29 Apr 2012

TOM YAM


Salam semua, apa khabar hari ni??? hari ni kita layan tom yam pula ya : ) Yang ni versi tom yam ayam bersama sayur-sayuran. Cakap pasal tom yam ni pasti ramai yang gemarkannya kan???taklah kira bangsa apa & agama apa, menu tom yam ni memang sudah sebati & cukup terkenal dikalangan rakyat melaysia, satu kemestian dalam menu eksotik thailand food. Menu tom yam ni pun memang sudah menjadi salah satu menu kegemaran saya & husband. Lagi pun tak susah untuk di sediakan, main campak saja bahan2 & rebus,hehe....




Untuk pengetahuan semua, resepi yang saya akan kongsi ni bukanlah resepi asli sebab menggunakan pati tom yam segera. Hmmm....kalau kawan2 semua rajin & memang pakar memasak tom yam bolehlah buat cara yang asli, tapi memandangkan saya ni kadang2 agak busy jugak saya pun guna sajalah yang segera. Yang penting dapatlah juga menghirup sup tom yam ni dikala mengidam nak makan, hehe... 




Untuk resepi tom yam yang saya sediakan ni, saya cuma gunakan sedikit isi ayam & sayur -sayuran. Boleh juga kalau nak letak seafood seperti udang, isi ikan & sotong, terpulang kepada citarasa masing2 & bahan2 yang ada, maklumlah kadang2 bila kita memasak, resepi pun bergantung kepada bahan2 masakan yang ada dalam peti sejuk tu kan???kadang2 semasa tengah masa pun baru perasan ada bahan2 penting yang terlupa nak beli, so kenalah kreatif sikit fikir untuk gantikan dengan bahan2 yang lain. Oklah semua, untuk resepi ni saya menggunakan 2 paket pati tom yam sebab nak buat dalam kuantiti yang agak banyak, kalau nak buat sikit saja, kurangkan bahan kepada separuh k. Jom kita tengok bahan2 yang di perlukan.





Tom yam

Bahan2:
A
2 paket pati tom yam segera
1 liter air

B
100g isi ayam - hiris tipis
2 biji tomato - potong sederhana besar
6 batang jagung muda - belah separuh
1 batang carrot - potong sederhana besar
2 batang serai - dititik
2 biji cili merah
2 biji bawang merah - belah empat
1/2 biji bawang besar - di hiris
1 inci halia - di ketuk
1 inci lengkuas - hiris tipis

C
4 helai daun limau purut
4 biji limau - perah jusnya
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara2:
1. Dalam periuk sederhana besar, masukkan air & pati tom yam. Didihkan atas api sederhana besar.

2. Masukkan semua bahan2 B, rebuskan hingga sayur-sayuran lembut. 

3. Kemudian, masukkan pula bahan2 C. Kacau & biarkan mendidih sekejap. Matikan api & hidangkan.



Selamat mencuba...




28 Apr 2012

RENDANG DAGING PERAK



Selamat petang semua, hari ni saya nak kongsi pula resepi rendang daging perak. Sebenarnya rendang daging ni menu untuk dinner saya beberapa hari yang lalu, tapi tak berkesempatan nak taip resepi sebab resepi lain pula yang di dahulukan, hehe...Resepi ni juga saya ambil daripada majalah 'rasa'. Teringin nak makan rendang, so belek2lah resepi2 rendang dalam majalah 'rasa' edisi khas selera syawal, tak payah tunggu sampai raya nanti baru merasa, sekarang pun boleh jugak, asalkan rajin, haha...




Saya tak arif sangat tentang perbezaan antara resepi2 rendang dari seluruh negeri ni sebab bagi saya yang penting rasanya sedap, oklah tuu,hehe...Bagi kawan2 yang berasal dari negeri perak, tentu tahu akan perbezaan rendang perak ni berbanding resepi rendang yang lain kan??saya ikut saja resepi dalam majalah ni, tapi adalah improvise sikit bahan2nya sebab ada bahan yang tak ada dalam stok. Rasa rendang ni memang cukup mantap, muncul pula feel 'raya' sebelum waktunya, kurang ketupat & lemang saja lagi ni, haha...




