30 Mar 2012

TERUNG GORENG TELUR


Selamat malam semua, masak apa untuk dinner hari ni???hari ni untuk dinner saya masak menu terung goreng telur ni pulak. Salah satu menu dari zaman kanak2 saya, my mother memang selalu masak terung goreng telur ni masa saya kecik2 dulu, maklumlah budak2 tak suka makan sayur lebih2 lagi terung, so kena la masak cara ni...even my kids pun memang tak pandai makan terung tapi kalau saya masak cara ni drg pasti akan makan sampai habis, bahagian tepi yang crispy confirm di habiskan dulu,hehe...







Resepi ni memang sangat simple untuk di sediakan, nanti tengok bahan2 & cara2 baru tahu...walaupun simple tapi memang cukup sedap...ada dua cara untuk menyediakannya, sama ada nak rebus terung tu ataupun bakar, saya biasa rebuskan saja, mudah & cepat tapi kalau suka yang ada rasa ala2 di bakar boleh panggangkan sekejap atas dapur gas tu & kupaskan kulit....tapi nak bagitau sesuatu, kalau buat cara tu pasti akan ada banyak kerja nanti sebab tangan boleh jadi hitam kupas kulit terung yang di bakar tu,hehe...tapi takpa selagi boleh buat dengan cara yang bersih : ) Oklah jom tengok resepinya...



Terung goreng telur

Bahan2:
6 biji terung
3 biji telur
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara2:
1. Rebuskan terung hingga lembut & bertukar warna coklat.



2. Toskan & kupas kulitnya. Letak dalam piring & lenyekkan sedikit seperti dalam gambar.



3. Pecahkan telur dalam pinggan sederhana besar, masukkan garam & serbuk perasa. Pukul guna garfu.



4. Ambil terung & celupkan dalam telur pada kedua-dua bahagian seperti dalam gambar. Buat hingga habis.



5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan terung & goreng hingga keperang-perangan & terbalikkan (jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa). Angkat & hidangkan panas2.





Selamat mencuba...






Terung goreng telur

KICAP LIMAU BERLADA


Good afternoon everyone....semalam dah share resepi dinner, hari ni nak sambung pulak dengan resepi kicap limau berlada ni...sungguh sedap & sesuai untuk cecahan ikan goreng, ikan bakar, ayam goreng & sebagainya...pasti membangkit selera jika makan kicap ni bersama ikan goreng & nasi panas, kicap ni boleh menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam sebab ada menggunakan limau & bawang putih dalam campurannya, lada tu pula untuk menambah sedapkan lagi rasanya, memang nikmat makan ni : )







Asal usul resepi saya tak pasti sangat sebab my grandma yang ajar saya buat kicap limau berlada ni, my grandma tu memang pakar masak lauk pauk...kalau bab2 masakan macam ni, dialah ratunya,hehe....sebenarnya kicap ni digunakan khas bersama soto ayam, memang match sangat rasanya, di perah pulak sup soto tu dengan limau...Marbeles!!!terliur pulak sdh ni,hehe....Saya buat kicap ni guna lesung batu tapi kalau nak guna blender pun boleh jgk, ikut keselesaan & cara masing2...kalau nak buat sikit saja, kurangkan sukatan jadi separuh k. Kicap ni tahan hingga sebulan jika di simpan dalam peti sejuk dalam bekas yang di tutup rapat...Ok lah kawan2, akak2 semua, jom kita tengok bahan2 yang diperlukan & proses pembikinannya : )



Kicap limau berlada

Bahan2:
8 biji limau nipis
10 - 15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 tsp garam
4 tbsp gula
1 tsp cuka
10 tbsp kicap pekat manis
1/2 gelas air

Cara2:
1. Potong dua setiap limau & perahkan ke dalam mangkuk (saring).

.
2. Dalam lesung batu, masukkan bawang putih, cili padi & garam. Tumbuk sampai hancur.




3. Masukkan campuran yang telah di tumbuk ke dlm mangkuk (saya guna measuring cup supaya mudah utk menuang kemudian).


4. Masukkan gula, kicap, cuka, air & perahan air limau tadi. Gaul rata.




5. Tuang kicap ke dalam botol kicap, botol kaca atau dalam bekas yang bertutup. Simpan dalam peti sejuk hingga hendak di gunakan.



Selamat mencuba : )







Kicap limau berlada



29 Mar 2012

STIR FRY CARROT & FRENCH BEAN WITH FISH BALL


Selamat malam semua, sementara belum mengatuk ni saya nak share satu lagi resepi untuk dinner saya hari ni iaitu sayur kacau goreng dengan fish ball. Resepi yang simple saja, menu masakan rumah : ) Campurkan saja sayur kesukaan & goreng ikut cita rasa masing2, siap....tak payah masak special sangat sampai macam taraf hotel 5 bintang, hehe...




