Selamat pagi semua....
Sebelum saya memulakan rutin harian, saya mau kongsi dulu resepi biskut kegemaran saya iaitu snowy suji, hmmm tak sah raya kalau tak ada ni : )
Kalau dulu masa beraya di kampung halaman ada satu biskut yang menyerupai rupa biskut suji ni yang kitaorang panggil disana biskut jintan, memang meletup, cuma rasanya ada sedikit perbezaan sebab biskut suji ni menggunakan cornflake & nestum dalam adunannya, tapi saya cukup suka biskut2 yang bersalut susu tepung ni, hehe...
Rasa biskut ni memang sedap sebab bila di gigit teksturnya rangup & ringan, makan pun tak pandai berhenti, hehe. Kalau buat sendiri di rumah bolehlah salut biskut ni dengan extra susu tepung, kena bagi betul2 nampak macam snowy gitu : )
Oklah kita tak payah cerita panjang2, kalau berminat mau cuba, silalah lihat resepi di bawah tu ya sambil cuci2 mata melihat promosi tempahan kuih raya saya, kalau berminat ingin membuat tempahan, boleh pm saya dalam fb k, chaw dulu : )
Biskut snowy suji
Bahan2:
A
150g minyak sapi
100g butter
100g gula aising
1 sk esen vanila
1 biji kuning telur
B
50g cornflakes
50g nestum
100g tepung suji
100g tepung jagung
C
280g tepung gandum
D
Susu tepung untuk menyalut biskut
Cara2:
1. Pukul bahan2 A hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 B sedikit demi sedikit kedalam adunan, gaul rata.
3. Kemudian, masukkan bahan C & uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Canai doh 1/2 cm tebal & terap guna penerap biskut yang di sukai. Susun atas dulang pembakar.
5. Bakar pada suhu 160 C atau hingga masak selama 10 - 15 minit. Biarkan biskut hingga suam & salutkan dengan D. Simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba...
12 comments:
wah semakin rancak yea dia kuarkan satu persatu biskut raya...jelas tul la tgk..smoga bertambah rezki sempena raya ni yer...
betul cakap QH..semakin rancak c Evelyn keluarkan satu persatu resepi biskut raya..dan harus ditry jugak ni..
Slmt berpuasa Evelyn.dah berderet biskut raya....semua nampak sedap...esp biskut snowy suji
slmt menyiapkan tempahan biskut raya..
Selamat petang kak QH, kak Rahel & mamasya, iya semakin busy sya membuat biskut raya ni, dan sambil2 share resepi untuk dicuba,hehe...
frrrllpp...(hehe...membayangkan salutan susu bila mula masuk mulut)..nampak biskut2 camni membuatkan akak rasa nk cuba je.akak suka gak biskut salut2 susu tepung, sedap sangat..lemak2 gteww
hai adik akk,
he hee amboii mesti bz nie..biskut kamu semuanya sedap2..x tau yg mana satu akk nk cuba buat nie..raya nie akk nk dtg umah tau:)
hi evelyn...
salam kenalan ye.. nampak pos evelyn ni fb terus masuk sini.. wah nampak sedap2 cookies yg evelyn hasilkan.. mohon ambil resepinya ye... TQ sudi berkongsi resepi..
Salam kak rohah, hehe sama la kita suka biskut yg bersalut susu, yummy, hehe...
Salam kak zilaku cayanggg, hehe...sila2lah cuba yang mana berkenan & senang, jemput2 datang sambil tolong buat biskut ya : )
Salam kak madihaa & selamat berkenalan juga, silakan ambil resepinya...jgn lupa cuba tau : )
Salam kenalan . Mohon share plz. T'aceh.
Salam perkenalan jgk...silakan share : )
Post a Comment