31 Oct 2012

MASCARPONE TIRAMISU CAKE



Selamat malam semua...

Hari ni hujan memanjang seharian, fuhh sejuk sekali : ) Tapi tetap juga saya teruskan dengan projek membuat tiramisu cake saya, mau cuci tangan pun air yang keluar dari paip macam air sejuk, hehe...





Resepi tiramisu cake ni saya gabung daripada dua buah buku, untuk coffee sponge cakenya saya ambil daripada buku resepi "Baking code' & untuk fillingnya pula daripada buku "Fantastic cheesecake".





 Saya memang puas hati sangat dengan hasilnya walaupun saya ni sebenarnya tak suka dengan apa2 makanan yang berperisa kopi sebab saya memang tak suka minum kopi, hehe. Ok macam biasa resepinya lihat di bawah ya....




Mascarpone tiramisu cake

Coffee sponge cake:
A
4 biji kuning telur
16g gula kaster
1/2 sk esen vanila
1 sb coffee paste

B
4 biji putih telur
100g gula kaster

C
100g tepung gandum

D
50g corn oil

Cara2 :
1. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.

3. Satukan bahan A yang di pukul tadi dengan bahan B hingga sebati.

4. Masukkan bahan C, gaul sebati. 

5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul hingga sebati.

6. Tuang aduan ke dalam loyang 2o cm yang telah di griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.

7.  Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit . Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Filling:
A
2 biji kuning telur
50g gula kaster

B
1 sb gelatin
35g air

C
250g mascarpone cheese

D
150g whip cream, dipukul

Cara2 membuat filling:
1. Gaul bahan2 A atas double boiler hingga pekat.

2. Kemudian, satukan bahan B, cairkan atas double boiler. Campurkan dengan bahan A tadi, ketepikan.

3. Pukul bahan C hingga lembut. Satukan kedalam adunan tadi. Kemudian, masukkan pula bahan D, kaup balikkan hingga sebati.

Coffee syrup:
80g air
40g gula kaster
2 sb serbuk kopi segera

Cara2 membuat syrup:
1. Masak air dan gula hingga mendidih.

2. Kemudian, masukkan serbuk kopi. Kacau sebati. Sejukkan.

Cara2 menyusun kek:
1. Potong kek kepada dua lapisan.

2. Letak satu lapisan kek atas cake board, lembabkan dengan coffee syrup. Sapu filling atasnya. 

3. Kemudian, letak pula lapisan kek yang kedua, sapu lagi baki filling, tutup & sejukkan selama 3 jam. 

4. Taburkan serbuk koko atasnya & hiaskan.


Selamat mencuba...





5 comments:

Asyifa Mustaffa said...

asyik snggh tgknya.....

Evelyn Gemina said...

Tqvm sis : )

Anonymous said...

Kak, nk tmpl biskut tepi2 tu gune ap ek? -nina

Evelyn Gemina said...

Hi nina, guna sponge finger k..

nurul higrah said...

hai sis nak tanya. rasa dia bila dah jadi pahit ke? and ble tak coffee tu change kpd nescafe?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...