28 Jun 2012

MANGO KIWI CREAM LAYER FRUIT CAKE - HAPPY 8TH BIRTHDAY TO MY BELOVED DAUGHTER ARY ALLYSHA!!!!




Selamat malam & apa khabar semua????......


Memang hari yang sungguh busy sejak beberapa hari ni, saya mohon maaf kepada rakan2 blog sebab tak dapat singgah dapur akak2 semua, insyaallah nanti bila ada kelapangan saya akan berkunjung jua kedapur akak2 semua ya : ) 




Well hari ni adalah hari jadi yang ke-8 tahun anak perempuan sulung saya, so macam biasa tugas saya semestinya sediakan kek ikut selera si birthday girl : ) My daughter ni memang cerewet memilih makanan, 100% anak abahnya, hehe, siap ikut saya pergi shopping mau pilih sendiri bahan2 yang mau di taruk atas kek tu, mau taruk chocolate ricelah, mau mango slicelah, hmmmmmm......




Cepat masa berlalu kan??? Tak sedar pun anak2 dah besar, maik hari rasanya macam bertambah tua sudah, hehe. Apa2 pun yang penting kenalah membesarkan anak bagaikan menatang minyak yang penuh, semoga bila besar nanti jadi anak yang menghormati & mengenang jasa orang tua, amin.





Mula2 my daughter request mau fondant cake tapi disebabkan ketiga2 anak saya tengah sakit batuk & selesama, kenalah cancel kek tu sebab tak boleh makan yang manis2 sangat. So, the birthday girl mau buat kek mango ni pulak, kalau ada yang perasan sebenarnya sebelum ni saya sudah pernah post resepi kek ni dalam blog, cuma kali ni saya tambah buah kiwi untuk menyerikan lagi....





Baiklah semua, kalau teringin mau cuba buat kek ni silalah tengok resepi dibawah tu ya, dijamin sedapppp!!!!hehe...




Mango kiwi cream layer fruit cake

Vanilla sponge cake:
A
4 biji kuning telur
40g gula kaster
B
2 sb susu segar
56g minyak jagung
C
1/2 sk esen vanila
80g tepung superfine, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
D
4 biji putih telur
80g gula kaster
1/4 sk cream of tartar

Cara2 membuat sponge cake:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan loyang bersaiz 8", griskan dengan butter & alaskan dengan wax paper. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga sebati selama 2 minit.

3. Panaskan bahan B dalam mikrowave selama 20 saat. Masukkan kedalam bahan A tadi. Gaul sebati guna hand whisk.

4. Kemudian, masukkan pula bahan2 C, gaul hingga sebati.

5. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur dari bahan D hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit & cream of tartar. Pukul hingga pekat & bertanduk.

6. Ambil 1/2 adunan putih telur & kaup balikkan kedalam adunan kuning telur tadi (langkah 3), gaul sebati. Masukkan lagi baki adunan putih telur, kaup balikkan hingga sebati.

7. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar pada suhu 160 C selama 30 - 45 minit atau hingga kek masak. Bila kek masak, sejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Mango kiwi cream filling:
1 sk gelatin
3 sb aip panas
400ml whipping cream
5 sb gula kaster
2 sk esen vanila
400g buah mangga, potong kiub
400g buah kiwi, potong kiub

Cara2 membuat filling:
1. Satukan gelain bersama dengan air panas. Cairkan guna double boiler.

2. Pukul whipping cream & gula (alaskan bawahnya dengan semangkuk air sejuk), masukkan vanila & campuran gelatin tadi, pukul hingga pekat.

3. Gaulkan perlahan2 mangga & kiwi yang telah dipotong  kiub kedalam adunan tadi. Ketepikan.

Hiasan:
250g whipped cream, pukul hingga pekat
Chocolate rice
Mango slice
Kiwi slice

Cara2 menyusun kek:
1. Potong sponge cake kepada 3 lapisan. Letakkan cake ring atas cake board. Letak lapisan kek yang pertama, sapukan filling atasnya, ratakan.

2. Letakkan pula lapisan kedua, sapu lagi filling atasnya. Kemudian, letak pula lapisan yang ketiga diatas sekali, tekan sedikit. tutup atas kek ring guna plastic wraper & simpan dalam peti sejuk selama 3 jam hingga filling mengeras.

