22 Oct 2012

YAM CREAM CAKE



Selamat malam semua...

Hari ni sekali lagi saya buat kek, kali ni buat birthday kek untuk my sister in law pula : )




Untuk kek ni, my sister in law request mau yam kek pula. So seperti biasa, kalau ada family yang menyambut birhday di rumah saya, memang menjadi tugas sayalah jadi tukang buat keknya, sudah tak pernah beli kek di luar lagi, semua buat sendiri, ermmm ada baiknya jugak kan sebab lagi jimat & puas hati dengan hasilnya : )






Resepi kek ni pun saya ambil daripada buku 'Baking Code'. Memang dah banyak resepi dalam buku ni yang saya cuba, semuanya best2 belaka : )




So seperti biasa, kalau ingin mencuba sendiri resepi ni, silalah rujuk resepinya di bawah tu k : )






Yam cream cake

Bahan2 sponge cake:
A
4 biji kuning telur
16g gula kaster
1/2 sk esen vanila

B
4 biji putih telur
100g gula kaster

C
100g tepung gandum

D
50g corn oil

Cara2 :
1. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.

3. Satukan bahan A yang di pukul tadi dengan bahan B hingga sebati.

4. Masukkan bahan C, gaul sebati. 

5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul hingga sebati.

6. Tuang aduan ke dalam loyang 2o cm yang telah di griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.

7.  Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit . Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Filling:
160g yam ( di rebus & di lecek)
30g gula aising
160g fresh cream
1 sk pewarna makanan warna ungu

Topping & decoration:
160g fresh cream
1 sk pewarna makanan warna ungu

Cara2 membuat filling & menghias kek:
1. Satukan bahan2 filling & pukul hingga kembang & sebati.

2. Ambil sponge cake, potong kepada 3 lapisan. Letakkan lapisan yang pertama, sapukan 1/2 adunan filling. Letakkan pula lapisan kek yang kedua & sapu baki filling tadi. Tutup dengan lapisan kek yang terakhir. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat topping.

3. Pukul bahan untuk topping hingga pekat & bertanduk.

4. Keluarkan kek, sapukan kemas di atas & sekeliling kek dengan topping yang di pukul tadi. Hiaskan ikut kreativiti.

5. Sejukkan 30 minit sebelum di hidang.


Selamat mencuba....







4 comments:

JaSSNaNi said...

lawaaaaaaaaaaanya... teror betul.. nampak kemas sangat kek ni.. kat bahagian dlm pun cantek.. tak comot langsung bila potong... syabasss!!

Melly Octaviana said...

Mantap sis cake nya. pasti SIL nya happy yah di buatin cake sendiri.. ;)

Rohah said...

salam..
semakin kreatif Evelyn ni..selamat maju jaya...kek yam ni mesti sedap, akak suka yg ada perisa keladi..harum je baunya,,

Nurul Aleyssa Geoffrey said...

assalam,nak tanya aduanan resepi utk berapa kg??terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...