29 Dec 2012

OREO CHEESECAKE



Salam & selamat malam semua....

Hari ni saya buat oreo cheesecake pula atas permintaan my daughter. Kesian, dah lama dia suruh saya buat oreo cheesecake ni tapi selalu tak ada masa mau buat, so hari ni saya tunaikan permintaannya : )




Resepi oreo cheesecake ni saya pernah sharekan juga di sini, tapi di sebabkan hari ni rajin, saya akan taipkan saja resepinya di entri ni k, hehe.




Rasa puas hati bila anak2 suka dengan kek yang di baked sendiri, boleh tambah banyak kali pulak tu, hehe. So kalau teringin mau cuba sendiri, bolehlah lihat resepinya di bawah tu k....




Oreo cheesecake

Oreo base:
200g biskut oreo, dihancurkan
50g butter, cairkan

Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan base, gaul rata.

2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan bahan2 base tadi & tekan pada dasar loyang. 

3. Bakar pada suhu 160 C selama 10 minit, sejukkan.

Filling:
A
750g cream cheese
130g gula kaster

B
1/2 sb esen vanila

C
3 biji telur

D
200g whipping cream

E
15 keping biskut oreo, belah & buangkan krim

Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan2 A hingga lembut. Masukkan bahan B, pukul lagi.

2. Kemudian, masukkan bahan C satu persatu, pukul sebati.

3. Masukkan pula bahan D, pukul sebati.

4. Tuang adunan ke dalam loyang berisi base tadi. 

5. Bakar selama 5o minit atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya, tutup & simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman. 


Selamat mencuba....






15 comments:

Amie said...

Pagi Evelyn,
sedapnya oreo cheesecake... ada oreo ada cheese memang menjadik!

Rohah said...

tgk pic terus telan air liur..hehe..nak turun shah Alam lah..nak terjah ..hehe

Nooriah Abdullah said...

wah sedap sngt bila akak tengok malam2 ni kalau dpt sepotong dua potong mmg happy bangat ni Lyn..

zila norazila said...

sedap nie..akk pernah cuba buat jgk...cantik deco:)

Mimi said...

As salam Kak, saya ni xde oven, jd mcm mne caranya nak buat kek ni tanpa bakar yer??? tolong sayaaa... tq..

Anonymous said...

evelyn,

nk tanye, whipping cream tu dairy ke non dairy?sori tanye akak xtau.

Anonymous said...

ralat2..

ni akak zara.

lupe nk tulis nama td

Evelyn Gemina said...

Kak zara...
Sorry lambat reply, whipping cream tu adalah dairy cream...

Evelyn Gemina said...

Mimi...

Boleh cuba buat resepi non bake oreo cheese cake...cuba taip dkt blog nama resepi k..

Evelyn Gemina said...

Tq kak amie, kak zila, kak nooriah & kak rohah sudi singgah sini, muahhh!!!

Lulu Amani said...

mau belajar buat coz x pernah buat yg ni...asyik org bagi jak..hehehehe
mau tanya...
mcm mana mau tau dah masak?
kenan cucuk jugak ke?...mcm kek biasa tu..
(maaf bunyik soalan mcm ntah apa2 jak kan...huhu)

advance thanks
(^_^)

Evelyn Gemina said...

Sis lulu amani...

Sorry baru reply, lepas 1 jam mmg kek akan masak, bahagian tgh sudah set & lembut sedikit. Don worry sebab bila sejukkan dlm peti sejuk beberapa jam kek akan keras sendiri.

mar lia said...

sgt2 sedap dh cuba dan anak2 suka mkn sdgkan sebelum2 ni asal bt kek berasaskan cheese msti lmbat hbes...thnx evelyn atas resipi nya...

Anonymous said...

Yang atas warna putih tu ape ye?

Anonymous said...

Kak, nak tanya, kalau xde whipping cream boleh jd cheesecake gak ke? Ataupun boleh ganti whipping cream dgn benda lain?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...