24 May 2012

CHOCOLATE DIRT CAKE


Selamat malam semua, semoga hari ini hari yang menceriakan bagi semua : )


Hari ni saya dalam mode "R", so buat kek pula untuk dessert, memang sedap & lembut kek ni tau, teksturnya agak crumbly sikit, sebab tu bagi nama 'dirt' chocolate cake : ) Saya tabur lebihan kek yang dihancurkan atasnya, bagi nampak macam dirt sikit. Untuk frostingnya pula saya guna cream cheese frosing, hmmmm memang sesuai sekali....




Mula2 masa buat kek ni ingat nak buat dalam loyang besar baru potongkan kepada beberapa lapisan tapi akhirnya saya pikir2 lebih baik bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama rata & bakar asing2. Hmmm cara tu lagi baik sebab senang, tinggal trimkan atas kek saja. Lagipun kek lagi cepat sejuk sebab lebih tipis, lagi jimat masa : )




Rasa kek ni lebih kurang macam red velvet cake juga cuma bahan2nya saja ada sedikit perbezaan. Tak susah nak buat kek ni, biasanya kalau saya buat kek ni, saya akan siram dengan chocolate ganache saja, kalau buat dengan cara tu pun memang best tau, penuh dengan rasa cokat, hmmm memang confirm menternak lemak lagi, hehe. Apa2 pun ikut seleralah kan, nak buat apa pun dengan kek tu pasti sedap jika tahu kombinasi rasa yang sesuai.




Saya deco simple2 saja untuk kek ni sebab memang lebih suka dengan cara tu. So untuk resepi frosting memang cukup saja, kalau ada sesiapa yang nak hiaskan dengan cara lain, nak piping ka atau bagi filling tebal sikit, bolehlah doublekan resepi untuk frosting tu ya. Oklah jom kita lihat bahan2 yang diperlukan untuk buat chocolate dirt cake ni....




Chocolate dirt cake

Kek:
A
400g self raising flour
1/2 sk soda
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam

B
150g serbuk koko
100g gula kaster
250ml air panas

C
2 sk cuka
1 tin susu cair

D
250g butter
100g gula kaster
2 biji telur gred A

Cream cheese frosting:
250g cream cheese, suhu bilik
1/2 sk esen vanila
58g gula aising, diayak
180ml whipped cream

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan 3 loyang bersaiz 8 inci. Griskan dengan butter & lapikkan dasarnya dengan wax paper. Ketepikan.

2. Ayakkan bersama bahan2 A, ketepikan.

3. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan bahan2 B, ketepikan.

4. Dalam mangkuk yang lain, satukan pula bahan2 C, ketepikan.

5. Kemudian, pukul butter & gula dari bahan D hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu.

6. Masukkan bahan A, B & C berselang seli kedalam adunan D tadi. Pukul sebati.

7. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar pada suhu 160c selama 15 minit atau hingga kek masak.

8. Bila kek masak, sejukkan atas wire rack.

Cara2 membuat cream cheese frosting:
1. Pukul cream cheese hingga licin & kembang.

2. Masukkan esen vanila & gula aising. Pukul lagi hingga lembut.

3. Kemudian, masukkan whipped cream & pukul hingga adunan kembang & pekat.

Cara2 menyusun kek:
1. Trimkan atas kek supaya rata. 

2. Letakkan satu lapisan kek atas pinggan yang rata atau cake board. Sapu cream cheese frosting atasnya sampai hujung. Letakkan pula lapisan kek yang kedua, letak lagi cream cheese frosting. Letak pula lapisan kek yang ketiga. Letakkan sedikit frosting atas kek & sapu tipis diatas & sekeliling kek. Masukkan kek sebentar dalam peti sejuk lebih kurang 15minit.

3. Kemudian, keluarkan kek, ambil lebihan frosting tadi & sapukan keseluruhan kek. 

4. Hiaskan kek dengan menabur lebihan kek coklat yang telah dihancurkan atasnya.


Selamat mencuba...




9 comments:

Qasey Honey said...

wah mmg sgt mengancam kek tu...mmg nmpk mcm ala2 red velvet yer...nmpk sedap jugak tu..

Evelyn Gemina said...

Hi kak QH...hah kek ni mmg dah di hias ala2 red velvet gitu, cuma warna dah mmg coklat abis,hehe...asal resepi mmg coklat kek : )

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nampak sedap tu.Kak ros ke auntie ros....pun terliur ni.

Chik Mimi said...

1st time dengar nama kek ni ,tapi nampak sedap

Evelyn Gemina said...

Hi kak ros, kak ros jelah nampak muda ckit, hehe...thnks sbb sudi jln2 cni : )

Evelyn Gemina said...

Hi chik mimi, kalau ada masa bolehlah mencuba ya, tnhks sbb singgah : )

Anonymous said...

Awaiting more posts!

Si Matatajam said...

Mmmm i love choc cake...Nak skit bleh?

Evelyn Gemina said...

Hi kak M, sorrylah sbb lambat reply,mmg busy semenjak dua menjak ni, apa2 pun insyallah kalau buat lagi kek ni bolehlah merasa sikit : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...