Bahan2:
A
500g kubis, dihiris halus
10 - 15 ekor udang sederhana besar, buang kulit & potong dua
1/2 biji bawang besar, potong dadu
B
250g tepung gandum
1 cawan air
2 biji telur, dipukul
1 sk serbuk kunyit
1 sk lada putih
Garam secukupnya

Cara2:
1. Dalam bekas sederhana besar, satukan semua bahan2 B, gaul hingga sebati.

2. Masukkan bahan2 A, gaul perlahan2 hingga rata. Jika adunan kering tambahkan sedikit lagi tepung gandum & air hingga mennjadi adunan yang sesuai untuk digoreng.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (jangan guna minyak yang banyak), ambil lebih kurang sesudu makan adunan cucur tadi, masukkan dalam kuali, goreng hingga kuning keemasan dikedua2 belah. Angkat & toskan minyak. Hidangkan panas2 bersama dengan sos cecahan mayonnaise.

Sos mayonnaise:
2 sb mayonnaise
1 sb sos cili / tomato

Cara2:
1. Satukan mayonnaise denga sos cili, gaul rata. Sedia untuk di hidangkan.









Selamat mencuba....




29 Jul 2012

NASI KUNING


Gud mornin' everyone....


Hari ni saya mau kongsi resepi nasi kuning pula. Resepi ni adalah salah satu menu yang cukup popular di sabah, kampung halaman saya. Kalau di semenanjung, nasi lemak yang menjadi tarikan, tapi kalau di sabah, hah nasi kuning ni adalah sarapan pagi yang biasa dijual ditepi2 jalan atau dimasak sendiri dirumah....




Harganya pun murah, kalau dulu masa zaman saya sekolah, nasi kuning yang dibungkus dalam daun pisang ni cuma RM0.50 sen saja harganya, tapi sekarang dah jadi RM1.50...Hmmm bukan senang mau berniaga dengan harga yang murah lagi kan sebab harga makanan semua dah naik.




Saya belajar masak nasi kuning ni daripada nenek sebelah mak saya, kalau dulu masa kecik2 memang dia selalu masak nasi kuning ni untuk di buat bekal pergi bermandi-manda dilaut, hehe, saya ni memang suka mandi laut...


Nasi kuning ni sedap dimakan dengan ikan atau telur masak bumbubali. Oklah tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan2nya ya....





Nasi kuning

Nasi:
4 cup beras (sukatan boleh diubah)
1 kotak santan / santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik
1 1/2 sb serbuk kunyit / kunyit hidup
1 cawan air (ikut sukatan beras)

Cara:
1. Basuh bersih beras.

2. Dalam bekas sederhana besar, satukan santan, air & serbuk kunyit, gaul rata. Tuang dalam periuk nasi berisi beras tadi (ukur sukatan air seperti memasak nasi biasa) sambil menyaring.

3. Kemudian, masukkan daun pandan & serai. Masak nasi seperti biasa.

Ikan masak bumbubali:
5 - 7 ekor ikan (ikan apa pun boleh)
3 batang serai, hiris tipis
1 inci halia, hiris tipis
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering, rendam dalam air panas hingga lembut
1 sb cili boh (tambah jika suka pedas)
3 sb sos cili
1/2 cawan air 
Garam & gula secukupnya

Cara2:
1. Goreng ikan hingga rangup, ketepikan.

2. Masukkan serai, halia, bawang merah, bawang putih & cili kering kedalam blender, letak sedikit air. Blendkan hingga hancur.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan2 yang diblend hingga naik bau, masukkan cili boh & sos cili, kacau lagi hingga pecah minyak. 

4. Kemudian, masukkan garam & gula. Tuangkan air & biarkan mendidih hingga agak pekat. Masukkan ikan yang digoreng tadi, gaul rata.

Untuk resepi telur masak bumbubali klik sini


Selamat mencuba....



25 Jul 2012

BROWNIES LAYERED WITH CHEESE


Selamat malam & selamat berbuka puasa semua...


Hmmmm dah kenyang perut ini, syukur alhamdullillah berjaya mengharungi puasa yang ke 5 pula hari ini. Petang tadi saya buat kek ni pula, sebab mak mertua request nak makan, tak tahan asyik buat kuih raya saja, hehe...




