12 Jun 2012

PISANG GORENG CHEESE


Selamat petang semua....

Tengah buat apa tu??? Sudah minum petang ka??? Hari ni untuk minum - minum petang saya buat pisang goreng cheese ni pulak. Sebenarnya resepi pisang goreng cheese ni berasal dari hometown saya, tawau, sabah, memang resepi ni tengah glamour dekat sana, dalam 2 tahun yang lepas masa last time saya balik tawau, memang saya ada rasa pisang goreng cheese ni tapi dah lupa macam mana rasanya, tu yang nak buat balik pisang goreng ni, nak cuba buat sendiri. Fuuhh memang sedap, tak percaya boleh buat sendiri di rumah, dah lesap dari tadi, hehe .....


Saya ni kalau ada teman memasak dirumah, memang terus rajin jadinya, tak kisahlah adik kandung ka, adik ipar ka, mak mertua ka, jiran sebelah ka, janji ada kawan main masak2, hehe. Kebetulan adik saya cuti panjang so adalah peneman saya main masak2 & kehulu kehilir jalan2 cuci mata, memang tak boleh diam, hehe.


Kawan2 & akak2 semua nak tahu, pisang goreng ni memang sedap kalau dimakan panas2, bila cheese & gula perang tu cair, fuhh memang lupa dunia sekejap, hehe. Saya siap tabur extra cheese lagi, memang buat ketagih betul, tapi kena beringat jugak, tak pasal2 nanti badan jadi macam belon, haha...

Oklah semua, jangan tak cuba tau, memang sedap di jamin puas hati (kalau tak berdietlah), hehe....Untuk resepi ni, kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak, doublekan saja resepi tu ya. Jom kita lihat bahan2nya....


Pisang goreng cheese

Bahan2:
1 sisir pisang abu, belah separuh
200ml air
120g tepung gandum
25g tepung beras 
50g marjerin
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam halus

Bahan taburan:
Gula perang
Cheddar cheese, diparut

Cara2:
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam blender. Blendkan hingga sebati & hancur.

2. Tuang dalam mangkuk yang dalam. Celupkan pisang dalam adunan.

3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan pisang tadi satu persatu & goreng hingga kuning keemasan, angkat & toskan minyak.

4. Letak pisang atas pinggan, tabur gula perang & cheddar cheese atasnya. Hidangkan panas2.

Selamat mencuba...


11 comments:

Mamasya said...

Salam Evelyn. pisang goreng mmg sedap tambah lagi dg cheese lagilah 2x sedappp......

Qasey Honey said...

wah mnarik ni...lum penah cuba lgi ni...tentu sedap ni..

Evelyn Gemina said...

Salam mamasya, kalau dah sedap tu, mesti lebih 2 kali menternak lemak, hehehehe....

Evelyn Gemina said...

Hi kak QH, cuba jgn tak cuba, sedap hingga menjilat pinggan, hehe

Amie said...

ooh Evelyn orang Tawau ye,
pernah makan pisang goreng cheese tapi he he hehh di Bandung dong, di Hotel Serena.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

memang nak kena cuba ni bah!!!teringinnya nak makan,1st time kak ros tengok pisang goreng dengan cheese ni.

Evelyn Gemina said...

Aduh kak amie, jauhnya ke bandung gitu...saya masak aja di rumah, hehehe..

Evelyn Gemina said...

Salam kak ros, cuba jgn tak cuba, mmg marbeles...tapi control2 sbb kalori tinggi, hehe

wanie said...

Hai Evelyn...tq sudi jadi follower waniey....kunjung balas ni n lapor diri..
sedap tu pisang goreng cheese..

Evelyn Gemina said...

Hi kak wanie, thnks jgk sbb sudi singgah sini ya : )

Anonymous said...

salam evelyn.. maaf wak.. pisang goreng cheese sebenarnya dari bandung/bali indonesia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...