Selamat malam semua....
Hari ni saya mau kongsi satu lagi resepi kuih raya kegemaran iaitu kuih makmur. Hari ni kebetulan ada kawan yang mau order, so saya selitkanlah sekali resepinya sebab ada yang minta sejak beberapa hari yang lalu, sorry sebab baru sekarang dapat share dalam blog ya : )
Resepi kuih makmur yang saya mau kongsi ni adalah versi makmur dari Sabah ya, sebab setelah 8 tahun saya stay di shah alam ni, memang berbeza sekali rasa & cara pembuatan kuih makmur di semenanjung berbanding di Sabah. Kalau di sabah, biasanya memang kuih makmur akan dibentukkan bulat macam ni & tepungnya di sangai terlebih dahulu, supaya teksturnya lebih gebu & sedap gituuu : )
Tapi terpulang kepada citarasa masing2 jugaklah kan, kalau saya semestinya resepi kuih makmur ni yang menjadi kegemaran : ) Oklah, kalau teringin mau cuba kuih makmur versi sabah ni, sila2lah lihat dibawah tu ya, selamat mencuba....
Kuih makmur
Bahan2:
A
1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu
400g minyak sapi
B
500g kacang tanah, di goreng & di tumbuk kasar
200g gula kaster
C
200g susu tepung
250g gula aising
Cara2:
1. Satukan bahan A hingga menjadi doh.
2. Dalam bekas lain, satukan pula bahan B. Bentukkan bulat doh tadi, leperkan sedikit, masukkan sedikit inti kacang, bulatkan lagi kemas. Susun atas dulang pembakar.
3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15 - 20 minit.
4. Angkat & biarkan suam, salutkan dengan bahan2 C. Simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba...
10 comments:
Mmm my feberet la Evelyn.... Nnt M nak try la...
saya minta izin copy resepinya ya..
terima kasih,Evelyn.
Ada lain versi ye Evelyn... Kak Amie ingat sama saja, sebab tak pernah buat, tapi suka makan. Sedap ni... pecah dimulut opsss cair di mulut!
biskut makmur ni mmg best, dulu masa I kerja ada sorang rakan sabahan yang suka buat biskut versi sabah ni mmg sedap.
Kacan tu nak kena goreng guna minyak or tanpa minyak? kalau goreng guna minyak so kena buang kulit dulu lah sebelum tumbuk tu ya?
hi evelyn. nak tanya susu tepung you guna brand apa yang sedap. thanks
Salam semua kepada yang sudi berkunjung & tinggalkan komen, sorry sebab baru ada masa me'reply : )Kacang untuk inti tu, kena goreng guna minyak dulu baru kupas kulitnya supaya senang nak kupas. Unutk susu pula, saya guna jenama nespray & everyday...pada yg nak copy paste resepi, silakan : )
Hі there to all, the contents present at thiѕ webѕite are really remarkable for people expеrience, well, keep up the nіcе work fellows.
Feеl free to surf to my web site :: payday loan
Hаѵing reаd this Ι believeԁ it was
rеаllу infoгmatiνe.
Ι аpрrеciate you finding thе time аnd
еffort to put thіs short artісle together.
I оnce agаіn finԁ myself personally spending a lot of timе
both reading and cοmmenting. But so what, іt waѕ still ωοrth it!
Feеl free to visit my site - Payday Loans
Haνe you evеr thought about addіng a little bit morе
than ϳust youг artiсles? I mean, what you ѕаy
is fundamentаl and еvеrything.
Neverthelesѕ think of if уοu added some great graphics
or videos to give your posts more, "pop"! Your contеnt іs ехcellеnt but with piсѕ аnԁ clips, this blоg could
ԁefinіtely bе one of the greatest іn its fielԁ.
Terrific blog!
Also visit my websitе ... Same Day Payday Loans
Post a Comment