31 May 2012

CHICKEN CURRY WITH POTATO



Hi & salam sejahtera semua, semoga sentiasa sihat selalu....

Hmmm macam dah lama sangat saya tak jenguk2 blog saya ni, maklumlah sekarang ni musim cuti persekolahan, memang agak busy sikit sebab banyak aktiviti luar yang dirancang bersama keluarga. Biasalah kalau cuti2 sekolah macam ni, saya & anak2 memang sukakan aktiviti luar, dapat juga menenangkan jiwa raga yang penat dengan rutin harian dihari2 biasa: )



Well, untuk menu hari ni, saya masak kari ayam pula. Dah lama saya tak masak kari ayam, tiba2 rasa nak makan pula. Memang sesuai jugalah sebab tukang makan memang semuanya ada di rumah hari ni, hehe. Kari ayam ni saya masak cara light saja, maksudnya tak terlalu pedas & berempah, rasanya ringan2 gitu : ) Siap dapat markah A lagi dari husband & anak2 saya, haha...




Biasanya lain orang lain pulak resepi & cara memasak kari ayam ni kan??? kalau saya pula, lebih suka kari ayam yang light rasanya, cara memasak kari ayam ni saya belajar daripada ibu yang tersayang, dia memang selalu masak cara ni, maklumlah keluarga saya bukan jenis yang suka makan pedas, sekadar pedas2 dihujung lidah saja, penyedap rasa : )



Oklah semua, bagi sesiapa yang suka makan kari ayam cara saya ni, bolehlah mencuba ya. Kalau suka pedas, boleh tambahkan serbuk kari daging & serbuk cili lebih sikit. Mari kita lihat bahan2nya...






Chicken curry with potato

Bahan2:
700g ayam - potong sederhana besar
2 biji ubi kentang dibelah empat, goreng setengah masak
1 sb serbuk kari daging + 1 sk serbuk cili + sedikit air, buat pes
1 batang serai
1/2 biji bawang besar, hiris sederhana besar
2 ulas bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 tangkai daun kari
3 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
5 biji lada putih, tumbuk sekali bersama bawang
100ml santan pekat
100ml santan + air, buat santan cair
1 sb kerisik
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara2:
1. Panas sedikit minyak dalam kuali, goreng bunga lawang & kayu manis hingga naik bau. Kemudian masukkan pula bawang besar, bawang & halia yang telah ditumbuk tadi.

2. Masukkan pes kari tadi, goreng sampai pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan ayam & serai, gaul rata. Goreng sebentar.

4. Masukkan santan cair, biarkan mendidih dengan api sederhana hingga ayam agak lembut. Masukkan kentang yang telah di goreng tadi, masak lagi sebentar.

5. Kemudian, masukkan santan pekat, kerisik, garam & serbuk perasa secukupnya. Gaul rata perlahan2. 

6. Akhir sekali, masukkan daun kari & matikan api. Hidangkan.






Selamat mencuba....




24 May 2012

CHOCOLATE DIRT CAKE


Selamat malam semua, semoga hari ini hari yang menceriakan bagi semua : )


Hari ni saya dalam mode "R", so buat kek pula untuk dessert, memang sedap & lembut kek ni tau, teksturnya agak crumbly sikit, sebab tu bagi nama 'dirt' chocolate cake : ) Saya tabur lebihan kek yang dihancurkan atasnya, bagi nampak macam dirt sikit. Untuk frostingnya pula saya guna cream cheese frosing, hmmmm memang sesuai sekali....




Mula2 masa buat kek ni ingat nak buat dalam loyang besar baru potongkan kepada beberapa lapisan tapi akhirnya saya pikir2 lebih baik bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama rata & bakar asing2. Hmmm cara tu lagi baik sebab senang, tinggal trimkan atas kek saja. Lagipun kek lagi cepat sejuk sebab lebih tipis, lagi jimat masa : )




Rasa kek ni lebih kurang macam red velvet cake juga cuma bahan2nya saja ada sedikit perbezaan. Tak susah nak buat kek ni, biasanya kalau saya buat kek ni, saya akan siram dengan chocolate ganache saja, kalau buat dengan cara tu pun memang best tau, penuh dengan rasa cokat, hmmm memang confirm menternak lemak lagi, hehe. Apa2 pun ikut seleralah kan, nak buat apa pun dengan kek tu pasti sedap jika tahu kombinasi rasa yang sesuai.