Ni kira kali kedua saya buat kek ni sebab masa buat kek yang pertama dulu tak menjadi sangat sebab saya guna loyang yang rendah, so melimpah keluar adunan keknya tu, hmmm bijak sangat, hehe...




Kawan2 semua, kita cuci2 mata saja tengok kek ni ya sebab tak sempat mau ambik gambar kek yang sudah dipotong, lain kali saja k, hehe....


Oklah, resepinya ada dibawah tu, kalau mau cuba, ambik saja resepinya ya : )




Brownies layered with cheese

Adunan brownies:
A
200g butter
200g dark chocolate
B
170g gula aising
4 biji telur 
1 sk esen vanila
C
170g tepung gandum
30g serbuk koko

Cara2:
1. Cairkan bahan2 A guna double boiler. Ketepikan.

2. Pukul bahan2 B hingga kembang. Ayak bahan2 C & masukkan dalam adunan B tadi, gaul guna hand whisk.

3. Kemudian, masukkan bahan2 A tadi, gaul hingga sebati.

Adunan cheese:
250g cream cheese
60g gula kaster
25ml air
1 biji telur

Cara2:
1. Pukul semua bahan2 adunan cheese kecuali telur hingga kembang.

2. Masukkan telur, pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.

Cara2 melapis:
1. Panaskan periuk untuk mengukus. Sediakan loyang bersaiz 8'', griskan & alaskan dasarnya dengan wax paper.

2. Tuangkan 1/2 aduanan brownies tadi, tutup atas loyang dengan aluminium foil, kukus selama 15 minit guna api sederhana.

3. Kemudian, tuang pula adunan cheese & kukus lagi 15 minit.

4. Akhir sekali, tuangkan baki aduanan brownies & kukus lagi selama 20 minit. Bila kek sudah masak, angkat & sejukkan sepenuhnya atas wire rack.


Selamat mencuba....




24 Jul 2012

CORNFLAKES CHOCOLATE CHIP COOKIES


Selamat petang semua...


Hah hari ni saya teruskan lagi dengan satu resepi biskut yang semestinya sedap ni, hehe. Ini biskut hasil projek mengukis saya malam tadi : )




Tiap2 tahun memang kena buat biskut ni sebab ada seorang kawan saya tu memang tiap2 tahun akan order, dah jadi feberet dia ni, saya pun, hehe...




Oklah seperti biasa, saya akan kongsi resepinya, so tak bolehlah cerita panjang2 sebab masih banyak kerja lain yang tertangguh lagi ni, selamat mencuba ya : )












Cornflakes chocolate chip

Bahan2:
A
250g butter
150g gula kaster
2 biji kuning telur
1/2 sk esen vanila
B
180g tepung gandum, diayak
200g tepung jagung, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
100g cornflakes, diramas kasar
C
Chocolate chip untuk hiasan

Cara2:
1. Pukul bahan2 A hingga kembang.

2. Masukkan bahan2 B sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.

3. Bentukkan bulat & susun atas dulang pembakar, tekan sedikit atasnya guna garfu.

4. Hiaskan dengan sedikit chocolate chip.

5. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit.

6. Sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam bekas kedap udara.




Selamat mencuba...




23 Jul 2012

SNOWY SUJI


Selamat pagi semua....


Sebelum saya memulakan rutin harian, saya mau kongsi dulu resepi biskut kegemaran saya iaitu snowy suji, hmmm tak sah raya kalau tak ada ni : )




Kalau dulu masa beraya di kampung halaman ada satu biskut yang menyerupai rupa biskut suji ni yang kitaorang panggil disana biskut jintan, memang meletup, cuma rasanya ada sedikit perbezaan sebab biskut suji ni menggunakan cornflake & nestum dalam adunannya, tapi saya cukup suka biskut2 yang bersalut susu tepung ni, hehe...




Rasa biskut ni memang sedap sebab bila di gigit teksturnya rangup & ringan, makan pun tak pandai berhenti, hehe. Kalau buat sendiri di rumah bolehlah salut biskut ni dengan extra susu tepung, kena bagi betul2 nampak macam snowy gitu : )




Oklah kita tak payah cerita panjang2, kalau berminat mau cuba, silalah lihat resepi di bawah tu ya sambil cuci2 mata melihat promosi tempahan kuih raya saya, kalau berminat ingin membuat tempahan, boleh pm saya dalam fb k, chaw dulu : )












Biskut snowy suji

Bahan2:
A
150g minyak sapi
100g butter
100g gula aising
1 sk esen vanila
1 biji kuning telur

B
50g cornflakes
50g nestum
100g tepung suji
100g tepung jagung

C
280g tepung gandum

D
Susu tepung untuk menyalut biskut

Cara2:
1. Pukul bahan2 A hingga sebati.