Cara2 menghias kek:


1. Keluarkan kek dari peti sejuk & tanggalkan cake ring.

2. Sapukkan kemas whipped cream keseluruhan kek.

3. Tabur chocolate rise di sekeliling kek.

4. Susun mango & kiwi slice atas kek tadi.


Selamat mencuba...



23 Jun 2012

CRUNCHY BUTTER CHEESE CAKE


Salam & selamat malam semua....


Semoga sihat2 saja hari ini : ) Well hari ni saya buat butter cake pula tapi lain sikit versinya, yang ini ada cheese dalam adunannya. Bukan mau puji diri sendiri tapi memang sedap sungguh kek ini, rangup diatas & lembut di dalam. Makan pun tak boleh berhenti, hehe....




Sebenarnya saya bukanlah penggemar butter cake sebab biasanya kalau ada butter cake dirumah memang sayalah yang paling last sekali makan atau tak makan langsung. Tapi bila nampak resepi ni dalam buku, nampak macam sedap pulak : )




Macam tak percaya kek yang simple macam ni boleh rasa sedap, makan pun tak bosan, itu pun kalau suka makan cheeselah kan, sebab ada juga yang tak suka. Kalau saya memang siap tabur extra cheese lagi, hehe....




Resepi ni menggunakan cheddar cheese dalam adunannya, kalau mau guna cheese lain mungkin boleh juga contohnya colby - jack cheese, memang sedap tapi kalau guna cream cheese tak sesuailah kan. 




Oklah semua kalau berminat mau cuba buat kek ni, bolehlah salin resepi dibawah tu ya. Tips saya untuk buat kek, guna suhu 160 C semasa membakar supaya kek tak cepat hangus & masak dengan perlahan2 & sekata, untuk telur pula, guna gred A supaya adunan cukup cecair & tak merekah. Selamat mencuba....



Crunchy butter cheese cake

Bahan2:
A
220g butter
95g gula kaster

B
5 biji putih telur gred A
120g gula kaster
5 biji kuning telur, pukul sedikit

C
230g tepung seperfine, diayak
2 sk baking powder, diayak

D
100g cheddar cheese, diparut

Topping:
60g cheddar cheese, diparut

Cara2:


1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang 8", griskan permukaanya & alaskan dasar dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan2 A hingga kembang & gebu.

3. Dalam mangkuk yang lain, pukul bahan2 B  kecuali kuning telur hingga bertanduk. Masukkan kuning telur & pukul sekejap lebih kurang 30 saat.

4. Masukkan bahan A yang telah dipukul tadi (langkah 1) kedalam adunan B. Pukul lebih kurang 1 min, hingga sebati.

5. Masukkan tepung berselang seli dengan parutan cheese, kaup balikkan perlahan2 hingga sebati.

6. Ulang semua hingga semua tepung & parutan cheese siap dimasukkan kedalam adunan.

7. Tuang kedalam loyang yang disediakan.

8. Tabur topping (parutan cheese) diatas adunan kek. Bakar pada suhu 160 C selama 40 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong.


Selamat mencuba....



20 Jun 2012

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


Assalammuallaikum & selamat petang semua....


Bertemu lagi kita hari ni. Semoga sihat sejahtera disamping keluarga yang tersayang. Masak apa tu untuk minum2 petang hari ni??? Well, hari ni saya buat kek lagi, sebagai percubaan, hari ni saya buat japanese cotton cheese cake. Dah lama sebenarnya saya ingin cuba buat kek ni tapi memang panjang senarai resepi yang ingin dicuba, tak termasuk lagi resepi sedap2 dari blog kawan2 yang lain, hmmm memang takkan selesai mission saya ni, hehe.




Memang best kek ni, lembut & gebu segebunya, hehe. Tapi macam biasa pasti ada kesilapan teknikal yang berlaku dalam proses membaking ni, masa saya sejukkan kek atas wire rack, permukaan atas kek tu melekat sikit, so tak sberapa cantiklah hasilnya, tapi rasanya memang sungguh marbeles!!!




Resepi kek ni saya ambil daripada koleksi buku resepi kegemaran saya iaitu "Fantastik cheesecake" by Alex Goh, saya memang suka semua resepi2 dalam buku dia tapi tak siap2 lagi mau cuba semuanya sebab terlalu banyak resepi yang best2, kena cuba satu persatu, itupun kena tengok keadaan & tunggu mode "R" datang kan, hehe.