Saya deco simple2 saja untuk kek ni sebab memang lebih suka dengan cara tu. So untuk resepi frosting memang cukup saja, kalau ada sesiapa yang nak hiaskan dengan cara lain, nak piping ka atau bagi filling tebal sikit, bolehlah doublekan resepi untuk frosting tu ya. Oklah jom kita lihat bahan2 yang diperlukan untuk buat chocolate dirt cake ni....




Chocolate dirt cake

Kek:
A
400g self raising flour
1/2 sk soda
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam

B
150g serbuk koko
100g gula kaster
250ml air panas

C
2 sk cuka
1 tin susu cair

D
250g butter
100g gula kaster
2 biji telur gred A

Cream cheese frosting:
250g cream cheese, suhu bilik
1/2 sk esen vanila
58g gula aising, diayak
180ml whipped cream

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan 3 loyang bersaiz 8 inci. Griskan dengan butter & lapikkan dasarnya dengan wax paper. Ketepikan.

2. Ayakkan bersama bahan2 A, ketepikan.

3. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan bahan2 B, ketepikan.

4. Dalam mangkuk yang lain, satukan pula bahan2 C, ketepikan.

5. Kemudian, pukul butter & gula dari bahan D hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu.

6. Masukkan bahan A, B & C berselang seli kedalam adunan D tadi. Pukul sebati.

7. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar pada suhu 160c selama 15 minit atau hingga kek masak.

8. Bila kek masak, sejukkan atas wire rack.

Cara2 membuat cream cheese frosting:
1. Pukul cream cheese hingga licin & kembang.

2. Masukkan esen vanila & gula aising. Pukul lagi hingga lembut.

3. Kemudian, masukkan whipped cream & pukul hingga adunan kembang & pekat.

Cara2 menyusun kek:
1. Trimkan atas kek supaya rata. 

2. Letakkan satu lapisan kek atas pinggan yang rata atau cake board. Sapu cream cheese frosting atasnya sampai hujung. Letakkan pula lapisan kek yang kedua, letak lagi cream cheese frosting. Letak pula lapisan kek yang ketiga. Letakkan sedikit frosting atas kek & sapu tipis diatas & sekeliling kek. Masukkan kek sebentar dalam peti sejuk lebih kurang 15minit.

3. Kemudian, keluarkan kek, ambil lebihan frosting tadi & sapukan keseluruhan kek. 

4. Hiaskan kek dengan menabur lebihan kek coklat yang telah dihancurkan atasnya.


Selamat mencuba...




23 May 2012

LYCHEE PUDDING


Salam & selamat malam semua....


Hari saya sediakan dessert pudding pula. hari ni pagi2 lagi saya dah jalan2 cuci mata di blog akak2 semua, wah bukan main lagi semua menu yang ditayangkan tu ya, sedap2 belaka.....


Dalam minggu yang lepas husband saya ada beli buah laici fresh ni, dah makan banyak tapi masih ada baki lagi, no idea nak buat apa, so husband request nak makan sesuatu yang menyegarkan guna buah laici ni, saya pun dapatlah idea buat pudding, hasil inspirasi  dari blog akak2 semua juga, terima kasih banyak2 : ) Kalau nak buat kek guna buah laici, memang mood "R" tu belum datang lagi, hehe...




Terasa puas & nyaman sekali makan dessert macam ni dikala cuaca terik semenjak dua menjak ni. Hmmm memang tak terasa makan sebiji dua, lain macam hausnya....


