12 Dec 2012

MANGO DELIGHT YOGHURT CAKE & A HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!



Selamat petang semua...

Hari ni hari yang sangat istimewa buat saya kerana dapat menyambut hari jadi yang ke 27 di tarikh yang sungguh istimewa 12.12.12 : )





Terima kasih kepada para sahabat & akak2 yang sudi bagi sweet greeting & doa untuk saya dalam fb, tqvm. Semoga dimakbulkan hendaknya, insyaallah, amin : )






So untuk tahun ni, saya buat kek bday sendiri pula, hehe. Kerajinan datang, so belek2 buku resepi jumpa resepi mango cake yang marbeles ni, memang sedap gilerr. Tak sabar nak tunggu siang baru potong, tepat pukul 12 tengah malam, saya & husband potong sama2, yang paling tak tahan siap di mainkan gitar lagu bday, hehe...tqvm honey : )






Untuk resepi cake ni, saya dah ubah sedikit ikut citarasa saya, tapi untuk memudahkan kawan2 semua untuk membuatnya, saya taipkan saja ikut resepi yang asal k. 








Mango delight yoghurt cake

Bahan2 kek:
A
6 biji telur
1 sk esen vanila
1/2 cawan gula kaster
1/2 sk garam
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak jagung
175g high ratio flour
2 sb baking powder

B
6 biji putih telur
1/2 sk cream of tartar
1/2 cup gula kaster

Cara2 membuat cake:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bersaiz 9'. Griskan dengan butter & alaskan denagn kertas minyak.

2. Satukan semua bahan2 A dalam mangkuk & gaul sebati. Ketepikan.

3. Pukul bahan2 B hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan kedalam adunan bahan2 A tadi hingga sebati.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang di sediakan. Bakar selama 40 - 45 minit. Sejukkan sepenuhnya baru di potong kepada 3 lapisan.

Filling:
2 biji mangga masak, potong kiub
150g plain yogurt
100g gula kaster
20g gelatin + 1/4 cawan air, satukan
350ml UHT whipping cream

Cara2 membuat filling:
1. Satukan mangga yang dipotong kiub, gula & yogurt dalam mangkuk. Gaul sebati & ketepikan.

2. Cairkan campuran gelatin + air tadi atas double boiler hingga gelatin cair. Satukan ke dalam adunan langkah 1.

3. Pukul whipping cream hingga pekat & satukan dengan campuran tadi, gaul rata.

4. Guna loose base tin / cake ring, ambil satu lapisan kek & tuang 1/2 adunan filling, letakkan satu lagi lapisan kek atasnya. Kemudian tuang lagi baki 1/2 adunan filling & tutupkan dengan lapisan kek yang terakhir atasnya. Tutup dengan plastik wraper & simpan dalam peti sejuk hingga filling keras.

5. Sapukan kek dengan fresh cream & hiaskan ikut kreativiti.


Selamat mencuba...







21 comments:

inahar ali said...

hepi besday wat evelyn ye..moga panjang umur dan diberi kesihatan yg baik selalu utk meneruskan perkongsian resipi yg hebat2 diblog evelyn ye..muaaaahh!! bak sepotong kek..ada lg x?

Evelyn Gemina said...

Terima kasih banyak2 kak inahar, insyaallah, amin. Boleh, ada banyak lagi ni : )

Amie said...

Happy birthday my dear Evelyn.. moga panjang umur, senyum selalu & terus rajin membaking... cantik mango delight yogurt cakie tu, nampak rapi susunan biji2 mutiara peraknya... dan satu lagi, romantiknya bila sidia nyanyi siap dengan iringan gitar ...jelezzzzzz

Evelyn Gemina said...

Tqvm dear kak amie....tq dengan sweet greeting tu, hehe. Memang tak sah kalau kahwin dgn cikgu guitar kalau tak pandai nyanyikan utk isteri sendiri kan,hehehehe...

STAR Q said...

tk kongsi

kasihredha said...

Happppppyyyyy birthdayyyyyyy...huGs

ady said...

as-salam
nice blog..i love all the recepi here..especially the cake,they look so gorgeous..btw happy besday to u...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Jeles lah bertambah-tambah cantik la kek evelyn...tak pa kak Ros tumpang jamu mata ya.

Nooriah Abdullah said...

happy busday Evelyn semoga bahagia disamping family tersayang dan kalau dekat akak nak septong kek tu sedapppppppppp sangat nampak ada manggo tu akak serender lah tak reti nak buat yg macam tu

adda syuhada said...

sedapnya...

wanie said...

Happy birthday Evelyn...semoga panjang umur n hidup bahagia selalu...!!..janan lupa hantar kek tu kat rmh akak ya..ya terliur ni..

hidayah said...

Happy birthday....cantik betul all your cakes...ada buat kelas tak?

victoria agumo said...

hello dear, belated hpy birthday.GB

Lyza said...

Hepi Besday..evelyn..

khairiah khaizu said...

semoga panjang umur Evelyn, sedapnya kek tu buat akak tak tahan je.....kawan2 akak pn tgk dh sakit jiwa, geram sgt2...hihi....akak doakan semoga Lyn terus sukses!!!

Evelyn Gemina said...

Tqvm dear all blogger fren yang sudi singgah komen & wish 4 me, tqvm, muahhh!!!

zila norazila said...

eppy bthday laling..kek cantik..no yg cantik tue kan..susah nak dapat :) smoga sentiasa heppy brsama family trcinta:)

Jamilah Buyong said...

Happy Birthday Evelyn agar d murahkan rezeki n sihat sejahtera.

Evelyn Gemina said...

Tqvm dear kak zila & kak jamilah : )

Asyifa Mustaffa said...

hepy belated besday evelyn......muda lgi ye....anak da 3 tu.....watever pun....sory lmbt smpi sini....cri link x jumpa2...hehe.....

Sedap nmpk kek tu......:-)

Evelyn Gemina said...

Tqvm dear kak asyifa : )hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...