Tengahari tadi lepas dari beli barang2 untuk baking saya pun singgah la sekejap di Mydin mart tengok2 bahan yang nak di masak untuk dinner, pening pulak sebab nampak banyak benda & no idea nak masak apa, so saya pun main beli saja lah, sampai rumah nanti tau la nak masak apa,hehe...bukak tutup peti sejuk & pikir2 sambil keluarkan sayur-sayuran dpt pulak idea nak masak menu ni, kebetulan pulak saya ada beli fish ball yang sudah di goreng...mudah & ringkas, dan yang paling penting sedap!!!: ) Anak2 saya memang bukan penggemar sayur tapi kalau dah masak cara ni, drg pun bedal jgk la...lepas try satu sudu pandai pulak mintak lagi : ) Ok lah, cukup2 la merepek, jom tengok bahan2 yang di perlukan,hehe : )







Stir fry carrot & french bean with fish ball

Bahan2:
200g kacang buncis (1/2 bungkus) - hiris tipis menyiring
1 batang carrot - potong memanjang
10 biji fish ball - belah setengah
1 biji bawang merah - di cincang
1 ulas bawang putih - di cincang
3 tbsp sos tiram
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp tepung jagung + sedikit air
1/2 gelas air panas
1 tsp minyak bijan - optional
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara2:
1. Panaskan sedikit minyak masak bersama minyak bijan dalam kuali.

2. Tumis bawang yang telah di cincang hingga naik bau. Masukkan fish ball & gaul rata.

3. Kemudian, masukkan sayur yang telah di potong & gaul rata.


4. Masukkan pula sos tiram, serbuk lada putih, garam & serbuk perasa. Gaul sebati & biarkan sebentar.



5. Masukkan air panas & biarkan sampai sayur lembut sedikit.


6. Masukkan bancuhan tepung jagung, gaul rata & biarkan 1 min. Matikan api, angkat & hidangkan.









Stir fry carrot & french bean with fish ball...

CHOCOLATE ORANGE CHEESE TART


Selamat petang semua...hari tu saya ada buat chocolate orange cheese tart ni tapi belum berkesempatan nak share resepinya....saya buat mini size saja untuk cheese tart ni, easy to bite : ) Sebenarnya saya nak buat mint flavour cheese tart guna daun pudina fresh yang saya tanam tu tapi saya dah guna orange juice dalam filling, banyak sangat flavour, maka tak jadilah saya guna mint flavour, guna sebagai hiasan sajalah ; )



Cheese tart ni memang sungguh harum aromanya...makan pun tak pandai bosan, lagi sedap kalau sdh sejuk sebab chocolatenya dah keras...marbeles!!! Kalau nak ubah coklat tu dengan filling yang lain pun boleh jugak, ikut citarasa masing2...Ok la selamat mencuba semua : )






Chocolate orange cheese tart

Pastry:
150g cold butter 
50g gula kastor
2 biji kuning telur 
1 tsp vanilla Essence 
250g tepung gandum

Filling:
250g cream cheese - room tempt
50g mentega - room tempt
60g gula aising 
1 biji telur grade A
1 tbsp orange / lemon juice
100g cold heavy cream
40g melted chocolate untuk hiasan (ble ganti guna inti blueberry,strawberry atau kiwi) 

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul mentega sejuk bersama gula sampai lembut. Masukkan kuning telur & pukul lagi.

2. Kemudian, masukkan tepung & uli sampai jadi doh. Kalau doh masih melekat, masukkan dlm peti sejuk 20 minit. 

3. Ambil sedikit doh & bentukkan dgn kemas dlm acuan tat. Buat hingga habis & bakar dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 10min atau sampai kekuningan. Keluarkan & sejukkan sekejap.


Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese, mentega & gula aising sampai gebu. Perahkan jus oren/lemon & pukul lagi. Masukkan telur & gaul hingga sebati, kalau adunan agak berair, jgn risau ketepikan dahulu adunan sebentar (adunan cair sbb jus lemon tadi).

2. Dlm mangkuk besar yg lain, pukul cold heavy cream sampai kembang . Campurkan kedlm adunan tadi. Selepas mencampur adunan akan pekat & berkrim semula.

3. Guna piping bag dgn nozzle & paipkan inti kedalam kulit pastry yg dibakar tadi. (Ble jgk guna sudu biasa). 


4. Masukkan tart dlm oven oven & bakar selama 15 minit atau sampai inti cheese tu kembang tapi jgn sampai merekah. Apabila masak, sejukkan dulu baru paipkan coklat cair di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam.











Chocolate orange cheese tart



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...