23 May 2012

LYCHEE PUDDING


Salam & selamat malam semua....


Hari saya sediakan dessert pudding pula. hari ni pagi2 lagi saya dah jalan2 cuci mata di blog akak2 semua, wah bukan main lagi semua menu yang ditayangkan tu ya, sedap2 belaka.....


Dalam minggu yang lepas husband saya ada beli buah laici fresh ni, dah makan banyak tapi masih ada baki lagi, no idea nak buat apa, so husband request nak makan sesuatu yang menyegarkan guna buah laici ni, saya pun dapatlah idea buat pudding, hasil inspirasi  dari blog akak2 semua juga, terima kasih banyak2 : ) Kalau nak buat kek guna buah laici, memang mood "R" tu belum datang lagi, hehe...




Terasa puas & nyaman sekali makan dessert macam ni dikala cuaca terik semenjak dua menjak ni. Hmmm memang tak terasa makan sebiji dua, lain macam hausnya....


Ada pulak tu, masa dalam proses buat pudding ni, anak2 memang tak pandai sabar, siap celup2 tangan dalam pudding tu, aduh macam mana nak keras, hehe. Jadi bila pudding ni dah siap, memang licin habis, tak sempat sejuk betul2, ada2 je : )




Resepi pudding ni pun saya ambil & olah dari koleksi buku 'fantastik cheesecake' kegemaran saya, cuma bezanya resepi ni menggunakan buah laici sebagai bahan utamanya. Masa nak lapis pudding tu, saya terlebih masukkan pula pudding yang plain, so lapisan pudding laici tu jadi tipis pula sebab acuan yang saya guna memang kecil saja. Warnanya pun kurang menyerlah, tak terang sangat warna pinknya. Hmmm apa2 pun yang penting sedap kan??? hehe....




Untuk resepi pudding ni, kalau suka boleh tukar dengan buah-buahan yang lain asalkan sesuai. Ikut idea & selera masing2, guna buah dalam tin pun boleh juga. Oklah semua, tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan2nya...






Lychee pudding

A
200g air 
40g gula
1 sk agar2 powder, warna merah
50g cream cheese (optional)
*Sedikit buah laici, potong kecil (saya tambah)


B
60g gula
1 1 /2 sb agar2 powder, warna merah
80g whipping cream / santan pekat
80g buah laici
160g air
50g cream cheese


Cara2:
1. Susun buah laici bertanda* didalam acuan. Ketepikan.

2. Dalam periuk, satukan bahan2 A & masak hingga mendidih. Jika ingin tambah cream cheese, masukkan selepas bahan2 A siap dimasak & kacau rata.

3. Tuang dalam acuan tadi hingga 1/2 penuh. Biarkan sejuk sebentar.


4. Kemudian, masukkan buah laici & air dari bahan2 B kedalam blender. Blendkan hingga hancur. Tapiskan airnya.

2. Masukkan semua bahan2 B yang lain kecuali cream cheese kedalam periuk sederhana besar. Masukkan sekali jus laici yang ditapis tadi. Masak campuran hingga mendidih.

3. Kemudian, masukkan cream cheese & kacau rata. Masak lagi hingga mendidih.

4. Tuangkan kedalam acuan tadi hingga penuh. Sejukkan 3 jam sebelum dihidang.


Selamat mencuba...




10 comments:

Qasey Honey said...

sedapnye...lagi2 bile dimakan sejuk...kt umah QH pon ade stok laici fresh gitu...bleh nti cuba...

zila 4ever said...

wahhh chumil2 semuanya..nk ceri tu jgk..pastu nk lycee tu seikat..:)

Evelyn Gemina said...

salam kak QH, bestkan makan buah laici time cuaca panas2 skrg ni...hmmm kak QH resepi tu sebenarnya dah terbalik, hah nilah jadinya kalau menaip resepi time mengantok, hehe, nnt saya betulkan...

Evelyn Gemina said...

Salam kak zila, hehe nak dua ikat pun boleh, layannn...

CT Delima said...

As'salam Evelyn

k.ct sangat suka puding2 ni, tak kisahlah puding apa pun janji makan time sejuk memang nikmat rasanya..k.ct akan cuba juga Insya'Allah menambah lagi koleksi resipi dalam Dapur CT..tr kasih :)

Evelyn Gemina said...

Salam kak CT thnks sbb sudi singgah cni, silakan mencuba : )

Kak Nooraishah said...

Selalu juga buat puding laici ini. Teruja tengok acuan yang digunakan. Kiut miut. Nanti Kak Noor nak cuba resepi ni pula. Bertambahlah koleksi puding Kak Noor.

Bicara Kak Noor said...

salam Evelyn,sedapnya puding tu macam dah rasa kat tekak ni baru ternampak kat kedai kemarin lychee ni tapi tak terlintas pulak nak buat puding no.

Evelyn Gemina said...

Hi kak Nooraishah...best ni makan time cuaca tengah panas, penyejuk badan, thnks sbb sudi singgah : )

Evelyn Gemina said...

salam kak Noor, hmmm laici tgk banyak sekarang dijual merata2 kan, smlm saya beli seikat lagi, mmg best...makn cam tu pun ok, hehe...thnks sbbb sudi jalan2 dapur saya : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...