Untuk kek ni saya buat 1 1/2 adunan & guna loyang bulat bersaiz 8" sebab mau bagi kek tu nampak tinggi sikit, kalau mau buat kek guna loyang yang besar, bolehlah doublekan atau triplekan saja resepi tu. Oklah semua kalau berminat mau cuba resepi japanese cotton cheese cake from Alex Goh yang sedap ni, bolehlah rujuk resepi dibawah tu ya, selamat mencuba.....




Japanese cotton cheese cake

Bahan2:
A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar (saya guna susu penuh krim)

B
40g tepung kek / gandum
30g tepung jagung

C
4 biji kuning telur (Gred A)

D
4 biji putih telur (Gred A)
1/8 sk cream of tartar
100g gula kaster
Secubit garam

Cara2:


#Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.


1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.

2. Masukkan bahan B, gaul sebati.

3. Masukkan pula bahan C.

4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.


5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.

6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.

7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.

8. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya.



Selamat mencuba....



17 Jun 2012

GREEN TEA SPONGE CAKE - HAPPY FATHER'S DAY!!!!


Selamat malam & happy father's day semua!!!!!


Hari yang sungguh panjang & sibuk hari ni kan???pasti ramai yang mengambil kesempatan meluangkan sedikit masa bersama dengan insan tersayang lebih2 lagi kepada yang bergelar bapa atau suami : ) Minta maaf banyak2 kepada semua sebab tak dapat singgah diblog & bagi komen, memang hari yang teramat busy sekali beberapa hari ni, dan yang pasti banyak resepi2 yang saya sudah terlepas kan???huhu : (




Well hari ni saya pun tak ketinggalan jugak nak sambut father's day ni. Pagi2 lagi saya sudah siapkan kek yang saya buat khas untuk my beloved husband & untuk bapa yang nun jauh di tawau, sabah, tak dapat mau salam & cium tangan, huhu...




Seperti tahun2 yang lalu, memang tugas sayalah buat kek untuk apa2 jua celebration, takkan dapat melihat my husband membaking didapur punya, hahaha.... Tapi sempena father's day tahun ni, saya buat kek green tea sponge cake ni & belanja my husband pegi dinner, hmmm yalah, tiap2 tahun my husband belanja saya dinner untuk mother's day ataupun birthday's, balas membalaslah kan, hehe...




Resepi kek ni simple saja & tak manis sangat, sesuai dengan citarasa saya. Untuk deco pulak, saya buat yang simple2 saja asalkan nampak menarik sebab my husband ni memang cerewet giler, tak suka kek yang over deco apalagi kalau yang penuh dengan aising, hmmm pasti dia takkan makan, huhu... 


Tapi tadi bila saya suruh dia potong kek ni, saya tunggu juga reaksi dia, tunggu reaksi muka & komen yang agak tajam seperti biasa (dia tu memang macam gordon ramsay, kalah2 lagi masterchef), hehe....then dia, teliti kek tu, siap tunduk2 lagi mau perhatikan setiap bahagian, dia potong sikit & makan, "Errrm not bad, tapi agak plain sikit, kalu belah kek ni pastu letak filling lagi bagus"....Hmmm, macam biasa, susah mau puaskan hati dia, tapi takpa asalkan dia suka, hehe : )




Oklah semua, kalau suka & mau cuba kek ni, saya ada sertakan sekali resepinya serta sedikit langkah2 bergambar yang sempat saya ambil. Selamat mencuba....




Green tea sponge cake 

Bahan2:
A
235g putih telur (dalam 6 biji telur gred A)
118g gula kaster
135g tepung jagung

B
90g kuning telur (dalam 5 biji telur gred A)
78g air teh tanpa gula (saya guna teh lipton)
78g minyak jagung
118g tepung superfine / gandum
35g gula kaster

C
7g green tea powder
25g air

D
300g fresh cream
20g gula aising

E
1/2 sk gula aising
1/2 sk green tea powder

Cara2 membuatnya:



1. Sediakan loyang chiffon bersaiz 24cm, jangan griskan. Panaskan oven pada suhu 160C.

2. Pukul putih telur dari bahan A hingga berbuih, masukkan gula kaster sedikit demi sedikit, pukul hingga bertanduk. Kemudian masukkan tepung jagung & pukul sebati.

3. Satukan bahan2 B, gaul sebati.

4. Ambil 1/2 daripada adunan putih telur tadi, kaup balikkan kedalam aduanan bahan B (langkah 3). Kemudian, masukkan lagi baki adunan putih telur & kaup balikkan hingga sebati.