Ada pulak tu, masa dalam proses buat pudding ni, anak2 memang tak pandai sabar, siap celup2 tangan dalam pudding tu, aduh macam mana nak keras, hehe. Jadi bila pudding ni dah siap, memang licin habis, tak sempat sejuk betul2, ada2 je : )




Resepi pudding ni pun saya ambil & olah dari koleksi buku 'fantastik cheesecake' kegemaran saya, cuma bezanya resepi ni menggunakan buah laici sebagai bahan utamanya. Masa nak lapis pudding tu, saya terlebih masukkan pula pudding yang plain, so lapisan pudding laici tu jadi tipis pula sebab acuan yang saya guna memang kecil saja. Warnanya pun kurang menyerlah, tak terang sangat warna pinknya. Hmmm apa2 pun yang penting sedap kan??? hehe....




Untuk resepi pudding ni, kalau suka boleh tukar dengan buah-buahan yang lain asalkan sesuai. Ikut idea & selera masing2, guna buah dalam tin pun boleh juga. Oklah semua, tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan2nya...






Lychee pudding

A
200g air 
40g gula
1 sk agar2 powder, warna merah
50g cream cheese (optional)
*Sedikit buah laici, potong kecil (saya tambah)


B
60g gula
1 1 /2 sb agar2 powder, warna merah
80g whipping cream / santan pekat
80g buah laici
160g air
50g cream cheese


Cara2:
1. Susun buah laici bertanda* didalam acuan. Ketepikan.

2. Dalam periuk, satukan bahan2 A & masak hingga mendidih. Jika ingin tambah cream cheese, masukkan selepas bahan2 A siap dimasak & kacau rata.

3. Tuang dalam acuan tadi hingga 1/2 penuh. Biarkan sejuk sebentar.


4. Kemudian, masukkan buah laici & air dari bahan2 B kedalam blender. Blendkan hingga hancur. Tapiskan airnya.

2. Masukkan semua bahan2 B yang lain kecuali cream cheese kedalam periuk sederhana besar. Masukkan sekali jus laici yang ditapis tadi. Masak campuran hingga mendidih.

3. Kemudian, masukkan cream cheese & kacau rata. Masak lagi hingga mendidih.

4. Tuangkan kedalam acuan tadi hingga penuh. Sejukkan 3 jam sebelum dihidang.


Selamat mencuba...




22 May 2012

POTATO DOUGHNUT WITH MILK GLAZE


Selamat petang semua.....


Hari ni saya men'donut' lagi, hehe. Kali ni saya cuba resepi donut kentang pula. Dah lama simpan resepi ni, tapi asyik resepi lain yang dicuba. Hmmm akak2 & kawan2 semua nak tau, dalam banyak resepi donut yang saya pernah cuba, resepi ni lah yang paling saya suka sekali. Memang lembut gilerr, tak cukup sebiji dua, nak makan banyak2 lagi, hehe....




Sebenarnya donut ni saya dah adun dari awal2 pagi lagi, sebab dalam resepi tu cakap kena simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 8 jam. Saya tak pasti pulak apa fungsi & kesannya bagi sejuk lama2. Saya dah tak tahan nak tunggu lama2 so saya sejukkan 5 jam saja, hehe. Hmmm akak2 & kawan2 semua nak tau, masa time menguli doh ni, memang lembut & senang saja nak handle sebab dohnya dah kembang, sejuk & berehat secukup masa. Memang ada kesannya, hehe...belajar lagi sesuatu yang baru hari ni : )




Memang best donut ni tau, mula2 dah siap goreng tu, saya pun cubalah makan sikit walaupun masih berasap lagi, hehe...hmmm memang terbeliak mata sebab memang sedappp, sorry puji diri sendiri, hehe...sebenarnya bukan saya nak puji diri sendiri tapi nak puji resepi ni : ) Lepas semua donut dah sejuk, buat milk glaze nya pula, memang teruji kesabaran sebab kena gaul glaze tu hingga agak pekat, mula2 rasa macm fail sebab teksturnya tak macam yang saya nak, tapi digigihkan juga menggaul lebih kurang 15 minit, fuhhh!!! memang letih....memang agak lama juga baru glaze ni mencapai konsistensi yang sesuai, kena gaul sampai agak pekat sikit supaya cepat kering. Memang sedap makan donut bersama milk glaze yang berkrim ni.


