25 Jul 2012

BROWNIES LAYERED WITH CHEESE


Selamat malam & selamat berbuka puasa semua...


Hmmmm dah kenyang perut ini, syukur alhamdullillah berjaya mengharungi puasa yang ke 5 pula hari ini. Petang tadi saya buat kek ni pula, sebab mak mertua request nak makan, tak tahan asyik buat kuih raya saja, hehe...




Ni kira kali kedua saya buat kek ni sebab masa buat kek yang pertama dulu tak menjadi sangat sebab saya guna loyang yang rendah, so melimpah keluar adunan keknya tu, hmmm bijak sangat, hehe...




Kawan2 semua, kita cuci2 mata saja tengok kek ni ya sebab tak sempat mau ambik gambar kek yang sudah dipotong, lain kali saja k, hehe....


Oklah, resepinya ada dibawah tu, kalau mau cuba, ambik saja resepinya ya : )




Brownies layered with cheese

Adunan brownies:
A
200g butter
200g dark chocolate
B
170g gula aising
4 biji telur 
1 sk esen vanila
C
170g tepung gandum
30g serbuk koko

Cara2:
1. Cairkan bahan2 A guna double boiler. Ketepikan.

2. Pukul bahan2 B hingga kembang. Ayak bahan2 C & masukkan dalam adunan B tadi, gaul guna hand whisk.

3. Kemudian, masukkan bahan2 A tadi, gaul hingga sebati.

Adunan cheese:
250g cream cheese
60g gula kaster
25ml air
1 biji telur

Cara2:
1. Pukul semua bahan2 adunan cheese kecuali telur hingga kembang.

2. Masukkan telur, pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.

Cara2 melapis:
1. Panaskan periuk untuk mengukus. Sediakan loyang bersaiz 8'', griskan & alaskan dasarnya dengan wax paper.

2. Tuangkan 1/2 aduanan brownies tadi, tutup atas loyang dengan aluminium foil, kukus selama 15 minit guna api sederhana.

3. Kemudian, tuang pula adunan cheese & kukus lagi 15 minit.

4. Akhir sekali, tuangkan baki aduanan brownies & kukus lagi selama 20 minit. Bila kek sudah masak, angkat & sejukkan sepenuhnya atas wire rack.


Selamat mencuba....




10 comments:

Qasey Honey said...

ini tidak adil sbb xde gmbo kek tu dpotong...hehe...nk cuba nti...sbb brownies2 ni akak suka..

Mamasya said...

Brownies layer cheese....nengokpun dah tahu sedap...yummm....tumpang jamu mata....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sah-sah sedap la ni.

zila norazila said...

kenapa x potong nie?..ha hahaa akk nak sikit..kecurr sudahh nie:)

rahel said...

wawaaa...
rindunya sy mo mkn ni brownies lapis cis...
banyak sudah resepi kek ko ni yg kumau try..tunggu masa jak ni..

Evelyn Gemina said...

Salam semua akak blogger yang disayangi...selamat berpuasa & selamat menerai kalau suka : )

rahayu alias said...

dear..nampak menyelerakan..terbaik..

amoi amoi said...

Sis klu x nak kukus, nak bakar boleh tak?

Evelyn Gemina said...

Thnks kak ayu :)

Evelyn Gemina said...

Sis amoi, bakar nnt kek kering..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...