23 Jun 2012

CRUNCHY BUTTER CHEESE CAKE


Salam & selamat malam semua....


Semoga sihat2 saja hari ini : ) Well hari ni saya buat butter cake pula tapi lain sikit versinya, yang ini ada cheese dalam adunannya. Bukan mau puji diri sendiri tapi memang sedap sungguh kek ini, rangup diatas & lembut di dalam. Makan pun tak boleh berhenti, hehe....




Sebenarnya saya bukanlah penggemar butter cake sebab biasanya kalau ada butter cake dirumah memang sayalah yang paling last sekali makan atau tak makan langsung. Tapi bila nampak resepi ni dalam buku, nampak macam sedap pulak : )




Macam tak percaya kek yang simple macam ni boleh rasa sedap, makan pun tak bosan, itu pun kalau suka makan cheeselah kan, sebab ada juga yang tak suka. Kalau saya memang siap tabur extra cheese lagi, hehe....




Resepi ni menggunakan cheddar cheese dalam adunannya, kalau mau guna cheese lain mungkin boleh juga contohnya colby - jack cheese, memang sedap tapi kalau guna cream cheese tak sesuailah kan. 




Oklah semua kalau berminat mau cuba buat kek ni, bolehlah salin resepi dibawah tu ya. Tips saya untuk buat kek, guna suhu 160 C semasa membakar supaya kek tak cepat hangus & masak dengan perlahan2 & sekata, untuk telur pula, guna gred A supaya adunan cukup cecair & tak merekah. Selamat mencuba....



Crunchy butter cheese cake

Bahan2:
A
220g butter
95g gula kaster

B
5 biji putih telur gred A
120g gula kaster
5 biji kuning telur, pukul sedikit

C
230g tepung seperfine, diayak
2 sk baking powder, diayak

D
100g cheddar cheese, diparut

Topping:
60g cheddar cheese, diparut

Cara2:


1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang 8", griskan permukaanya & alaskan dasar dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan2 A hingga kembang & gebu.

3. Dalam mangkuk yang lain, pukul bahan2 B  kecuali kuning telur hingga bertanduk. Masukkan kuning telur & pukul sekejap lebih kurang 30 saat.

4. Masukkan bahan A yang telah dipukul tadi (langkah 1) kedalam adunan B. Pukul lebih kurang 1 min, hingga sebati.

5. Masukkan tepung berselang seli dengan parutan cheese, kaup balikkan perlahan2 hingga sebati.

6. Ulang semua hingga semua tepung & parutan cheese siap dimasukkan kedalam adunan.

7. Tuang kedalam loyang yang disediakan.

8. Tabur topping (parutan cheese) diatas adunan kek. Bakar pada suhu 160 C selama 40 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong.


Selamat mencuba....



6 comments:

rahel said...

waw..spesial sangat kek keju crunhy ni..tengok pun sudah bole agak yg sedap...

mademoiselle ten said...

Harus cuba nmpk sgt yummmmyyyy.... Thks fr sharing as always

Mamasya said...

Salam Evelyn. kek butter letak cheese dlm dan tabur kat atas lagi...menarik...dah terbayangkan crunchynya itu....

kasihredha said...

nak satu potong boleh?

zila norazila said...

wahhh adik akk nie mmg terror wt kek la..nampak sedap n gebuss sgt2..mcm akk nk rasa jew..dh kecurr nie:)

Rohah said...

waduhai...gebunya kek mu ni...mcm nak gigitt..meh antar ke Klang..nak rasa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...