Oklah semua, kalau berminat nak mencuba resepi donut yang sungguh marbeles ni, jangan putus asa, kena usaha baru dapat hasilnya : ) Selamat mencuba....




Potato doughnut with milk glaze

Doh:
2 sk yis segera
3/4 cawan air suam
1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan ubi kentang suam2 kuku , direbus & dilecek
1/2 cawan shortening
1 biji telur gred A
1 tsp garam
3 cawan tepung gandum

Milk glaze:
1 3/4 cawan gula aising
1/4 cawan susu segar
1/2 sk esen vanila

Cara2 membuat doh:
1. Satukan  yis dengan  air suam & gula. Kacau rata & biarkan 5 - 10 minit.
2. Kemudian, dalam bekas yang besar, satukan semua bahan2 doh yang lain & yis tadi. Uli hingga mendapat doh yang lembut.
3. Balut doh tadi dengan plastik wrap ketat2 & sejukkan 8 jam.
4. Bila doh sudah sejuk, canai doh kepada 1/2 inci tebal. Guna doughnut cutter, terap doh & letak atas dulang yang telah di tabur tepung, biarkan kembang selama 30 minit.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, goreng hingga kuning keemasan, angkat & toskan minyak.

Cara2 membuat milk glaze:
1.  Satukan semua bahan2 untuk glaze. Masak guna double boliler & gaul hingga glaze agak pekat.
2. Celupkan donut pada glaze tadi & keringkan atas wire rack.


Selamat mencuba.....




21 May 2012

MEE GORENG MAMAK


Assalamuallaikum & selamat petang. Apa khabar semua??? Semoga sihat2 selalu hendaknya. Dalam beberapa hari ni saya memang agak stress sekali, hmmm ada juga individu yang sungguh tak bertanggung jawab mau hack akaun facebook saya, memang geram yang teramat sangat, banyak aktiviti rutin yang tergendala. Nasib baiklah adik ipar sudi membantu recover balik akaun fb saya tapi memang tak lari dari masalah juga, akaun fb saya tu dah terlebih over protected pula, sikit2 kena login & verify password, siap verify gambar lagi, memang buat masalah sungguh....Nak hack akaun fb buat apa, dalam tu cuma ada gambar2 makanan saja pun, kalau nak tumpang sekaki join share resepi ok juga, hehe....




Well, tak payah mau pening2 lagi, jom kita cerita pasal menu mee goreng mamak hari ni. Semalam masa bawa anak2 pergi jalan2, shopping barang dapur sikit, saya ternampak satu rak yang penuh dengan mee kuning dalam shopping mall tu, hmmm pikir2 nak buat menu apa dengan mee kuning ni, dapat idea nak try masak mee goreng mamak pula. Dah lama saya mau masak menu ni tapi selalu tergendala sebab anak2 memang tak suka makan yang pedas2, hmmm disebabkan hari ni saya ada masak menu lain juga, saya pun masaklah mee goreng mamak ni sekali, memang sesuai sangat dengan citarasa saya. 



Selalunya kalau singgah duduk minum kedai mamak, memang selalu menu roti canai + kuah dhal sajalah yang di order. Boleh kira dalam beberapa kali saja saya order mee goreng mamak ni, sebab kalau dah bab2 makan luar ni, saya & husband memang agak cerewet sikit, kena pandang kiri kanan, atas bawah, kalau semuanya bersih barulah order menu yang lain, sebab kalau order roti canai memang live depan mata nampak dimasak. Kalau makan di warung pun macam tu juga, lagi best kalau nampak sendiri makanan di masak secara live macam thailand food di warung biasa tu, apinya menjulang tinggi, memang confirm mati segala keturunan kuman2 tu, hehe. Bukannya apa, takut nanti bila sampai dirumah, berlumba2 nak masuk tandas sebab sakit perut, hehe...




