25 Dec 2012

WHOLE MEAL SOSEJ BUN



Selamat petang semua...

Hari ni untuk tea break saya buat sosej bun lagi, sudah siapkan awal2 bahan2 yang di perlukan. Memang sedap dimakan bersama dengan sos mayonnaise...






Resepi sosej bun ni saya sudah pernah kongsikan sebelum ini di sini, cuma kali ni saya ubah sedikit resepinya, kali ni saya buat menggunakan whole meal flour. 




Sebenarnyakan, tadi saya nak keluar pergi beli tepung roti dekat kedai bakery yang saya selalu pergi, tapi rupa2nya hari ni public holiday, cuti christmas, hehe. So pegi mydin sajalah cari tepung, terjumpa whole meal flour ni yang biasa kaum india guna untuk buat roti nan, capati & sebagainya. Saya pun terfikir juga, mesti boleh gunakan roti ni, ternyata memang sedap & mengenyangkan : ) 

So apalagi, kalau berminat untuk mencuba sendiri, bolehlah lihat resepi di bawah tu k....





Whole meal sosej bun

Bahan2:
A
1 sb yis segera
175ml air suam

B
300g whole wheat  /whole meal/ high ratio flour
60g gula aising
2 biji kuning telur
20g shortening
1 sk double action baking powder
1/4 sk bread softener
1/4 sk bread improver
1 sb dried oregano
Sedikit thyme, utk di sapu atasnya

C
10 batang sosej, belah dua

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan2 A, ketepikan.

2. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan bahan2 B kecuali thyme. 

3. Masukkan campuran bahan A tadi sedikit demi sedikit ke dalam bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut. Uli selama 10 minit.

4. Kemudian, timbang & bahagikan doh kepada 20 ketulan (lebih kurang 30g setiap satu). 

5. Ambil satu batang sosej yang di belah dua, uli doh memanjang & lilitkan kemas sekeliling sosej. Lumurkan sedikit serbuk thyme atasnya & letakkan atas kertas minyak. Buat hingga habis & susun dalam periuk pengukus, biarkan kembang selama 30 minit.

6. Kemudian, kukus selama 5 - 6 minit. Angkat & buangkan kertas minyak.

7. Panaskan minyak & goreng hingga keperang-perangan, toskan minyak & hidangkan.






Selamat mencuba...





8 comments:

Rohah said...

Kira rajin ni, meroti..
dah lama akak tak meroti..tunggu angin rajin datang baru boleh jadi roti cam ni..

Amie said...

Menggoda sungguh roti sosej dia.... kalau anak-anak nampak ni mesti teruja sungguh!

Uncle Lee said...

Hi Evelyn, wow, I sure love this bun.....looks absolutely sedap best! I think 5 pieces should do me fine, with iced coffee, ha ha.

Wishing you and family the very best of seasons greetings.
Happy holidays.
Lee.

Mamasya said...

kira experiment juga nikan Evelyn cuba buat roti guna tpg atta....menjadi pula bunnya...montel2...rasa nak tlg ngap sama..hi..hi.

Shiela said...

memang enak dimakan.. pasti anak anak lyn yg chomel chomel tu suka sangat.

Nooriah Abdullah said...

salam Lyn..
nampak sngt gebus roti wholemeal tu boleh jugak akak try nnt anak2 akak pun suka ni kalau roti macam ni..

Evelyn Gemina said...

selamat malam dear all akk2 blogger, thnks sudi singgah sini : )

Kak Yang said...

Assalam.

Nak tanya, selain dikukus dan goreng, boleh tak kalau dibakar terus?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...