14 Jun 2012

CREAM CHEESE SWISS ROLL


Assalamuallaikum & selamat petang semua kawan2 & akak2 yang dihormati......

Hari ni projek saya buat swiss roll pulak, buat cream cheese swiss roll. Memang puas hati betul dengan hasilnya yang lembut & sedapp : ) Sorry, bukan mau puji diri sendiri tapi inilah swiss roll pertama yang saya buat, tak sangka menjadi & rasanya sedap, hehe.


Sebenarnya pagi tadi saya plan mau buat kek tapi dah tukar plan buat swiss roll pulak sebab belum pernah buat lagi. Mula2 memang takut tak menjadi tapi bila baca resepinya memang nampak mudah & senang nak buat, lagipun saya ni memang peminat cheese, nak rasa pulak versi swiss rollnya....


Untuk resepi filling swiss roll ni saya letak lemon sebab ikut 100% arahan dalam resepi tu, memang sedap jugak tapi kalau guna orange pasti rasanya lebih sedap. Husband komen ok dia suka dengan rasa lemon tu, tapi my sister pulak tak suka sebab rasa lemonnya kuat, my sister lebih suka kalau yang rasa orange. Hmmm ikut citarasa masing2 jugaklah kan, kalau saya, mana2 pun ok : )


Saya pernah baca buku yang berlainan tentang cara2 membuat swiss roll ni, ada yang bila spannya dah masak kena terus gulung time panas2 & ada jugak yang tak perlu buat macam tu...pada pendapat sayalah kan, rasanya kalau tekstur span kek yang dimasak tu memang lembut & gebu tak perlulah mau terus roll sebaik sudah masak, sebab swiss roll yang saya buat ni, saya sejukkan dulu & roll bila sudah letak filling, pun ok jugak. Tapi terpulanglah mau ikut cara yang macam mana asalkan swiss rollnya sedap, kan??hehe.

Oklah semua, kalau berminat bolehlah mencuba resepi dibawah tu ya, selamat mencuba : )



Cream cheese swiss roll

Kek span:
A
60g susu segar
50g cream cheese

B
25g minyak jagung

C
65g tepung superfine, diayak

D
6 biji kuning telur
8g gula kaster
Secubit garam

E
3 biji putih telur
55g gula kaster

Cream cheese filling:
125g cream cheese 
35g gula kaster
40g butter
1 sk jus lemon / oren
1/2 sk parutan kulit lemon / oren 

Cara2 membuat kek span:




 1. Sediakan loyang segiempat bersaiz 12 x 12 cm. Griskan semua permukaan & alaskan dengan wax paper. Ketepikan.

    2. Masak bahan2 A guna double boiler hingga cheese cair. Matikan api, masukkan bahan B, gaul sebati.

3. Masukkan pula bahan C, gaul lagi. Masukkan bahan2 D sedikit demi sedikit, gaul sebati.

4. Kemudian, pukul putih telur dari bahan E hingga berbuih, masukkan pula gula, pukul hingga bertanduk.

5. Ambil 1/2 adunan putih telur tadi, kaup balikkan perlahan-lahan kedalam adunan cheese, ulang hingga semua adunan putih telur siap dikaup balikkan bersama.

6. Tuang aduan kedalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaannya (seperti dalam gambar diatas ).

7. Bakar pada suhu 160C selama 10 - 15 minit. Bila kek span masak, terbalikkan atas wire rack yang beralaskan wax paper. Sejukkan sepenuhnya.

8. Bila kek sudah sejuk, sapukan filling cream cheese di seluruh permukaan & gulung perlahan-lahan, trimkan hujungnya.
  
Cara2 membuat cream cheese filling:

1. Pukul cream cheese hingga lembut & licin. Masukkan gula, pukul lagi.
2. Kemudian, masukkan butter, pukul hingga sebati.

3. Akhir sekali, masukkan jus & parutan kulit lemon. Pukul sebati.


Selamat mencuba...





9 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedap ni buat minum petang...akak ambil sepiring ya.

Evelyn Gemina said...

Hi kak ros, ambik la, hehe

Liza said...

salam kenal evelyn,cantik gulungan tu, akk kalau buat swiss roll ni mst pecah...frust tawww

Evelyn Gemina said...

Salam kenal kak Liza, tulah mmg berisiko jgk buat swiss roll ni kan...

kasihredha said...

first time buat...tp cantikkkknya
sure sedapkan

Evelyn Gemina said...

Salam akak, memang sedap ni, rasa nak buat lagi, hehe

Rohah said...

tu diaaa. cantik..rajin buat swiss roll, akak je tak terbuat2

CT Delima said...

As'salam Evelyn

tak sabar rasany nak mencuba juga doakan menjadilah ya. bab2 swiss roll ni bedebar2 aje kalau nak mengulung tu hihi

Amie said...

Memang patut dipuji! Memang layak diberi pujian he he he hhh... siap dengan step by step lagi tu, bolehlah kak Amie yang keras tangan ni belajar dari sini ye Evelyn sayangggg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...