2. Masukkan bahan2 B sedikit demi sedikit kedalam adunan, gaul rata.

3. Kemudian, masukkan bahan C & uli hingga menjadi doh yang lembut.

4. Canai doh 1/2 cm tebal & terap guna penerap biskut yang di sukai. Susun atas dulang pembakar.

5. Bakar pada suhu 160 C atau hingga masak selama 10 - 15 minit. Biarkan biskut hingga suam & salutkan dengan D. Simpan dalam bekas kedap udara.













Selamat mencuba...




BISKUT DAHLIA


Salam & selamat petang semua....


Bertemu lagi kita dengan satu resepi biskut raya yang cukup dikenali ni iaitu biskut Dahlia atau ada sesetengah orang panggil biskut semperit.....




Sementara ada masa ni, saya mau curi2 update entri yang sudah basi sejak beberapa hari, hehe. Memang sibuk giler buat kuih tempahan di bulan ramadhan ni, alhamdullillah. Kalau dapat lelapkan mata 10 minit pun jadilah, penat tak terhingga, apa2 pun kesihatan harus diutamakan kan??hehe....




Oklah, disebabkan saya pun tak dapat mau cerita panjang2, maka marilah kita teruskan dengan resepi biskut dahlia ni ya, selamat mencuba: )








Biskut dahlia

Bahan2:
225g butter
100g gula aising
1 biji kuning telur
1/2 sk esen vanila
60g tepung jagung
110g tepung kastard
190g tepung gandum
Ceri merah untuk hiasan

Cara2:
1. Pukul butter & gula aising hingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & vanila, kacau rata.

3. Ayak semua tepung & masukkan dalam adunan butter yang di pukul tadi sedikit demi sedikit.

4. Pamkan dalam dulang pembakar guna acaun dahlia. Letakkan potongan ceri merah atasnya.

5. Bakar pada suhu 160 C selama 10 - 15 minit.

6. Sejukkan sepenuhnya & simpan dalam bekas kedap udara.





Selamat mencuba....




20 Jul 2012

BATANG BURUK NESTUM


Salam & selamat malam semua....


Hari ni saya ingin berkongsi satu lagi resepi kudap-kudapan kegemaran saya iaitu batang buruk nestum. Hah resepi batang buruk yang saya ingin kongsi ni pun adalah versi dari sabah ya. Batang buruk ni ada dua versi sebenarnya iaitu versi batang buruk yang di campur dengan serbuk nestum ataupun kacang hijau tapi kalau dulu masa saya kecik2 memang biasa buat yang nestum ni....




Kalau dulu masa kecik2, nenek sebelah mak saya pula suka letak serbuk kacang hijau, memang sedap juga, saya suka versi kedua2nya. Resepi ni memang banyak nostalgianya pada saya, teringat masa zaman kecik2 dulu bersama2 dengan adik beradik saya menggulung kulit popiah untuk buat batang buruk ni, hmmmm...




Oklah, tak payah cerita panjang2, hehe. Kalau teringin mau cuba batang buruk versi sabah ni, silalah lihat resepi di bawah tu ya, kalau berkesempatan, nanti saya akan kongsi pula resepi batang buruk versi kacang hijau tu ya. Sambil2 tu, cuci2 matalah lihat promosi batang buruk untuk tempahan raya saya, kalau ingin membuat tempahan bolehlah pm saya dalam facebook k : ) 












Batang buruk nestum

Bahan2:
A
1 paket kulit popiah, potong kpd 12 bahagian & gulung

B
150g nestum, dikisar halus
150g susu tepung
200g gula aising

Cara2:
1. Goreng popiah yang telah digulung hingga kuning keemasan, angkat & toskan minyak.

2. Satukan bahan B & gaul sebati. 

3. Letakkan popiah yang telah digoreng tadi dalam satu bekas yang besar, gaulkan bersama dengan bahan2 B tadi hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.










Selamat mencuba....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...