23 Sep 2012

HOW TO LINE A BAKING TRAY

Gud mornin' everyone....

Hari ni saya nak share pula cara2 untuk melapik kertas minyak dalam loyang. Teknik ni saya biasa guna sebelum membakar kek supaya mudah untuk mengeluarkan kek tu bila sudah siap dimasak, hasilnya kek pun jadi cantik tak berkedut2 kesan daripada lipatan kertas mintak yang tak rata & paling penting mudah untuk di keluarkan dari acuan.

Teknik ni boleh juga digunakan untuk loyang segiempat, cuma potong & ikut saiz lebar & tinggi loyang yang digunakan. Semoga teknik ni sedikit sebanyak dapat membantu kawan2 semua ya : )


Lining a baking tray & preparation:

1. Letakkan loyang diatas kertas minyak & tekap bentuk loyang guna pensil. Guntingkan ikut bentuk. Ketepikan.




2. Griskan keseluruhan acuan dengan butter atau marjerin.




3. Ambil kertas minyak, potong memanjang selebar 11cm.




4. Lipatkan separuh.




5. Kemudian, lipatkan lagi separuh.




6. Potong sedalam 2.5cm di bahagian bawah & buka lipatan.




7. Susun kemas dalam loyang yang telah digris tadi.




8. Ambil kertas minyak yang di potong bulat tadi (langkah 1). Letakkan ditengah2 loyang (griskan sedikit disemua sudut supaya mudah melekat).




9. Loyang sedia untuk digunakan.






8 comments:

Norzie hany said...

Nice info...tq for sharing.

Chik Mimi said...

salam
thanks for the info

Ayu said...

nice.. samalah kita... lbih kurang je.. cuma saya gunting serong. dah terbiasa lecturer ajar dulu..

Melly Octaviana said...

thanks for sharing dear.. ;)

Azie said...

ilmu yang sangat berguna. Terima kasih

rahel said...

Ilmu yang sangat berguna....sama cara kita Evelyn,tapi kdg klu malas....dasar loyang jak yg saya letak kertas minyak....

Evelyn Gemina said...

Sama2 & thnks semua ya sebab sudi komen & bagi pendapat, tqvm : )

Sally Rashid said...

saya sama ngan rahel..selalu malas..lapik bawah jer..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...