Hmmm puas rasanya dapat menikmati rendang daging di saat mengidam nak makan, tapi saya makan rendang ni dengan roti, memang sedap : ) Tak kiralah macam mana cara setiap orang menikmati makanan asalkan puas hati & kenyang kan????haha...kalau perut dah lapar, makan apa pun jadi sedappp, hehe.. Oklah semua, jom kita lihat bahan2 untuk buat rendang daging perak ni, kalau nak buat dalam kuantiti yang sedikit boleh buat separuh bahan saja k...





Rendang daging perak

Bahan2:
1.5kg daging lembu - hiris tipis
3 tangkai serai, dititik
4 hirisan lengkuas
1 sb serbuk kunyit
2 sb serbuk kari daging
400ml santan pekat
100ml air
2 helai daun kunyit, dipotong dua
2 keping daun limau purut
1 batang cili merah, di hiris tipis - untuk hiasan
Garam & gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
6 biji cili padi, kurangkan kalau tak suka pedas
15 biji cili kering, direndam hingga lembut
3 tangkai serai
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih

Cara2:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan lengkuas & serai yang telah dititik sehingga wangi.

2. Masukkan bahan2 kisar & serbuk kunyit, goreng hingga pecah minyak.

3. Masukkan santan, air, serbuk kari daging & daging. Masak dengan api perlahan hingga mendidih  selama 1 jam. Kacau secara kerap, jika daging belum empuk selepas kuah sudah agak kering, masukkan lagi 1 cawan air panas & terus masak.


4. Apabila daging sudah empuk & kuah mengering, masukkan, daun limau purut, gula & garam secukup rasa. Matikan api, taburkan daun kunyit & cili merah yang di hiris tipis (optional).


Selamat mencuba....




27 Apr 2012

RED VELVET CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING


Hi & selamat malam semua, hari ni saya buat red velvet cake lagi, sebenarnya saya dah pernah share resepi red velvet cake dalam blog ni, cuma kali ni saya cuba buat dengan cream cheese frosting pula. Saya buat kek ni khas untuk my one & only sister in law sebab my husband ada dua beradik saja, so she is my one only sister in law lah, hehe...My sister in law balik rumah bercuti 5 hari from USM pulau pinang, so sepanjang berada di rumah di shah alam ni, dia request nak makan yang sedap2, maklumlah duduk di asrama memang tak boleh memilih sangat : ) 



Resepi untuk red velvet kali ni saya ambil daripada resepi red velvet cupcake saya, hari tu dah cuba buat cupcake dengan resepi ni, so sekarang nak cuba buat versi cake pula tapi dengan cream cheese frosting. Memang puas hati sangat dengan hasilnya, sungguh moist & adorable taste. Saya sangat suka dengan rasanya. Warnanya pun sungguh elegant & sangat sesuai di jadikan kek anniverssary & valentine's day : )





Untuk deco cake ni pula, saya buat sekadar yang termampu saja. Maklumlah saya ni pun bukannya pakar men'deco' cake, hehe. Asalkan nampak cantik oklah tuuu!!!haha... My husband cakap 'very nice cake', dapat inspirasi dari mana???kan lambat lagi anniversary???hahaha.... nampaknya kena buat kek special macam nilah anniversary  nanti : ) Oklah kepada yang berminat, selamat mencuba....






Red velvet cake

Cake:
A
3 1/2 cups Superfine flour, sifted

B
170g unsalted butter, softened
2 cups sugar
3 large eggs, room tempreture

C
6 tbsp red food colouring
3 tbsp high quality cocoa powder
1 1/2 tsp vanilla essence

D
1 1/2 tsp salt
1 1/2 cups buttermilk

E
1  1/2 tsp cider vinegar ( i use regular vinegar)
1  1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting:
500g cream cheese, room tempreture
1 tsp vanilla essence
115g icing sugar, sifted
360ml cold heavy cream

Cara2 membuat kek:
1.  Panaskan oven pada suhu 170 C . Sediakan dua loyang bersaiz 9 inci (23cm) & griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.

