20 Jun 2012

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


Assalammuallaikum & selamat petang semua....


Bertemu lagi kita hari ni. Semoga sihat sejahtera disamping keluarga yang tersayang. Masak apa tu untuk minum2 petang hari ni??? Well, hari ni saya buat kek lagi, sebagai percubaan, hari ni saya buat japanese cotton cheese cake. Dah lama sebenarnya saya ingin cuba buat kek ni tapi memang panjang senarai resepi yang ingin dicuba, tak termasuk lagi resepi sedap2 dari blog kawan2 yang lain, hmmm memang takkan selesai mission saya ni, hehe.




Memang best kek ni, lembut & gebu segebunya, hehe. Tapi macam biasa pasti ada kesilapan teknikal yang berlaku dalam proses membaking ni, masa saya sejukkan kek atas wire rack, permukaan atas kek tu melekat sikit, so tak sberapa cantiklah hasilnya, tapi rasanya memang sungguh marbeles!!!




Resepi kek ni saya ambil daripada koleksi buku resepi kegemaran saya iaitu "Fantastik cheesecake" by Alex Goh, saya memang suka semua resepi2 dalam buku dia tapi tak siap2 lagi mau cuba semuanya sebab terlalu banyak resepi yang best2, kena cuba satu persatu, itupun kena tengok keadaan & tunggu mode "R" datang kan, hehe.


Untuk kek ni saya buat 1 1/2 adunan & guna loyang bulat bersaiz 8" sebab mau bagi kek tu nampak tinggi sikit, kalau mau buat kek guna loyang yang besar, bolehlah doublekan atau triplekan saja resepi tu. Oklah semua kalau berminat mau cuba resepi japanese cotton cheese cake from Alex Goh yang sedap ni, bolehlah rujuk resepi dibawah tu ya, selamat mencuba.....




Japanese cotton cheese cake

Bahan2:
A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar (saya guna susu penuh krim)

B
40g tepung kek / gandum
30g tepung jagung

C
4 biji kuning telur (Gred A)

D
4 biji putih telur (Gred A)
1/8 sk cream of tartar
100g gula kaster
Secubit garam

Cara2:


#Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.


1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.

2. Masukkan bahan B, gaul sebati.

3. Masukkan pula bahan C.

4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.


5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.

6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.

7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.

8. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya.



Selamat mencuba....



24 comments:

rahel said...

Waw...gebunya cotton cheese cake itu...yang pastinya sedap dan lembut banget..nda' cukup kalau buat saiz yg kecik jak..hehe..

Si Matatajam said...

Gebunya... Sedap la tgk kek I.. Rajin dia yek..

Amie said...

Evelyn sayang....
lawanya! Nampak gebu & moist macam di kedai.....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Avelyn..gebuz....dan cantik...macam orangnya

Sally Rashid said...

Evelyn....saya lapikkan loyang dgn baking paper ke seluruh loyang. jadi time keluarkan tak perlu terlangkupkan kek..just angkat jer baking paper. So..terhindar dari masalah kecederaan pada permukaan kek yg cantik tu..hehehe

Rohah said...

Aduhai..gebunya kek mu...jelaous arrr..hehe...grhhhh..geram nk makan kek mcm nie..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wow!!!! Fantastic!!!!! cantik dan gebu sangat.. lepas ni Evelyn dah boleh berniaga pulak ni.. cantik sangat!!!

Mamasya said...

Nampak lembut dan cantik jadinya kek Japanese Cotton cheese yg Evelyn buat ni....yummyyy..
tkasih Evelyn atas doa dan wish bday utk Syakirah.

Ayu said...

Banyak2 kek ..kek yang macam ni akak belum pernah cuba lagi..
tengok orang buat macam senang ajekan..tapi akak takut tak jadi ler..heheh lembut aje kejadian kek ni ya evelyn..

Mas said...

mas pun suka sangat kek ni..
gebuuuuuuuu

Fatimah said...

Assalamualaikum Evelyn, saya nak tanya adunan yang dicairkan tu perlu disejukkan dulu atau boleh terus dicampurkan dengan bahan B tu, harap boleh membantu saya, terima kasih....

Evelyn Gemina said...

Tqvm kak mas, mmg sedap kek ni kan :)

Evelyn Gemina said...

Tqvm dear all blogger fren yang sudi komen, muahh!!

Evelyn Gemina said...

K'salam kak fatimah...adunan cheese tu akk xperlu tunggu sejuk, campurkan terus dgn bahan B k..

etun-detox said...

Sis klu kita just bkar tanpa guna kaedah bath marine boleh tak

etun-detox said...

Sis klu kita just bkar tanpa guna kaedah bath marine boleh tak

keniichi mierato said...

Sis kalu cheese kek tu bhagian bwh tu tkne air wlaupon da balut ngn aluminium..mcm mne nk buat ??boleh repair balik ke

keniichi mierato said...

Sis kalu cheese kek tu bhagian bwh tu tkne air wlaupon da balut ngn aluminium..mcm mne nk buat ??boleh repair balik ke

keniichi mierato said...

Mse mnggunakn teknik bain marie tu..kek da ciap msk cme bhgian bwh tu lembab sket sbb tkne air mse nk chexk kek da msk ke belum..

keniichi mierato said...

Arap bls ye

keniichi mierato said...

Sis kalu cheese kek tu bhagian bwh tu tkne air wlaupon da balut ngn aluminium..mcm mne nk buat ??boleh repair balik ke

Evelyn Gemina said...

Sis etundetox....boleh cuma nanti kek tak moist..

Evelyn Gemina said...

Dear keniichi..sorry sangat2 sebab lamabat reply...

Actually bila masa bakar guna kaedah water bath, air boleh masuk walaupun dilapik dgn aluminium foil, sebab kadang2 kita perasan foil tu bocor, next time boleh guna teknik ni utk bakar guna kaedah waterbath..

1. Jika menggunakan foil..pastikan foil tidak bocor. Letakkan lebih kurang 4-5 biji acuan utk membuat tart dalam dulang, isikan air agak2 1/2 tenggelam acuan tart tu, pastu letak loyang berisi adunan kek atasnya. Bakar seperti biasa.

2. Jika tidak ada foil. Guna satu biji loyang lagi yang tidak berpateri utk melapis loyang berisi adunan kek, saiz agak2 besar sedikit saja dari saiz loyang berisi adunan tadi...kemudian barulah lapikkan dgn dulang berisi air.


Kek yang sudah terkena air bahagian bawahnya biasa akan lembap & susah utk diperbaiki...masih boleh dimakan cuma sejukkan dulu sepenuhnya atas wire rack biarkan sejuk & kering dulu. Jika bahagian bawah kek memang berair, saya syorkan potong saja bahaian bawah & buang tidak perlu dimakan.

Liza AB said...

sblm nak mula masak kena panaskan oven terlebih dahulu ker? sy baru nak blaja baking ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...