26 Aug 2012

MARBLE CHEESE TART


Salam semua.....

Wah dah berhari2 tidak meng'update' entry ni, maklumlah dilanda kesibukan berhari raya, mesti anda semua juga begitu kan??hehe.... Hari ni saya & suami berpuasa dengan niat menggantikan puasa yang tertangguh, so untuk dessert berbuka hari ni saya sediakan pula menu marble cheese tart, lama tak makan cheese tart, teringinlah pulak mau buat : )



Resepi marble cheese tart ni saya ambik daripada buku resepi 'Baking Code', resepi daripada chef Alex Goh. Memang sedap cheese tart ni tau walaupun marble yang saya buat tu huru hara sedikit, hehe. Biasalah kalau berpuasa ni, teknik lari sikit : ) Oklah, kalau berminat untuk mencuba resepi ni, silalah salin resepi dibawah tu ya, selamat mencuba...




Marble cheese tart

Bahan2 pastri:
A
200g butter
120g gula aising

B
1 biji telur

C
420g plain flour
1 sb susu tepung

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul bahan A hingga lembut. 

2. Masukkan bahan B, pukul lagi.

3. Masukkan pula bahan C, uli hingga menjadi doh.

Bahan2 inti:
A
250g cream cheese
60g gula kaster

B
1 biji telur

C
50g whipping cream

D
1 sb susu tepung
15g coklat, dicairkan

Cara2 membuat inti:
1. Pukul bahan2 A hingga lembut. Masukkan bahan B & pukul lagi.

2. Masukkan pula bahan C, pukul sebati.

3. Ambil 60g adunan tadi & satukan dengan bahan2 D, gaul sebati. Ketepikan.


Cara2 membentuk pastri & membuat marble:




1. Ambil sedikit doh pastri, bulatkan & letak dalam acuan.

2. Tekan guna ibu jari & ratakan disekeliling acuan tadi.

3. Bentukkan kemas doh & trimkan lebihannya.

4. Guna garfu, cucuk bahagian bawah untuk mengeluarkan udara (supaya bila pastri dibakar tidak mengelembung).

5. Bakar pastri separa masak pada suhu 160 C selama 10 - 15 minit. 

6. Isikan inti cheese tadi.

7. Paipkan campuran bahan2 D seperti dalam gambar.

8. Guna chopstick atau apa2 saja yang sesuai, lorekkan inti hingga menjadi bentuk marble (rujuk gambar). Bakar lagi pada suhu 160 C selama 15 - 20 minit guna api bawah sahaja. Sejukkan.




Selamat mencuba....



5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Hi evelyn, salam aidil fitri.Sedapnya tart.

rahel said...

Salam Evelyn...
rindu sama kamu...itu biskut raya masih ada ka? hehe...cantik ko punya cheese tart..

Evelyn Gemina said...

Salam dear kak ros & kak Rahel....wah saya pun rindu sama kamu semua, biskutnya sudah lama pupus (padahal blm abis raya) maklumlah semua macam piranha, hehehe....

Anonymous said...

salam kak... sy nak tnye.. kalu kita cucuk gne garfu tu, letak inti tak kan tumpah ke bawah ke sampai kene acuan?

~sya~

Evelyn Gemina said...

K'salam sya...insyaallah inti tak tumpah, bila dah pre baked nnt, pastri akan mengembang,tujuan menyucuk dgn garfu supaya xda gelembung udara yang terperangkap dlm pastri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...