2. Pukul butter & gula dari bahan2 B hingga kembang & gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

3. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan2 C & masukkan kedalam adunan yang di pukul tadi. Pukul hingga sebati.

4. Dalam measuring cup, satukan bahan2 D.

5. Masukkan berselang seli bahan2 D & A hingga habis. Pukul hingga sebati tapi jangan terlebih pukul.

6. Kemudian, dalam mangkuk yang kecil, satukan bahan2 E. Tuang kedalam adunan tadi & gaul sebati.

7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di sediakan. Bakar pada suhu 160 C selama 30 -40 min atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 min bila masak baru terbalikkan atas wire rack.




Cara2 membuat cream cheese frosting:
1. Pukul cream cheese hingga lembut & licin.

2. Masukkan vanilla & gula, pukul lagi hingga lembut.

3. Masukkan heavy cream sedikit demi sedkit & pukul hingga pekat.

Cara2 menyusun kek:
1. Guna serrated knife, trimkan atas kek supaya rata. Kemudian potong setiap kek kepada dua lapisan. 

2. Letakkan lapisan kek yang pertama atas cake board, sapukan cream cheese frosting. Letakkan pula lapisan kedua & sapukan lagi frosting. Ulang semula proses tadi hingga lapisan kek yang terakhir.

3. Sapukan tipis cream cheese frosting pada atas & tepi kek. Sejukkan 1/2 jam. Kemudian, sapukan kemas lebihan cream cheese frosting tadi pada keseluruhan kek.  Hiaskan ikut kreativiti masing2.

Selamat mencuba....




26 Apr 2012

BISKUT ROSEMARY


Assalamuallaikum & selamat malam semua, dah tidur ka??? Untuk projek hari ni saya buat biskut pulak, projek dengan my second daughter, rajin & kemas sangat hasil kerjanya, hehe... kecil2 dah ada minat membuat kuih & membaking, alhamdullillah anak2 pun ada minat nak kongsi hobi saya ni, kata orang 'melentur buluh biar dari rebungnya' , sebaik-baiknya tunjukkan contoh yang baik pada anak2 supaya bila dah besar nanti anak2 akan mencontohi kita & jadi anak2 yang berguna, insyaallah. My daughter cakap bila dah besar nanti nak tolong mama jaga kedai, haha...nak buat saya nangis pulak, insyaallah, amin. Semoga di makmulkan doa & cita2 saya, insyaallah : )



Well, resepi biskut rosemary ni pun hasil inspirasi daripada majalah 'rasa' jugak. Bila saya baca bahan2 yang di perlukan tak banyak & mudah saja. Kebetulan semua bahan pun ada, maka saya pun ajaklah my daughter sibuk2kan diri di dapur, semua kerja dia nak buat, siap pakai apron lagi, hehe. Kepada sesiapa yang sukakan kelainan, pasti akan suka biskut ni sebab ada rasa herba & ada aroma almond dalamnya. Mula2 takut juga nak cuba sebab takut nanti biskut ni berbau herba yang kuat, anak2 tak suka pulak nanti, tapi disebabkan rasa semangat yang kuat saya pun mencuba jugalah. Memang sedap & rangup biskut ni, anak2 saya pun suka : )





Biskut ni adalah di antara resepi biskut yang agak senang dalam banyak2 resepi yang saya pernah cuba, very simple, takda menggunakan telur dalam adunan. Bila di adun pun lembut & rilex saja. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mencuba ya. Resepi ni menghasilkan lebih kurang 90 biji biskut, bergantung kepada saiz penerap biskut yang di gunakan. Oklah, jom kita tengok bahan2nya....








Biskut rosemary

Bahan2:
250g mentega
30g shortening
180g gula kaster
360g tepung gandum - diayak
120g tepung jagung - di ayak
90g serbuk badam
1 tsp herba rosemary kering - di kisar/ di cincang halus
1 biji kuning telur - untuk sapu atas biskut
Sedikit rosemary untuk tabur atas biskut

Cara2:
1. Pukul mentega, shortening & gula hingga kembang.


2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam & rosemary. Gaul adunan hingga sebati & rata.


