28 Nov 2012

MACADAMIA WHITE CHOCOLATE CAKE



Selamat malam semua, hari ni saya membaking cake pula, sebenarnya dah lama simpan bahan2 untuk buat macadamia white chocolate cake ni, tapi mau tunggu kerajinan tu datang, hehe...




Memang pening mau pikir deco untuk setiap kek yang di hasilkan, bukan saja kena sedap, presentation pun kena cantik juga, kalau tak confirm kena komen dengan juri2 di rumah ni : ) So untuk deconya, saya pun cubalah deco cam ni, alhamdullillah menjadi walaupun tak perfect lagi.







Memang layan kek ni tau, mau tunggu sejuk tu yang tak tahan : ) Resepinya pun sangat mudah sekali. Resepi kek ni saya ambil daripada buku Baking code, tapi untuk resepi sponge cakenya pula saya ikut daripada buku Fantastik cheesecake yang sememangnya menjadi resepi kegemaran saya : )




Macam2 idea yang datang masa buat kek ni, mau tukar fillinglah, span keklah, hmmm next time kalau buat lagi saya akan tukarkan filling tu jadi lagi sedap dari yang sedia ada : ) So buat masa sekarang, kalau ingin mencuba silalah lihat resepi dibawah tu k....




Macadamia white chocolate cake

Bahan2 sponge cake:
A
4 biji kuning telur
20g gula kaster

B
4 biji putih telur
100g gula kaster

C
100g tepung gandum

D
50g melted butter

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan2 A hingga kembang & gebu. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan2 B hingga kembang & bertanduk.

3. Masukkan bahan C, gaul rata.

4. Akhir sekali, masukkan bahanD, gaul sebati.

5. Tuang adunan dalam loyang 8' & bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack.

Filling:
250g whipped topping cream
50g macadamia nuts, di panggang

Cara2 membuatnya:
1. Pukul whipped cream hingga pekat & bertanduk.

2. Ambil 150g cream yang dipukul tadi & gaulkan bersama macadamia nuts.

3. Potong sponge cake kepada 3 lapisan, sapukkan filling pada lapisan pertama. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir di letakkan di atas. 

4. Sapukan keseluruhan kek dengan baki cream tadi, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

White chocolate glazing:
100g whipping cream
200g white cooking chocolate, potong kecil2
10g butter

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan whipping hingga mendidih.

2. Tuang atas white chocolate & gaul hingga sebati.

3. Masukkan butter & gaul rata.

4. Tuang glazing atas kek yang di sejukkan tadi. Hiaskan. Sejukkan 3 jam sebelum di hidang.


Selamat mencuba...





11 comments:

zila norazila said...

hi dear ..
amboiii sedapppp2x..wt akk kecur nie..deco simple tp cantik..:) i like

Norzie hany said...

Cantiknya deco kek ni...nak makan pun sayang.

saifudin said...

Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

Ctnaemah said...

evelyn sayang..sedapnya MWCC ni..nanti akak nak try jugak laa.

Lyza said...

salam evelyn..salam perkenalan ye. Suka tgk kek2 kat cni..semua cantek2..

may agumo said...

wow lyn.. cantiknya deco kek ni.. superb.. :)

lina_pg said...

Hasil tangan Evelyn memang sangat mengujakan..kite berjumpa di fes buk dulu hehehe..Akak follow blog EG lak

Jamilah Buyong said...

Sedappp....nyaaa...

Diok Moelbert said...

cantiknya.... :-)

Connie Wong said...

Cantik sangat kek ini. Nak tanya, recipe kek ini tak guna air?

Mayang ABDUL RAZAK said...

salam kenal.. sangat cantik kek ni... camne wat daun tu ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...