15 Jun 2012

MANGO CREAM LAYER CAKE


Salam & selamat malam semua....

Hari ni projek saya buat kek pula, tapi tak boleh potong ya sebab sebenarnya kek ni saya buat khas untuk kawan kepada ibu mertua saya yang menyambut hari jadinya yang ke-54 hari ini, hehe. So kita cuci2 mata sajalah ya : )


 Kawan ibu mertua saya tu berbangsa india, saya dah agak lama jugalah kenal family diaorang ni, so kenalah tunaikan permintaan dia. Mula2 husband dia request nak butter cake tapi dia serahkan pada saya buat apa yang patut, hmmmm saya terpikir nak buat mango kek ni pula sebab siapa yang tak suka makan mango kek kan???hehe...


Saya guna resepi vanilla sponge cake untuk kek ni & fillingnya pula saya buat mango mousse filling. Sedap & tak manis sangat, saya suka : ) Untuk sponge kek ni, saya buat dua adunan sebab mau bagi kek tu nampak tinggi sikit, setiap kek saya belah separuh, so semuanya ada 4 layer kek, kalau mau buat satu adunan saja pun takda masalah, boleh jugak.




 Saya ni memang tak pandai pilih mangga yang sesuai, so tadi masa pegi beli bahan2 yang diperlukan nampak saja rupa memang mangga, beli sajalah. Nasib baiklah sesuai jugak, sebab memang ada jenis mangga yang agak berair & tak sesuai dibuat kek, namanya saya pun tak tahu, hehe. Kalau suka & mau cuba buat kek ni, sila2lah tengok resepi dibawah tu ya : )






Mango cream layer cake

Vanilla sponge cake:
A
4 biji kuning telur
40g gula kaster
B
2 sb susu segar
56g minyak jagung
C
1/2 sk esen vanila
80g tepung superfine, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
D
4 biji putih telur
80g gula kaster
1/4 sk cream of tartar 
  
Method:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8", griskan dengan butter & lapikkan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga sebati, warnanya bertukar kuning pucat selama 2 minit.

3. Panaskan bahan B dalam mikrowave selama 20 saat. Masukkan terus kedalam bahan A yang dipukul tadi (langkah 2), gaul guna hand whisk.

4. Kemudian, masukkan pula bahan2 C, gaul lagi hingga sebati.

5. Dalam mangkuk pengadun, pukul putih telur dari bahan D hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit & cream of tartar. Pukul hingga pekat & bertanduk.

6. Ambil 1/2 adunan putih telur & kaup balikkan kedalam adunan kuning telur tadi (langkah 3), gaul sebati. Masukkan lagi baki adunan putih telur, kaup balikkan hingga sebati.

7. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar pada suhu 160C selama 30 - 45 minit.

8. Bila kek masak, sejukkan atas wire rack.

Mango mousse filling:
1 sk gelatin
3 sb air panas
400ml whipping cream
5 sb gula kaster
2 sb esen vanila
700g mangga, dipotong kiub

Method:
1. Satukan gelatin bersama dengan air panas. Cairkan guna double boiler.

2. Pukul whipping cream bersama gula (alaskan bawahnya dengan semangkuk air sejuk), masukkan vanila & campuran gelatin tadi, pukul hingga bertanduk.

3. Gaulkan perlahan2 mangga yang dipotong kiub kedalam aduanan mousse tadi. Ketepikan.

Topping:
250g whipped cream, pukul hingga pekat & bertanduk

Cara2 menyusun kek: 

1. Potong sponge kek tadi kepada 3 lapisan. Letakkan cake ring atas cake board. Letak lapisan kek yang pertama, sapukan filling atasnya, ratakan.

2. Kemudian, letakkan lapisan yang kedua, sapu lagi filling atasnya. Letak pula lapisan yang ketiga diatas sekali, tutup atas cake ring guna plastic wrap, simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam hingga mousse mengeras.

6. Keluarkan kek dari kek ring, sapukan kemas whipped cream keseluruhan kek, hias ikut kreativiti masing-masing. Sejukkan lagi sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidang.

Selamat mencuba...

 

 

9 comments:

Qasey Honey said...

cantiknye keknye tu...tentu sedap ni..tp syg xleh nk tgk bhgn dlmnye...hukhuk

Evelyn Gemina said...

Salam kak QH, tulah tak boleh nak potong, huhuhu...

Amie said...

Nampak simple tapi dekonya menarik dengan hiasan buah2an dan kombinasi warna lembut, menawan denga warna merah maron buah anggur (?)yang menyerlah!

Evelyn Gemina said...

Salam kak amie, thnks sbb sudi singgah cni & bagi komen yang baik : )

Mamasya said...

Salam Evelyn.suka tengok kek mango ni..sbb ada buah mangga kat atas tu.betul tu pasti ramai yg suka kek mango.kek gulung kat bawahpun nampak lembut je...

Evelyn Gemina said...

Salam mamasya, tenkiu, mmg ramai yang suka makan mango, hehe...tak boleh tolak : )

zila norazila said...

evelyn..wahhh kasi sis sepotong..kecurrr sudahhh nie..rindu kt blog nie..byk resepi yg sis dh terlrpas nie..:)

Evelyn Gemina said...

Salam kak zilaku, sudah habis keknya dibelasah, hehe...

Anonymous said...

salam sejahtera saya dari k'gau sbh..hari ini baru jumpa blogger ms.evelyn...saya mmg minat sangat dlm membuat kek dan biskut tapi tdklah setanding ms.evelyn...baru nak mula...itu sbb saya bnyk buat research di google nak cari tip2 yg blh membantu saya...tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...