3. Canaikan lebih kurang 1 cm tebal. Terap menggunakan acuan kesukaan & susun atas dulang pembakar.



4. Sapukan kuning telur atas biskut & taburkan sedikit rosemary atasnya.


5. Bakar pada suhu 170 C selama 15 - 20 min atau hingga masak. Bila biskut sudah masak, sejukkan sepenuhnya baru simpan dalam bekas kedap udara.





Selamat mencuba....





PANDAN POPPY SEED SPONGE CAKE


Hello everyone, buat apa tu??? hari ni saya nak share pulak resepi pandan poppy seed sponge cake yang dah tertangguh dalam beberapa hari ni, very the busy lah dua tiga hari ni, sibuk buat kek untuk order kawan2, anyway thanks a lottt frenn!!! : ) Kalau cara saya menikmati sponge cake ni memang confirm kena celup dengan teh panas baru ada ummpphh!!! Buat minum petang sambil lepak2 tengok tv atau duduk di luar rumah sambil cuci2 mata tengok bunga-bunga yang tumbuh mekar, pasti menenangkan jiwa & raga : )




Saya memang suka sangat dengan sponge cake ni sebab rasanya yang lembut & very delicate, ada rasa rangup2 poppy seed sikit bila di gigit,  walaupun rupanya tak cantik sangat, sponge cake saya agak berlubang sedikit sebab ada udara dalam adunan kek, terlupa nak hentakkan loyang sebelum di bakar. Apa2 pun rasanya yang penting kan???hehe...Sebenarnya kawan2 semua, tak kisah apa pun jenis oven yang di guna, kena faham betul2 cara oven tu berfungsi, oven saya jenis yang ada auto fan, tak boleh adjust & no termometer, so kena adjust to the right tempreture supaya sponge cake tak retak bahagian atas bila di masak. Supaya bahagian atas kek tak hangus pula, kena cover dengan aluminium foil atau aluminium pie pan after 1/2 jam membakar kek, hmmm tapi ada risikonya, kena buat dengan cepat supaya tempreture dalam oven tak drops or cake akan bantat nanti. So memang memerlukan banyak teknik & ikut kesesuaian oven masing2.




Untuk resepi cake ni saya gunakan resepi basic pandan sponge cake & tambahkan poppy seed ke dalam adunan. Sebenarnya ada banyak pilihan resepi untuk buat pandan sponge cake ni, ada yang guna lebih putih telur, guna 100% keseluruhan telur, tak payah letak minyak jagung, guna pure pandan juice, vanilla essence & macam2 lagi. Tapi untuk resepi pandan poppy seed kali ni, saya cuba pulak resepi pandan sponge cake yang guna whole eggs, maksudnya 6 biji kuning telur + 6 biji putih telur. Guna telur bersaiz gred A, berat standard 60g untuk hasil yang memuaskan & kek yang tinggi. Kalau menggunakan tepung naik sendiri, bolehlah skipkan baking powder, terlalu banyak baking powder dalam adunan pun boleh menyebabkan atas kek retak, terlalu cepat naik & kering. Untuk bab penggunaan gula pula, sebaik-baiknya guna gula caster atau aising sugar, sebab sukatan gula sangat penting untuk menstabilkan struktur kek, sukatan standard gula ialah 100g atau bersamaan dengan 23 tbsp. Lain orang lain pulak hasilnya, ikut keadaan & bahan2 yang di gunakan, so kalau nak hasil yang memuaskan, remember stick to the recepi : ) 




Sesetengah orang tak suka sangat dengan kek yang ada poppy seed ni tapi saya memang suka, sebagai penyeri & seni dalam membaking kek atau kuih muih. Harganya pun tak mahal & mudah untuk di dapati, kalau tak suka boleh abaikan, gantikan dengan bahan2 lain seperti kekacang, kismis, buah-buahan yang telah di keringkan & chocolate chip. Ikut citarasa masing2 : ) Saiz chiffon layer yang saya gunakan untuk resepi ni ialah 23 cm. Well, kepada sesiapa yang berminat nak cuba kek ni, jangan lupa ikut tips2 di atas tu ya. Oklah jom kita tengok bahan2nya pula....