5. Dalam mangkuk kecil, satukan bahan C hingga menjadi pes berwarna hijau.

6. Ambil 120g daripada adunan (langkah 4), satukan dengan pes tadi, gaul sebati.

7. Kemudian, masukkan campauran pes tadi (langkah 6) kedalam adunan (langkah 4), gaul sedikit untuk membuat bentuk marble.

8. Tuang kedalam loyang chiffon, bakar selama 40 -60 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C. Bila kek masak terbalikkan atas wire & sejukkan sepenuhnya.

9. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk. Keluarkan kek dari loyang, sapukan kemas dengan fresh cream.

10. Kemudian, satukan bahan E, tabur atas kek tadi. Simpan kek dalam peti sejuk.



Selamat mencuba...




15 Jun 2012

MANGO CREAM LAYER CAKE


Salam & selamat malam semua....

Hari ni projek saya buat kek pula, tapi tak boleh potong ya sebab sebenarnya kek ni saya buat khas untuk kawan kepada ibu mertua saya yang menyambut hari jadinya yang ke-54 hari ini, hehe. So kita cuci2 mata sajalah ya : )


 Kawan ibu mertua saya tu berbangsa india, saya dah agak lama jugalah kenal family diaorang ni, so kenalah tunaikan permintaan dia. Mula2 husband dia request nak butter cake tapi dia serahkan pada saya buat apa yang patut, hmmmm saya terpikir nak buat mango kek ni pula sebab siapa yang tak suka makan mango kek kan???hehe...


Saya guna resepi vanilla sponge cake untuk kek ni & fillingnya pula saya buat mango mousse filling. Sedap & tak manis sangat, saya suka : ) Untuk sponge kek ni, saya buat dua adunan sebab mau bagi kek tu nampak tinggi sikit, setiap kek saya belah separuh, so semuanya ada 4 layer kek, kalau mau buat satu adunan saja pun takda masalah, boleh jugak.




 Saya ni memang tak pandai pilih mangga yang sesuai, so tadi masa pegi beli bahan2 yang diperlukan nampak saja rupa memang mangga, beli sajalah. Nasib baiklah sesuai jugak, sebab memang ada jenis mangga yang agak berair & tak sesuai dibuat kek, namanya saya pun tak tahu, hehe. Kalau suka & mau cuba buat kek ni, sila2lah tengok resepi dibawah tu ya : )






Mango cream layer cake

Vanilla sponge cake:
A
4 biji kuning telur
40g gula kaster
B
2 sb susu segar
56g minyak jagung
C
1/2 sk esen vanila
80g tepung superfine, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
D
4 biji putih telur
80g gula kaster
1/4 sk cream of tartar 
  
Method:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8", griskan dengan butter & lapikkan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga sebati, warnanya bertukar kuning pucat selama 2 minit.

3. Panaskan bahan B dalam mikrowave selama 20 saat. Masukkan terus kedalam bahan A yang dipukul tadi (langkah 2), gaul guna hand whisk.

4. Kemudian, masukkan pula bahan2 C, gaul lagi hingga sebati.

5. Dalam mangkuk pengadun, pukul putih telur dari bahan D hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit & cream of tartar. Pukul hingga pekat & bertanduk.

6. Ambil 1/2 adunan putih telur & kaup balikkan kedalam adunan kuning telur tadi (langkah 3), gaul sebati. Masukkan lagi baki adunan putih telur, kaup balikkan hingga sebati.

7. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar pada suhu 160C selama 30 - 45 minit.

8. Bila kek masak, sejukkan atas wire rack.

Mango mousse filling:
1 sk gelatin
3 sb air panas
400ml whipping cream
5 sb gula kaster
2 sb esen vanila
700g mangga, dipotong kiub

Method:
1. Satukan gelatin bersama dengan air panas. Cairkan guna double boiler.

2. Pukul whipping cream bersama gula (alaskan bawahnya dengan semangkuk air sejuk), masukkan vanila & campuran gelatin tadi, pukul hingga bertanduk.

3. Gaulkan perlahan2 mangga yang dipotong kiub kedalam aduanan mousse tadi. Ketepikan.

Topping:
250g whipped cream, pukul hingga pekat & bertanduk

Cara2 menyusun kek: 

1. Potong sponge kek tadi kepada 3 lapisan. Letakkan cake ring atas cake board. Letak lapisan kek yang pertama, sapukan filling atasnya, ratakan.

