20 Dec 2012

DURIAN CHEESECAKE



Selamat malam semua....

Nak ambil kesempatan sekejap meng'update' entri yang tertunggak ni, nampak sedap kan???hehe...




Hari2 memang sungguh busy, alhamdullillah ada saja rezeki yang datang. Tapi sebagai seorang isteri & ibu kepada 3 orang anak, confirmlah walau busy macam mana pun, pasti kerja2 rumah yang lain harus dibereskan dan tak lain tak bukan oleh saya juga, fuhh memang penat gila, mau saja ambil masa untuk bernafas sekejap, hehe.




Bagi penggemar durian, pasti akan sukakan kek yang sungguh lemak berkrim ni, saya pun tahan2 saja nafsu mau makan banyak2, erkkk seram, nnt boleh jadi belon sekelip mata, hehe.




Oklah, kepada penggemar durian cake yang telah berkobar2 semangatnya untuk mencuba, silakanlah skodeng resepi di bawah tu k : )




Durian cheesecake

Bahan base:
250g digestive biscuits, hancurkan
30g gula kaster
110g butter, cairkan

Cara2 membuat base:
1. Satukan kesemua bahan2 base, gaul rata.

2. Tekan ke dasar loyang bersaiz 9". Simpan dalam peti sejuk 1/2 jam.

Durian filling:
500g cream cheese
100g gula kaster
40g tepung jagung
200ml santan
100ml whipping cream
3 biji telur
350g puri durian

Topping:
60g susu segar
40g whipping cream
1 biji kuning telur
1 biji telur
150g puri durian
1 sb gula kaster

Cara2 membuat topping:
1. Satukan kesemua bahan2, gaul rata. Ketepikan.

Cara2 membuat filling:
1. Panaskan oven pada suhu 140 C. 

2. Pukul cream cheese dengan gula hingga lembut. Masukkan tepung jagung & pukul lagi.

3. Masukkan pula santan & whipping cream. Pukul sebati.

4. Masukkan telur, pukul sekejap. Masukkan pula puri durian, pukul sebati.

5. Tuang adunan filing kedalam loyang tadi. ratakan. 

6. Bakar guna water bath selama 1 jam. Keluarkan kek, tuang adunan topping atasnya & bakar semula selama 5 minit.

7. Sejukkan kek 6 jam baru dihidang.



Selamat mencuba...





10 comments:

Nooriah Abdullah said...

salam Evelyn..sedapnya nmpak durian cheese kek ni tapi budak2 kt umah ni tk suka kek yg ada durian, ada tak resepi lain yg se akan macam ni akak nak try heee sbb bekenan lah kat ombak2 kat atas kek tu..

Evelyn Gemina said...

K'salam kak,

Hehe, ada...ble juga akk buat resepi mango cream layer cake tapi deco cam ni : )

khairiah khaizu said...

akak tak pernah makan kek durian, teringin juga nk rasa sbb akak mmg minat buah durian.....

zila norazila said...

salam adik,
sedapnya akk kecur setiap kek yg di show disini..he hhe mcm nk rasa jew semuanya tue:)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Lyn..
Lyn,tergoda sungguh kak Naz tgk kek lyn ni...gulppp...

Norzie hany said...

Alahai sedapnya....musim durian ni,bolehlah akak cuba resepi ni nanti.

Evelyn Gemina said...

Tqvm semua akk blogger yg sudi singgah & komen2 : )

mas said...

Sedap..nya ..Lyn punya resepi kak mas nak cubala x sabarni ....minta izin resepinya tq..

Evelyn Gemina said...

Silakan kak mas : )

Anonymous said...

Evelyn. Whipping cream tu yg non dairy or uht whipping cream?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...