Pandan poppy seed sponge cake

Bahan2:
A
6 biji kuning telur
45g gula caster
170g santan pekat
120g superfine flour
3/4 tsp baking powder
1/8 tsp garam
1 tbsp poppy seed
1 tbsp pandan juice
1 tsp vanilla essence
1 tsp pandan essence

B
6 biji putih telur
135g gula caster
1/2 tsp cream of tartar

Cara2:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan chiffon layer bersaiz 23cm.

2. Satukan bahan2 A & gaul hingga sebati hingga tiada ketulan pada adunan. Ketepikan.

3. Pukul putih telur dalam bahan B hingga berbuih, masukkan cream of tartar, pukul lagi sebentar. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula & pukul putih telur hingga pekat & bertanduk tapi masih boleh di tuang (jangan terlebih pukul).

4. Tuangkan 1/2 adunan bahan A kedalam putih telur tadi, kaup balikkan. Masukan lagi lebihan adunan A & kaup balikkan hingga sebati.

5. Tuangkan adunan kedalam loyang yang di sediakan & ratakan permukaan. Bakar pada suhu 170 C selama 45 min.

6. Bila kek masak, terbalikkan atas wire rack & sejukkan sepenuhnya baru keluarkan dari acuan.


Selamat mencuba....




24 Apr 2012

CHICKEN SOUP WITH FUCUK & SOHUN


Selamat pagi semua, rise & shine!!! hehe...pagi2 ni saya nak share pulak menu sihat untuk dinner semalam iaitu sup ayam bersama fucuk & sohun. Sudah lebih kurang seminggu lebih anak2 terkena selesma & batuk baru kebah sedikit, dah 2 botol ubat selesma yang habis di minum. Hmmm sekarang ni cuaca tak menentu sekejap panas, sekejap hujan, macam2 penyakit yang datang. So untuk  untuk mem'balance' kan pengambilan makanan, kadang2 kenalah juga masak sup, menu sayur-sayuran & makan buah-buahan supaya imun dengan penyakit2 yang biasa melanda seperti selesma & batuk, maklumlah budak2 memang mudah terkena sakit ni. Kalau di amalkan memakan sup sebagai salah satu hidangan setiap hari pun lagi bagus : )




Well, resepi sup ni memang cukup simple & mudah saja untuk di sediakan. Tak perlukan banyak bahan & boleh di tambah dengan sayur-sayuran kegemaran yang lain. Anak2 saya memang agak cerewet sedikit tentang makanan ni, masa masak sup ni semalam, drg asyik tengok & tanya jak apa bahan2 di dalam sup tu, tak pernah tengok fucuk,hahaha....bila dah rasa baru anak2 saya cakap 'sedap', ada2 saja. Supaya nampak lebih menyelerakan, tabur sedikit daun bawang & daun sup yang di hiris2 atasnya. Memang sedap fucuk ni & yang paling penting boleh mencantikkan kulit : ) Oklah, jom kita tengok bahan2 yang di perlukan...








Chicken soup with fucuk & sohun

Bahan2:
500g isi ayam / tulang ayam
1 keping fucuk - potong sederhana besar guna gunting
Sedikit sohun - ikut suka berapa banyak
1 ulas bawang merah - belah empat
1 inci halia - di ketuk
1 batang carrot - potong sederhana besar (optional)
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit daun bawang - hiris tipis
Sedikit daun sup - hiris tipis
2 tbsp minyak masak - untuk menggoreng
1 liter air
1 kiub ayam / garam


Cara2:
1. Dalam bekas sederhana besar, rendamkan sohun & fucuk dalam air (supaya bila di masukkan dalam sup tak terlalu menyerap banyak air).

2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang & halia hingga naik bau. Masukkan ayam, goreng sekejap.

3. Masukkan air & kiub ayam, tutup periuk & biarkan mendidih 1/2 jam. 

4. Kemudian, masukkan fucuk & sohun yang telah direndam tadi ( toskan airnya). Biarkan lagi mendidih selama 5 min. 

5. Matikan api, hidangkan dalam mangkuk, taburkan sedikit daun bawang & daun sup atasnya.





Selamat mencuba....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...