27 Oct 2012

CHOCOLATE MARBLE CAKE




Selamat tengahari semua...

Dah nak habis kek ni baru saya mau update resepinya, sorryyy, hehe...

Resepi ni saya ambil daripada buku 'Chocolate love' by Elisabeth Siahaja. Sebenarnyakan nama resepi ni 'Chocolate zebra layer cake' tapi di sebabkan saya tak buat layer cam zebra maka saya pun ubahlah namanya : ) 


Saya tak sempat mau ambik gambar banyak2, dua gambar ni saja yang ada, maaf ya. So kalau ingin cuba resepi ni bolehlah lihat resepinya dibawah tu k....




Chocolate marble cake

Bahan2:
A
330g putih telur (lebih kurang 6 biji telur gred A)
170g gula kaster
25g ovalett
1 sk esen vanila
Secubit garam

B (ayak bersama)
150g tepung superfine
8g baking powder

C
110g unsalted butter 

D (satukan)
100g coklat masakan, dicairkan
20g chocolate paste
50g susu pekat

Cara2:
1. Pukul bahan C hingga kembang & lembut. Ketepikan. Pukul pula bahan2 A hingga kembang & pekat.

2. Masukan bahan B kedalam bahan A yang dipukul tadi, gaul rata.

3. Masukkan pula bahan C & gaul perlahan2 hingga sebati.

4. Campurkan 2/3 adunan dengan bahan D, 1/3 adunan lagi biarkan plain.

5. Kemudian, masukkan adunan berselang seli kedalam loyang bulat bersaiz 9' yang telah digris & dialaskan dengan kertas minyak.

6. Bakar pada suhu 160 C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.


Selamat mencuba...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...