Memang terangkat makan mee goreng mamak ni, diperah dengan sedikit limau & dihidangkan pula bersama dengan resepi fried spicy chicken ala india, fuhhh!!! Orang cakap ' mertua lalu pun tak nampak', hehe... Oklah semua, kalau berminat bolehlah mencuba ya : ) Jom kita lihat bahan2nya....





Mee goreng mamak

1 bungkus mee kuning
100g isi ayam / udang / sotong
100g fish cake
2 biji tauhu goreng, potong sederhana besar
100g taugeh
2 batang sawi, potong kecil2
3 sb cili boh
1 sudu rempah kari daging
3 sb kicap pekat manis
3 sb sos tomato
1 kiub ayam
1 biji bwang besar, dicincang
2 biji telur
2 biji cili merah / hijau, hiris tipis
Garam & serbuk perasa secukupnya
Limau nipis / kasturi

Cara2:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili boh & rempah kari daging . Goreng sampai wangi.

2. Masukkan fish cake & tauhu. Biarkan sebentar.

3. Masukkan pula kicap, sos tomato. Gaul rata. Kemudian, masukkan mee, kacau rata lagi.

4. Masukkan taugeh & sayur sawi. Gaul hingga sayur layu. Buat lubang ditengah & masukkan telur. Kacau rata.Masak mee hingga agak kering.

5. Hidangkan mee dengan sedikit hirisan limau nipis / kasturi.

Selamat mencuba....









18 May 2012

KIWI CHEESE TART


Assalamuallaikum & selamat tengahari semua....semua sudah makan ka???Lepas ni kena pikir pula menu untuk minum petang kan??hehe. Well, hari ni saya nak berkongsi satu lagi dessert kegemaran saya & seisi keluarga iaitu cheese tart, tapi kali ni saya taruk kiwi filling pula. Resepi ni dipetik dari salah satu koleksi buku kegemaran saya iaitu 'Fantastik cheesecake' from Alex Goh, tapi adalah yang saya improvised sedikit resepinya ikut citarasa. Memang best buku ni tau, dah banyak resepinya yang saya cuba, semuanya sedap2 belaka....




Adunan untuk pastri cheese tart ni saya campurkan dengan sedikit parutan kulit oren supaya bila dimakan lebih beraroma & nikmat rasanya. Resepi pastri ni saya ambil & olahkan sedikit dari resepi blueberry cheese tart dalam koleksi 'tart' saya. Untuk fillingnya pula saya ikut resepi dalam buku "fantastik cheesecake' tu. Perfect combination : ) Tapi kalau dessert cheese tart ni, memang tak best dimakan kalau tak sejuk, hmmm jadi kena bersabarlah ya : )



Untuk acuannya pula, saya guna saiz acuan sederhana besar, terpulang kepada kesesuaian masing2, kalau nak buat saiz yang kecil2 gunalah acuan yang mini size, kalau nak yang besar pun tak da masalah. Saiz2 untuk acuan ni saya tak pasti sangat sebab acuan tart ni sebenarnya bernombor ikut saiznya, hmm kalau saya tak da tengok2 nombor tu lagi, main tampal saja doh tu didalamnya, janji cantik & kemas, hehe...




Oklah, kepada akak2 atau kawan2 yang nak mencuba, tips saya, pastikan pukul cream cheese tu sampai betul2 lembut & licin baru tambahkan bahan2 yang lain, supaya fillingnya tak berketul2. Untuk pastrinya pula, sebelum dibakar separa masak, cucukkan dulu dengan garfu untuk membebaskan udara yang terperangkap dalam pastri tu, kalau tak nanti bila dibakar pastrinya akan menggelembung & tak sekata. Bila nak bakar dengan inti pula, guna api bawah sahaja supaya intinya halus mulus & nampak cantik, tak mengerepot & berkedut2 macam kulit orang tua, hehe. Untuk mengelakkan inti cheese tart merekah, bila nampak inti cheese tu dah kembang, naik cantik, matikan oven & buka pintu oven tu sedikit, biarkan intinya perlahan2 turun sendiri baru keluarkan dari oven. Oklah semua, jom kita lihat bahan2 kiwi cheese tart ni.....




