27 Apr 2012

RED VELVET CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING


Hi & selamat malam semua, hari ni saya buat red velvet cake lagi, sebenarnya saya dah pernah share resepi red velvet cake dalam blog ni, cuma kali ni saya cuba buat dengan cream cheese frosting pula. Saya buat kek ni khas untuk my one & only sister in law sebab my husband ada dua beradik saja, so she is my one only sister in law lah, hehe...My sister in law balik rumah bercuti 5 hari from USM pulau pinang, so sepanjang berada di rumah di shah alam ni, dia request nak makan yang sedap2, maklumlah duduk di asrama memang tak boleh memilih sangat : ) 



Resepi untuk red velvet kali ni saya ambil daripada resepi red velvet cupcake saya, hari tu dah cuba buat cupcake dengan resepi ni, so sekarang nak cuba buat versi cake pula tapi dengan cream cheese frosting. Memang puas hati sangat dengan hasilnya, sungguh moist & adorable taste. Saya sangat suka dengan rasanya. Warnanya pun sungguh elegant & sangat sesuai di jadikan kek anniverssary & valentine's day : )





Untuk deco cake ni pula, saya buat sekadar yang termampu saja. Maklumlah saya ni pun bukannya pakar men'deco' cake, hehe. Asalkan nampak cantik oklah tuuu!!!haha... My husband cakap 'very nice cake', dapat inspirasi dari mana???kan lambat lagi anniversary???hahaha.... nampaknya kena buat kek special macam nilah anniversary  nanti : ) Oklah kepada yang berminat, selamat mencuba....






Red velvet cake

Cake:
A
3 1/2 cups Superfine flour, sifted

B
170g unsalted butter, softened
2 cups sugar
3 large eggs, room tempreture

C
6 tbsp red food colouring
3 tbsp high quality cocoa powder
1 1/2 tsp vanilla essence

D
1 1/2 tsp salt
1 1/2 cups buttermilk

E
1  1/2 tsp cider vinegar ( i use regular vinegar)
1  1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting:
500g cream cheese, room tempreture
1 tsp vanilla essence
115g icing sugar, sifted
360ml cold heavy cream

Cara2 membuat kek:
1.  Panaskan oven pada suhu 170 C . Sediakan dua loyang bersaiz 9 inci (23cm) & griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.

2. Pukul butter & gula dari bahan2 B hingga kembang & gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

3. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan2 C & masukkan kedalam adunan yang di pukul tadi. Pukul hingga sebati.

4. Dalam measuring cup, satukan bahan2 D.

5. Masukkan berselang seli bahan2 D & A hingga habis. Pukul hingga sebati tapi jangan terlebih pukul.

6. Kemudian, dalam mangkuk yang kecil, satukan bahan2 E. Tuang kedalam adunan tadi & gaul sebati.

7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di sediakan. Bakar pada suhu 160 C selama 30 -40 min atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 min bila masak baru terbalikkan atas wire rack.




Cara2 membuat cream cheese frosting:
1. Pukul cream cheese hingga lembut & licin.

2. Masukkan vanilla & gula, pukul lagi hingga lembut.

3. Masukkan heavy cream sedikit demi sedkit & pukul hingga pekat.

Cara2 menyusun kek:
1. Guna serrated knife, trimkan atas kek supaya rata. Kemudian potong setiap kek kepada dua lapisan. 

2. Letakkan lapisan kek yang pertama atas cake board, sapukan cream cheese frosting. Letakkan pula lapisan kedua & sapukan lagi frosting. Ulang semula proses tadi hingga lapisan kek yang terakhir.

3. Sapukan tipis cream cheese frosting pada atas & tepi kek. Sejukkan 1/2 jam. Kemudian, sapukan kemas lebihan cream cheese frosting tadi pada keseluruhan kek.  Hiaskan ikut kreativiti masing2.

Selamat mencuba....




10 comments:

koleksi hasil kerja tanganku said...

jika guna 1 loyang saja bolehkan,,sb oven saya kecil je,,

Evelyn Gemina said...

Boleh, tak da masalah, bakar satu persatu adunan kek tu...

Anonymous said...

Len2..ko punya bhn D tue..'sal' tue stand 4??

Evelyn Gemina said...

Sorry yang bahan D tu 'Salt"...taiping error : )

Anonymous said...

tumpang tanya..heavy cream tu mcm ner rupanya yer....?

Evelyn Gemina said...

Ada macam2 jenis & jenama fresh cream...kalau nak tgk mcm mna rupanya ble tgk album "my baking ingredients'saya dlm fb k....

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.340377122666955.66200.100000840093685&type=3

Azie Kitchen said...

Sis,
Mana nak cari loyang mcm tu. saya punya dalam sangat. Berapa saiz loyang tu. utk kek di atas, guna berada adunan kek?

Evelyn Gemina said...

Assalam kak azie, sory baru terpandang komen akk...ermmm loyang tu akk ble cari dkt supermarket, x silap dulu saya beli dkt giant / tesco, saiz 8'....saya guna 1 adunan saja k.

Anonymous said...

Nampak sedap je RV ni.. kalau buttermilk buat sendiri guna susu segar+vinegar. 1 1/2 vinegar kena tambah lagi ke?

Anonymous said...

hiasan merah2 di luar kek tu apa tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...