23 Jul 2012

BISKUT DAHLIA


Salam & selamat petang semua....


Bertemu lagi kita dengan satu resepi biskut raya yang cukup dikenali ni iaitu biskut Dahlia atau ada sesetengah orang panggil biskut semperit.....




Sementara ada masa ni, saya mau curi2 update entri yang sudah basi sejak beberapa hari, hehe. Memang sibuk giler buat kuih tempahan di bulan ramadhan ni, alhamdullillah. Kalau dapat lelapkan mata 10 minit pun jadilah, penat tak terhingga, apa2 pun kesihatan harus diutamakan kan??hehe....




Oklah, disebabkan saya pun tak dapat mau cerita panjang2, maka marilah kita teruskan dengan resepi biskut dahlia ni ya, selamat mencuba: )








Biskut dahlia

Bahan2:
225g butter
100g gula aising
1 biji kuning telur
1/2 sk esen vanila
60g tepung jagung
110g tepung kastard
190g tepung gandum
Ceri merah untuk hiasan

Cara2:
1. Pukul butter & gula aising hingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & vanila, kacau rata.

3. Ayak semua tepung & masukkan dalam adunan butter yang di pukul tadi sedikit demi sedikit.

4. Pamkan dalam dulang pembakar guna acaun dahlia. Letakkan potongan ceri merah atasnya.

5. Bakar pada suhu 160 C selama 10 - 15 minit.

6. Sejukkan sepenuhnya & simpan dalam bekas kedap udara.





Selamat mencuba....




5 comments:

adda syuhada said...

biskut ni mmg salah satu peberet raya ni..adda pggil biskit semperit dahlia..kena yang lembut tu sedap jer bila masuk mulut..nk mintk copy resepi la yer..nk gk buat sendiri tahun ni..

Evelyn Gemina said...

Salam adda syuhada, silakan ambil resepinya, selamat mencuba ya : )

Qasey Honey said...

sgt comeiii n cantik biskut dahlia tu...mmg sedap biskut ni...lagi2 bile cair dimulut...

khairiah khaizu said...

cantiknye biskut tu....akak suka biskut nie sedap sbb lembuttt je...

Anonymous said...

Cantik kelopak bunganya, blh saya tau acuan apa yg digunakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...