Kiwi cheese tart

Pastri:
125g butter, suhu bilik
65g gula aising
1 biji kuning telur, gred A
250g tepung gandum
1 sb air sejuk
1/2 sk esen vanila
1 sb susu tepung
1 biji oren, parut kulitnya

Filling:
250g cream cheese
30g butter
100g gula kaster
1 sb tepung gandum
1 biji telur
50g whipping cream
Kiwi filling

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul butter, gula aising, vanila & parutan kulit oren hingga lembut & gebu.
2. Masukkan kuning telur, air sejuk & susu tepung. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Rehatkan doh sebentar dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
3. Ambil sedikit doh & bentukkan kemas dalam acuan tart.
5. Bakar separa masak pada suhu 160C selama 10 - 15 min atau hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk sebentar.


Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese hingga licin & lembut. Masukkan butter & gula, pukul lagi.
2. Kemudian, masukkan telur, pukul sebati.
3. Akhir sekali. masukkan whipping cream, pukul lagi hingga sebati.
4. Tuang atau paipkan inti 3/4 penuh ke dalam pastri tadi. Kemudian, letakkan 1 sk kiwi filling atasnya, ukirkan bentuk yang disukai.
5. Bakar pada suhu 160C selama 10 -15 min (guna api bawah sahaja).
6. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.



 Selamat mencuba....




17 May 2012

FRUITY FILLING DOUGHNUT


Assalamuallaikum & selamat malam semua kepada akak2 & sahabat2 yang sudi singgah diblog saya ni. Hari ni untuk minum petang saya buat donut lagi tapi donut yang berinti filling buah-buahan. Sudah bosan dengan donut biasa, so mau tukar2 selera pulak : ) Apa pulak menu minum petang akak2 & kawan2 semua hari ni??? 




Untuk filling donut ni saya guna filling orange, kiwi, strawberi & blueberry, tapi filling yang dah readymade tau, hehe....mau kerja yang express kan, guna yang readymade sajalah, kalau rajin boleh buat filling sendiri : ) Hmmm lain kali nak buat yang berinti kacang tanah atau kacang hitam pulak....tunggu datang rajin duluuu, hehe...




Akak2 & kawan2 semua nak tau??? ermmm saya nak bagitau jugak, hehe... korang semua perasan tak saya takda ambil gambar donut yang berinti blueberry??? hehe...sebab masa nak buat sesi fotoshot, macam buat puzzle lah pulak, terlupa mau tanda mana satu yang berintikan blueberry, strawberi, kiwi & orange, so main bedal sajalah, kebetulan masa belah tu, terjumpa tiga filling yang berbeza, hmmm nasib baik tapi untuk yang blueberry tu saya malaslah nak teka2 lagi, ambik sajalah gambar yang ada : )




Tak susah jugak nak buat donut ni sebenarnya, agak2 kalau buat kerja dengan cepat, dalam masa 1 jam 1/2 dah siap...kalau saya memang malas nak tunggu donut tu kembang lama2, kalau donut tu sudah kembang dalam masa 1/2 jam, terus saja digoreng, tapi kalau memang nampak donut tu belum kembang lagi, janganlah pulak pandai2 nak terus campak dalam minyak panas tu ya, hmmm tak pasal2 nanti jadi donut batu pulak, hehe....Oklah semua, kalau berminat nak cuba resepi donut ni, tips saya, bila dah uli semua adunan tu nanti, kalau doh masih agak lembik tambahkan lagi sedikit tepung, sedikit saja tau, nanti keras pulak, adunan doh ni memang lembut, yang penting dohnya tak terlalu lembik. Oklah, jom kita lihat bahan2nya pulak...




