21 Sep 2012

DEVIL'S CHOCOLATE CADBURY FOOD CAKE



Assalammuallaikum & selamat malam semua....

Apa khabar hari ini, semoga ceria saja hendaknya ya : ) Well, hari ni saya membaking lagi, hari ni datang mood nak merasa kek coklat pulak, so kek yang menjadi pilihan adalah kek devil's food cake, tapi kali ni saya lapis intinya dengan coklat cadbury, nyummmmyyyy!!! Nikmat tak terkata, keknya yang sungguh lembut & sooo chocolaty : )








Puas hati saya dapat makan kek ni, tak sia2 bersabar dengan prosesnya yang panjang lebar, hehe. Kalau kawan2 semua suka makan kek coklat, hah saya syorkan cuba resepi ni tau, memang meletopp, tapi kalau on diet tu makanlah sedikit saja : ) 






Oklah, kepada yang ingin mencuba, silalah tengok resepi dibawah tuuu....selamat mencuba!!!




Devil's chocolate cadbury food cake

Ganache:
454g dark chocolate, dicincang
2 cawan fresh cream
56g butter 




Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan fresh cream dalam saucepan hingga mendidih. 

2. Letakkan coklat yang di cincang kasar kedalam bekas tahan panas.

3.Tuang fresh cream atas coklat tadi, biarkan sebentar selama 3 minit tanpa digaul.

4.. Gaul perlahan2 hingga semua coklat cair & masukkan butter, gaul lagi. Tutup & biarkan semalaman atau sejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam.

Kek:
170g butter 
227g superfine flour
2 cawan brown sugar 
2 sk esen vanila
3 biji telur gred A
3/4 cawan high quality cocoa powder
1 1 /4 sk baking soda
1 sk baking powder
1 1/2 cawan buttermilk 
1/4 cawan mayonnaise
30 biji dairy milk cadbury chocolate





Persediaan: Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan 3 loyang bersaiz 8', griskan & alaskan dasar dengan wax paper. 

Cara2 membuat kek:
1. Ayak bersama tepung, soda, baking powder & serbuk koko.

2. Pukul brown sugar, vanila & butter hingga ringan & lembut.

3. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.

4. Kemudian, masukkan campuran tepung & buttermilk berselang seli, pukul sebati.

5. Masukkan mayonnaise kedalam adunan tadi.

6. Kaup balikkan mayonnaise hingga sebati.

7. Tuang adunan sama rata kedalam loyang yang disediakan. Bakar pada suhu 160 C selama 20 - 30 minit.

8. Apabila kek masak, rehatkan kek dalam loyang selama 10 minit baru sejukkan atas wire rack.

Cara2 menyusun kek:
1. Letakkan kek atas cake board (trimkan kek jika tidak rata). Kemudian letakkan cake ring (optional).

2. Sapukan 2/3 ganache atas kek, susunkan coklat cadbury atasnya. .




3. Kemudian ulang semula proses tadi hingga lapisan kek yang terakhir diletak di bahagian atas. 




4. Sapukan keseluruhan kek denganlebihan ganache. Hiaskan ikut kreativiti.



Selamat mencuba....






11 comments:

zila norazila said...

seem sedappp banget nie.:)..klu kasi kat akk sure habis berpotong2 nie..ha hhaaa.dh tgh2 malam nie rasa lapar.:)

Azie said...

Wow, meleleh air liur pagi pagi melihat lelehan coklat tu

Anonymous said...

knpa taruk mayonise?

Evelyn Gemina said...

Thnks kak zila & kak azie : )

Evelyn Gemina said...

Mayonnaise tuk utk extra moist...

Bae said...

hi Evelyn,

thanks for this lovely recipes, by the way, if u put this cake in the fridge will the cake and ganache gets harden like rock bcos it contains butter?definitely will try it anyway. TQ

Evelyn Gemina said...

Hi Bae, sorry for late replying, that is such a gud question,i suggest u to keep the cake on room tempt, exactly like u said, it will harden but still u can chill it up buat always leave it on room tempt. at least 1/2 an hour before serving,tq : )

Anonymous said...

Eve i dapat ilham nak cuba cake u nie... harap harap jadi...hehehe

Eve, butter nak guna utk ganache dgn utk cake nak guna butter brand ape baru sedap ? unsalted ke atau salted?

Boleh ke saya guna Blue key self rising flour utk kek ni ?
Dan buttermilk kena buat sendiri ke, tak jual kat kedai ke ?

Harap Eve tunjuk ajar kat waani...
thanks eve

Evelyn Gemina said...

Hi waani, sory baru reply..

1.Untuk butter saya biasa guna buttercup (salted)
2.Ble juga kalau ingin guna self raising flour, skipkan baking powder & tambahkan saja sukatan soda k.
3.Buttermilk kalau xda ble buat sendiri...1 1/2 cup fresh milk /susu cair + 2sb cuka, gaul & biarkan 5 min baru diguna.

Sarifah Norziani said...

Terliurnye tgk kek ni.admire sgt.......x tau bile nk wt.kalo dkt dh lama dh order.

Anonymous said...

hai evelyn....sngt mnyelerakn tngok tu kek...klau bahagikn adunan kpd 3 loyang tu...masak mesti serentak ka atau bole satu per satu....maklum la oven muat untk satu loyang ja...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...