21 May 2012

MEE GORENG MAMAK


Assalamuallaikum & selamat petang. Apa khabar semua??? Semoga sihat2 selalu hendaknya. Dalam beberapa hari ni saya memang agak stress sekali, hmmm ada juga individu yang sungguh tak bertanggung jawab mau hack akaun facebook saya, memang geram yang teramat sangat, banyak aktiviti rutin yang tergendala. Nasib baiklah adik ipar sudi membantu recover balik akaun fb saya tapi memang tak lari dari masalah juga, akaun fb saya tu dah terlebih over protected pula, sikit2 kena login & verify password, siap verify gambar lagi, memang buat masalah sungguh....Nak hack akaun fb buat apa, dalam tu cuma ada gambar2 makanan saja pun, kalau nak tumpang sekaki join share resepi ok juga, hehe....




Well, tak payah mau pening2 lagi, jom kita cerita pasal menu mee goreng mamak hari ni. Semalam masa bawa anak2 pergi jalan2, shopping barang dapur sikit, saya ternampak satu rak yang penuh dengan mee kuning dalam shopping mall tu, hmmm pikir2 nak buat menu apa dengan mee kuning ni, dapat idea nak try masak mee goreng mamak pula. Dah lama saya mau masak menu ni tapi selalu tergendala sebab anak2 memang tak suka makan yang pedas2, hmmm disebabkan hari ni saya ada masak menu lain juga, saya pun masaklah mee goreng mamak ni sekali, memang sesuai sangat dengan citarasa saya. 



Selalunya kalau singgah duduk minum kedai mamak, memang selalu menu roti canai + kuah dhal sajalah yang di order. Boleh kira dalam beberapa kali saja saya order mee goreng mamak ni, sebab kalau dah bab2 makan luar ni, saya & husband memang agak cerewet sikit, kena pandang kiri kanan, atas bawah, kalau semuanya bersih barulah order menu yang lain, sebab kalau order roti canai memang live depan mata nampak dimasak. Kalau makan di warung pun macam tu juga, lagi best kalau nampak sendiri makanan di masak secara live macam thailand food di warung biasa tu, apinya menjulang tinggi, memang confirm mati segala keturunan kuman2 tu, hehe. Bukannya apa, takut nanti bila sampai dirumah, berlumba2 nak masuk tandas sebab sakit perut, hehe...




Memang terangkat makan mee goreng mamak ni, diperah dengan sedikit limau & dihidangkan pula bersama dengan resepi fried spicy chicken ala india, fuhhh!!! Orang cakap ' mertua lalu pun tak nampak', hehe... Oklah semua, kalau berminat bolehlah mencuba ya : ) Jom kita lihat bahan2nya....





Mee goreng mamak

1 bungkus mee kuning
100g isi ayam / udang / sotong
100g fish cake
2 biji tauhu goreng, potong sederhana besar
100g taugeh
2 batang sawi, potong kecil2
3 sb cili boh
1 sudu rempah kari daging
3 sb kicap pekat manis
3 sb sos tomato
1 kiub ayam
1 biji bwang besar, dicincang
2 biji telur
2 biji cili merah / hijau, hiris tipis
Garam & serbuk perasa secukupnya
Limau nipis / kasturi

Cara2:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili boh & rempah kari daging . Goreng sampai wangi.

2. Masukkan fish cake & tauhu. Biarkan sebentar.

3. Masukkan pula kicap, sos tomato. Gaul rata. Kemudian, masukkan mee, kacau rata lagi.

4. Masukkan taugeh & sayur sawi. Gaul hingga sayur layu. Buat lubang ditengah & masukkan telur. Kacau rata.Masak mee hingga agak kering.

5. Hidangkan mee dengan sedikit hirisan limau nipis / kasturi.

Selamat mencuba....









14 comments:

zila 4ever said...

sedapnya...meee goreeng mamak..nyummmy..akk pun dh lama x buat..sedapnya..nk cubut ayam tue cikit:)

Evelyn Gemina said...

Ni mee goreng mamak yang kekurangan feel ni kak zila, kena ada api tinggi menjulang baru ada kick tapi kalau nak buat cam tu kena panggil bomba nanti ,hehe...

Qasey Honey said...

aduyaiiii sedapnye...pasni x pyh ke mamak lg la yer...buat sdri lgi best yer x..

Evelyn Gemina said...

Hehe, ni mee goreng mamak versi rumah je ni kak QH....tapi mmg best sbb dpt masak sendiri...

rahel said...

Selamat malam Evelyn..
bawak sini mee mamak tu..saya nak letak cili byk2...perghhh...geram..

syea said...

wah... berbakat..xpaya pg kdai mamak suda klu mcm ni.hehe..

Mamasya said...

Salam Evelyn. nasib baik ac Fb Evelyn ok balik...kalau tidak susah jugakkan kena add balik kwn2...
tengok mee goreng mamak yg Evelyn hidangkan ni sedapnya mkn perah limau byyk2..

Evelyn Gemina said...

Kak Rahel...fuhh dahsyat mau simpan banyak2 cili, mmg kena panggil bomba ni,hehe...

Evelyn Gemina said...

thnks syea sbb singgah cni komen2...mmg kalau mls tak pyh p kedai mamak lagi, boleh masak sendiri...hehe

Evelyn Gemina said...

Salam mamasya...hmmm tulah nasib baik dah ok kalau tak penatnyaaa nak add semua org balik,hehe...mee goreng saya ni mamasya blm ada feel mamak g, ala2 je...hehe

Si Matatajam said...

My hubby memang minat sangat mkn mee mamak ni... nanti bleh cilok resepi yek.

Evelyn Gemina said...

Hi kak M, silakan men'cilok' kak M, hehe...dihalalkan : )

Nooraishah said...

Dalam minggu ni, teringin sangat nak makan mee goreng mamak yang pure punya. Walaupun dah dibeli dikedai, tetapi tetap tidak menepati citarasa. Kena balik Penang ni.... Nak masak sendiri mee goreng mamak yang ori, mesti banyak persediaannya. Antaranya kuah sotong dan cucur. Itu dah menjadi bahan wajib.

Evelyn Gemina said...

Fuhh kak nooraishah, mmg banyak kerjanya kalau nak buat yg ori...kalau pegi kedai mamak pun blm tentu dpt yg ori kan???hmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...