29 Oct 2012

YAM & CHEESE SWISSROLL



Selamat malam semua....

Hari ni saya ber'experimental' lagi di dapur. Kali ni try buat swissroll versi cheese berintikan yam pula.





Fuhh memang terbukti sedap hasil gabungan cheese & yam ni. Tentu kawan2 perasan swissroll saya tak kemas intinya kan???hah sebab tak pandai sabar, baru 1 jam di sejukkan sudah di potong, sampai terpatah swiss roll tu masa saya menggulung, fuhhh memang menguji kesabaran, hehe....




Untuk resepi kek spannya saya ambil dari resepi cream cheese swiss roll saya. Untuk inti pula, saya ubah suai sedikit ikut citarasa. So untuk resepi macam biasa boleh lihat di bawah tu k : )





Yam & cheese swiss roll
Kek span:
A
60g susu segar
50g cream cheese

B
25g minyak jagung

C
65g tepung superfine, diayak

D
6 biji kuning telur
8g gula kaster
Secubit garam

E
3 biji putih telur
55g gula kaster

Cara2 membuat span kek:
1. Sediakan loyang segiempat bersaiz 12 x 12 cm. Griskan semua permukaan & alaskan dengan wax paper. Ketepikan.
2. Masak bahan2 A guna double boiler hingga cheese cair. Matikan api, masukkan bahan B, gaul sebati.
3. Masukkan pula bahan C, gaul lagi. Masukkan bahan2 D sedikit demi sedikit, gaul sebati.
4. Kemudian, pukul putih telur dari bahan E hingga berbuih, masukkan pula gula, pukul hingga bertanduk.

5. Ambil 1/2 adunan putih telur tadi, kaup balikkan perlahan-lahan kedalam adunan cheese, ulang hingga semua adunan putih telur siap dikaup balikkan bersama.

6. Tuang aduan kedalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaannya.

7. Bakar pada suhu 160C selama 10 - 15 minit. Bila kek span masak, terbalikkan atas wire rack yang beralaskan wax paper. Sejukkan sepenuhnya.


Yam filling:
160g yam (rebus & lenyekkan)
30g gula aising
160g fresh cream
2 sk yam paste

Cara2:
1. Pukul semua bahan2 filling hingga kembang & pekat.

2. Sapukan rata yam filling atas span kek tadi, gulung perlahan2 & bungkus. Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam baru di potong. 


Selamat mencuba...



3 comments:

zila norazila said...

sedap nampak tu dik..klu akk pun x pandai nk sabar..dh siap lps tu mmg trus nk mkn hehhe

rahel said...

bikin baliur jak tengok kek gulung ni...

Bicara Kak Noor said...

cantik pasti sedap ni nampak sangat lembut nya tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...