31 May 2012

CHICKEN CURRY WITH POTATO



Hi & salam sejahtera semua, semoga sentiasa sihat selalu....

Hmmm macam dah lama sangat saya tak jenguk2 blog saya ni, maklumlah sekarang ni musim cuti persekolahan, memang agak busy sikit sebab banyak aktiviti luar yang dirancang bersama keluarga. Biasalah kalau cuti2 sekolah macam ni, saya & anak2 memang sukakan aktiviti luar, dapat juga menenangkan jiwa raga yang penat dengan rutin harian dihari2 biasa: )



Well, untuk menu hari ni, saya masak kari ayam pula. Dah lama saya tak masak kari ayam, tiba2 rasa nak makan pula. Memang sesuai jugalah sebab tukang makan memang semuanya ada di rumah hari ni, hehe. Kari ayam ni saya masak cara light saja, maksudnya tak terlalu pedas & berempah, rasanya ringan2 gitu : ) Siap dapat markah A lagi dari husband & anak2 saya, haha...




Biasanya lain orang lain pulak resepi & cara memasak kari ayam ni kan??? kalau saya pula, lebih suka kari ayam yang light rasanya, cara memasak kari ayam ni saya belajar daripada ibu yang tersayang, dia memang selalu masak cara ni, maklumlah keluarga saya bukan jenis yang suka makan pedas, sekadar pedas2 dihujung lidah saja, penyedap rasa : )



Oklah semua, bagi sesiapa yang suka makan kari ayam cara saya ni, bolehlah mencuba ya. Kalau suka pedas, boleh tambahkan serbuk kari daging & serbuk cili lebih sikit. Mari kita lihat bahan2nya...






Chicken curry with potato

Bahan2:
700g ayam - potong sederhana besar
2 biji ubi kentang dibelah empat, goreng setengah masak
1 sb serbuk kari daging + 1 sk serbuk cili + sedikit air, buat pes
1 batang serai
1/2 biji bawang besar, hiris sederhana besar
2 ulas bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 tangkai daun kari
3 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
5 biji lada putih, tumbuk sekali bersama bawang
100ml santan pekat
100ml santan + air, buat santan cair
1 sb kerisik
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara2:
1. Panas sedikit minyak dalam kuali, goreng bunga lawang & kayu manis hingga naik bau. Kemudian masukkan pula bawang besar, bawang & halia yang telah ditumbuk tadi.

2. Masukkan pes kari tadi, goreng sampai pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan ayam & serai, gaul rata. Goreng sebentar.

4. Masukkan santan cair, biarkan mendidih dengan api sederhana hingga ayam agak lembut. Masukkan kentang yang telah di goreng tadi, masak lagi sebentar.

5. Kemudian, masukkan santan pekat, kerisik, garam & serbuk perasa secukupnya. Gaul rata perlahan2. 

6. Akhir sekali, masukkan daun kari & matikan api. Hidangkan.






Selamat mencuba....




4 comments:

Qasey Honey said...

nmpk myelerakan...sedap

Evelyn Gemina said...

Thanks kak QH : )

Azie said...

Cantik gambar

Evelyn Gemina said...

Thnks kak Azie : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...