Fruity filling doughnut

Bahan2:
300g high protein flour - diayak
10g baking powder - diayak
7g yis
50g gula kastor
Secubit garam
1 biji telur - dipukul sedikit
125g air susu segar
25g shortening

Inti:
Blueberry, strawberry, kiwi & orange filling

Cara2:
1. Satukan tepung, baking powder, yis, gula & garam. Gaul rata guna hand whisk.

2. Buat lubang ditengah, masukkan telur, susu segar & shortening. Uli guna tangan selama 10 min hingga doh jadi anjal. Tambahkan sedikit tepung jika doh terlalu lembik.

3. Bahagikan doh kepada 40 / 50g setiap satu. Leperkan doh, isikan 1 sk inti & lipatkan sisi doh satu persatu keatas dengan kemas hingga tertutup rapi & bentuknya bulat. 

4. Letak atas dulang yang telah ditabur tepung. Buat hingga habis & biarkan doh kembang sekurang2nya 1 jam.

5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali guna api sederhana, jangan guna api yang terlalu perlahan sebab nanti donut akan menyerap minyak. Goreng donut hingga kuning keemasan. Angkat & toskan minyak.


Selamat mencuba...




16 May 2012

SOTO AYAM


Selamat malam semua, hari ni saya teringin makan soto ayam pulak, dah lama tak makan, so pagi2 lagi lepas hantar my second daughter, saya terus pergi pasar beli bahan2nya. Awal2 pagi dah bising2 didapur sediakan itu ini, hehe...maklumlah memang banyak persediaan untuk buat soto ayam ni, nak buat supnya, buat bergedilnya, kicapnya & macam2 lagi...




Selalunya menu soto ayam ni saya sediakan pada hari raya & hari2 tertentu saja. Nak masak pada hari2 biasa boleh juga tapi ikut keadaan & tahap kerajinanlah kan, hehe...yalah kerjanya memang banyak, kalau dah teringin sangat barulah saya akan masak : ) Kalau dulu masa saya kecik2, tiba saja hari raya, pasti menu ni yang paling selalu saya jumpa, memang dah common sangat, saya belajar masak ni pun daripada auntie saya sebab kalau dulu bila tiba hari raya, pasti auntie saya akan suruh saya & kakak bantu siapkan juadah ni untuk tetamu, sedikit sebanyak memang berguna jugalah sebab dapat belajar resepi ni, sampai sekarang tak boleh lupa : )




Kalau ikut selera saya, saya memang suka hidangkan soto ayam ni dengan kicap special yang saya belajar dari nenak saya, memang sesuai sangat, hehe.. untuk resepi kicap limau berlada boleh klik sini : ) Tapi itu terpulang kepada citarasa masing2, kalau suka resepi kicap berlada sendiri boleh saja, no problem... Oklah jom kita tengok bahan2 yang diperlukan...




Soto ayam

Bahan2 sup:
1 kg tulang ayam / kaki ayam
1 dada ayam - belah dua
1 paket sup bunjut adabi
4 biji buah keras - ditumbuk halus
3 batang serai - dititik
1 inci halia - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 liter air

Cara penyediaan:
1. Tumiskan semua bahan yang ditumbuk sampai naik bau.
2. Masukkan air, tulang/kaki ayam, dada ayam, serai & sup bunjut. Rebus sampai ayam lembut.

Bahan2 bergedil:
4 -5 biji ubi kentang
Sedikit isi ayam dicincang
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Garam & serbuk perasa secukupnya
1 biji telur (dipukul) - untuk dicelup

Cara2 penyediaan:
1. Rebus ubi kentang hingga lembut & lecekkan.
2. Campurkan semua bahan2 bergedil yang lain & bentukkan leper atau bulat2kan.
3. Celupkan dalam telur & goreng dalam minyak yang sedikit hingga keperang-perangan.

Bahan2 inti yang lain:
5 biji telur - direbus & dibelah empat
Dada ayam yang direbus - carik2kan
5 paket lontong segera direbus, belah empat
Bawang goreng
Daun bawang & daun sup - dihiris tipis
1 bungkus mee hoon - dilembutkan & tos airnya
Kicap limau berlada - resepi klik sini


Selamat mencuba...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...