2. Kemudian, letakkan lapisan yang kedua, sapu lagi filling atasnya. Letak pula lapisan yang ketiga diatas sekali, tutup atas cake ring guna plastic wrap, simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam hingga mousse mengeras.

6. Keluarkan kek dari kek ring, sapukan kemas whipped cream keseluruhan kek, hias ikut kreativiti masing-masing. Sejukkan lagi sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidang.

Selamat mencuba...

 

 

14 Jun 2012

CREAM CHEESE SWISS ROLL


Assalamuallaikum & selamat petang semua kawan2 & akak2 yang dihormati......

Hari ni projek saya buat swiss roll pulak, buat cream cheese swiss roll. Memang puas hati betul dengan hasilnya yang lembut & sedapp : ) Sorry, bukan mau puji diri sendiri tapi inilah swiss roll pertama yang saya buat, tak sangka menjadi & rasanya sedap, hehe.


Sebenarnya pagi tadi saya plan mau buat kek tapi dah tukar plan buat swiss roll pulak sebab belum pernah buat lagi. Mula2 memang takut tak menjadi tapi bila baca resepinya memang nampak mudah & senang nak buat, lagipun saya ni memang peminat cheese, nak rasa pulak versi swiss rollnya....


Untuk resepi filling swiss roll ni saya letak lemon sebab ikut 100% arahan dalam resepi tu, memang sedap jugak tapi kalau guna orange pasti rasanya lebih sedap. Husband komen ok dia suka dengan rasa lemon tu, tapi my sister pulak tak suka sebab rasa lemonnya kuat, my sister lebih suka kalau yang rasa orange. Hmmm ikut citarasa masing2 jugaklah kan, kalau saya, mana2 pun ok : )


Saya pernah baca buku yang berlainan tentang cara2 membuat swiss roll ni, ada yang bila spannya dah masak kena terus gulung time panas2 & ada jugak yang tak perlu buat macam tu...pada pendapat sayalah kan, rasanya kalau tekstur span kek yang dimasak tu memang lembut & gebu tak perlulah mau terus roll sebaik sudah masak, sebab swiss roll yang saya buat ni, saya sejukkan dulu & roll bila sudah letak filling, pun ok jugak. Tapi terpulanglah mau ikut cara yang macam mana asalkan swiss rollnya sedap, kan??hehe.

Oklah semua, kalau berminat bolehlah mencuba resepi dibawah tu ya, selamat mencuba : )



Cream cheese swiss roll

Kek span:
A
60g susu segar
50g cream cheese

B
25g minyak jagung

C
65g tepung superfine, diayak

D
6 biji kuning telur
8g gula kaster
Secubit garam

E
3 biji putih telur
55g gula kaster

Cream cheese filling:
125g cream cheese 
35g gula kaster
40g butter
1 sk jus lemon / oren
1/2 sk parutan kulit lemon / oren 

Cara2 membuat kek span:




 1. Sediakan loyang segiempat bersaiz 12 x 12 cm. Griskan semua permukaan & alaskan dengan wax paper. Ketepikan.

    2. Masak bahan2 A guna double boiler hingga cheese cair. Matikan api, masukkan bahan B, gaul sebati.

3. Masukkan pula bahan C, gaul lagi. Masukkan bahan2 D sedikit demi sedikit, gaul sebati.

4. Kemudian, pukul putih telur dari bahan E hingga berbuih, masukkan pula gula, pukul hingga bertanduk.

5. Ambil 1/2 adunan putih telur tadi, kaup balikkan perlahan-lahan kedalam adunan cheese, ulang hingga semua adunan putih telur siap dikaup balikkan bersama.

6. Tuang aduan kedalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaannya (seperti dalam gambar diatas ).

7. Bakar pada suhu 160C selama 10 - 15 minit. Bila kek span masak, terbalikkan atas wire rack yang beralaskan wax paper. Sejukkan sepenuhnya.

8. Bila kek sudah sejuk, sapukan filling cream cheese di seluruh permukaan & gulung perlahan-lahan, trimkan hujungnya.
  
Cara2 membuat cream cheese filling:

1. Pukul cream cheese hingga lembut & licin. Masukkan gula, pukul lagi.
2. Kemudian, masukkan butter, pukul hingga sebati.

3. Akhir sekali, masukkan jus & parutan kulit lemon. Pukul sebati.


Selamat mencuba...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...